Senyum sokmo!
Assalamualaikum & hai..
Hari ni aku sedikit takde mood. Banyak perkara yang difikirkan dalam kepala ni. Pasal ayah aku lah, pasal tanah kat Terengganu tu, pasal ini, pasal itu. Kepala bila dah jadi serabut ni rasa nak bernafas pun macam sedikit semput. Macam sesak aje rasanya. Duduk tak kena, bangun tak kena, badan pun rasa tak selesa.
Kebiasaanya bila aku rasa serabut ni aku akan pergi mandi. Dalam bilik air tu kasi air mengalir atas kepala ni lama2. Anggap masa tu macam stress sedang keluar dengan air yang turun tu. Bila badan & kepala dah sejuk maka kurang lah sikit ketegangan yang ada tu. Kalau bahu aku agak tegang maka aku akan stretching2 sikit dalam toilet. Buat ala2 aerobik g2. Hehe..
Cayelah cuba buat, insyaAllah berkesan. Kalau ada cermin, pandang cermin & renung mata lama2. Kemudian motivate diri sendiri. Tak ada orang lain yang lebih hebat untuk memotivasi diri kita ini kecuali diri kita sendiri. Nak mengharapkan orang lain yang motivate kita mestilah tak akan dapat selalu. Teruskan memotivasi diri sendiri selalu dan insyaAllah kita akan sentiasa bergerak ke hadapan.
Dua tiga hari ini aku banyak travel ke pelbagai tempat. Singgah rumah orang ni dan orang tu. Aku terperasan bahawa jika kita membuat sesuatu yang baik walaupun kecil, maka kita akn disenangi dan disukai. Benda itu tak perlulah menjadi sesuatu yang besar, mungkin memberi senyuman pun sudah merupakan sesuatu yang cukup baik kerana kita telah trigger mood orang tu untuk menjadi baik jugak. Kan sesuatu yang bagus tu..
Adakah gambar ini menakutkan korang? hehe :p
Kadang kala apabila kita sedang dalam fasa serabut tu, kita tak sedar yang ekspresi dan percakapan kita ni boleh mengganggu mood orang lain. Tak pasal2 orang tu pun jadi hilang mood sama. Sian diorang yang tak berkaitan tu..hehe
Jadi senyum sokmo k. Bila kita senyum maka orang pun akan senang hati. Kita pun akan senang hati sama J
Salam dari budaksepet,
Comments
Aku da agak da jawapan dari Babooshka. Betul upanye..hehe