Posts

Showing posts with the label Agama

Bacaan Surah Al-Haqqah yg membuat Imam & makmum menangis teresak2

Image
Assalamualaikum & hai... Ingin berkongsi satu video bacaan surah Al-Haqqah mengenai keadaan di hari kiamat. Ketika dibacakan Imam dan makmum semuanya menangis teresak2 kerana takutnya balasan dari Allah di akhirat kelak. Dengar dan hayati maksudnya. Ya Allah ampunkanlah dosa hamba mu ini. Sesungguhnya kami tak layak ke syurga Mu, namun tidak pula mampu menghadapi api neraka Mu. Oleh itu Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami. Hanya berkongsi...  

Sheikh Saad Al-Ghamidi

Image
Assalamualaikum & hai... Tahun 2007 dulu, aku pernah kerja kat booth AOWA di  TESCO Wangsa Maju. Kat depan booth aku tu ada satu kedai jual buku agama. Entah apa namanya aku pun tak ingat. Tapi yang aku ingat kedai tu bersebelahan dengan kedai jual pakaian dalam wanita. Hahaha.. Punya la kontra kedai sebelah menyebelah tu..hehe Sedang aku tecegat depan booth sambil melilau mencari mangsa, tiba2 terdengar aku bacaan ayat al-quran dari kedai depan tu. Cara bacaannya berjaya meruntun hati aku ni. Bacaanya tak berlagu sangat, dan tak juga mendayu2 sangat. Tapi dah cukup untuk membuatkan aku terpegun seketika. Rupa2nya reciter tu adalah Sheikh Saad Al-Ghamidi. Sejak dari tu aku beliaulah reciter yang paling aku suka dalam dunia ni. Bila dengar aja bacaan beliau, mesti hati aku menjadi sayu. Tak macam Sheikh lain. Tadi aku ada cari ayat2 bacaan beliau di youtube. Ini antara yang aku dapat. Dengar sampai habis ye. Emmm.. pernahkan kita menangis ketika membaca Al-Quran kera...

Fadhilat Asmaul Husna

Image
Assalamualaikum & hai... Sering kali apabila kita sedang dalam urusan atau masalah untuk menyelesaikan sesuatu, kita terlupa untuk memohon kepada Allah untuk memudahkannya. Apa yang kita buat ialah terus dan terus berfikir tanpa memohon bantuanNya. Mohonlah pada Allah, insyaAllah Dia akan permudahkan. Sesungguhnya 99 nama Allah adalah penuh dengan fadhilat. Amalkan mana yang patut untuk mendapat bantuannya. Sebagai contoh, jika kita sedang berwaspada dari sebarang kesilapan dalam membuat satu2 tugas, maka amalkan menyebut 'al-Khabir' yang bermaksud yang Maha Waspada. InsyaAllah kita akan menjadi sentiasa berwaspada dari melakukan kesilapan yang boleh merosakkan tugasan tersebut. 1. ALLAH 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. ...

Kelebihan Bulan Rejab

Image
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah , Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku . Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: * Diampunkan dosanya yang lalu. * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedek...

Tangisan Rasulullah SAW Menggegarkan Arasy

Image
Untuk renungan kita bersama. Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang. "Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja mem...

Kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi

Image
Berikut adalah kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat renungan muslimah2 solehah yg sejati..     Assalamualaikum...   "Wahai puteriku, Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia lima puluh tahun.. Usia muda telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2 dunia..   Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.. Wahai puteriku, banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan aku sampaikan.. Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak dlm...

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH...... AMIN. .... ----------------------------------------------------- .: Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu bena...

Prosedur Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

Image
Assalamualaikum... Menerima suntikan tidak membatalkan puasa. Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan prosedur yang selalu dilakukan di hospital tetapi tidak membatalkan puasa. Ini adalah hasil dari seminar Fiqh-Perubatan kali ke-9, yang berlangsung di Cassablanca, Morocco pada 8-11 Safar 1418, bersamaan 14-17 June 1997. Semoga bermanfaat kepada semua. Penggunaan ubat titis telinga, mata dan ubat pembersih telinga. Tablet GTN (nitroglycerin untuk merawat penyakit jantung) yang diletakkan di bawah lidah. Melakukan pembersihan vagina atau memasukkan speculum, alat pencegah kehamilan (pessaries) atau jari doktor semasa melakukan pemeriksaan pelvik. Memasukkan urethroscope melalui salur kencing untuk memerhatikan bahagian bawah urethra Menggerudi, mengekstrak, dan membersihkan gigi tidak membatalkan selagi ianya tidak ditelan ke perut. Menerima suntikan otot, kulit, sendi atau vena dengan pengecualian suntikan bahan makanan ke dalam badan. Mendermakan dan menerima darah. Menyedut u...

Perkara Berkaitan Amalan Puasa

Image
Assalamualaikum.... Hari ni adalah hari pertama puasa. Alhamdulillah aku masih lagi berjaya puasa penuh setakat ni. (hahaha...ni hari 1st..so mesti la..). Diharapkan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang lebih baik dari yang lepas. InsyaAllah aku akan cuba untuk mengisi setiap hari dengan membaca Al-Quran. Jika bulan lain aku agak lagho, insyaAllah bulan ini aku akan usahakan untuk kurangkan lagho tu. InsyaAllah.. Hari ini aku ingin berkongsi dengan semua akan perkara2 yang dibolehkan ketika berpuasa. Ramai yang agak keliru dan malu untuk bertanya. Namun malu bertanya sesat jalan. Kan2?  Pelihara puasa anda dengan menjaga aurat sebaiknya. Perkara yang boleh dilakukan ketika berpuasa Memasuki waktu puasa dalam keadaan berhadas besar adalah tidak membatalkan puasa. Perkara ini boleh terjadi apabila seseorang itu berjimak dengan isterinya pada malam hari, atau seorang lelaki yang bermimpi basah pada malam hari, kemudian apabila dia bangun dari tidur, waktu subuh telah pun masuk. Dir...

Doa Ramadhan Jibril. Benar atau Palsu?

Assalamualaikum.... Setiap kali menjelang Ramadhan, pasti sahaja ada satu hadis yang sangat popular akan masuk ke dalam mail box, inbox SMS dan juga YM. Ramai betul yang rajin untuk kedepankannya kepad rakan2 lain. Hadis tersebut berbunyi begini; salam.. saya mohon maaf atas salah silap (Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.) Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja ...