Posts

Showing posts with the label Semasa

Rupa baru Proton Saga

Image
Assalamulaikum & hai.. Sambil2 tunggu turn nak pegi mandi ni, apa kata aku share2 berita pasal rupa baru kereta Proton Saga ni. Nampak macam lawa jugak rupa baru ni. Lebih garang & smart kan? Matured sikit dari yang awal2 tu. Front end ada cukup banyak perubahan dari lampu utama, grill, bumper, dan bahkan kover enjin pun dah baru. Lampu depan sekarang muncul dengan tiga lampu (dulu dua). Ni bermaksud ada lampu khusus untuk lampu tinggi sekarang. Lampu isyarat pulak telah dipindahkan ke bahagian tengah. Mata saga dah jadi sepet sket. Ala2 mata aku dah Cermin sisi dah ada lampu isyarat sekali. Bagus2. Bahagian belakang juga memiliki perubahan yang signifikan.  Lampu ekor dah baru menggunakan lampu LED yang lebih terang.  Sekarang siap ada spoiler kecil pada penutup boot. Bahagian dalaman macam tak berapa nak berubah kecuali stering dah ada butang untuk kawal volume, tukar lagu dan sebagainya. Satu lagi dah boleh mainkan lagu guna USB so tak perlu beli mod...

Mencari waktu paling tepat

Image
Assalamualaikum & hai.. Cuba tengok jam anda, bandingkan dengan jam rakan anda. Mesti ada beza barang seminit dua. Kadang2 beza sampai 10 minit. Kalau tengok di televisyen pun, jam2 antara lain2 stesen sedikit berbeza dalam beberapa saat. Nak tau macam mana nak semak jam yang paling tepat? Waktu di Malaysia telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk dijaga oleh pihak SIRIM yang bertempat di Shah Alam Selangor. Sebelum ini, waktu standard Malaysia (Malaysian Standard Time) dijaga oleh pihak JUPEM dengan menggunakan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Kemudiannya tugas ini diambil alih oleh pihak Sirim dengan menggunakan 5 buah jam Caesium dengan 2 darinya berprestasi tinggi yang menggunakan pergerakan atom sebagai pengira waktunya.  Untuk melihat jam yang paling tepat di Malaysia, korang boleh datang ke Kompleks Sirim di Shah Alam Selangor, bersebelahan Kompleks PKNS. Dari luar lagi korang akan nampak satu jam besar berwarna hitam yang diselaras...

Gadis hilang Siti Syakirah Ma Hussin

Image
Assalamualaikum & hai.. Gadis yang berusia 19 tahun ini telah hilang sejak seminggu lalu tanpa khabar berita. Jika sesiapa ada ternampak gadis yang seakan Siti Syakirah ini, silalah telefon nombor di atas. Anda boleh tolong sebarkan poster ini di blog anda dengan link gambar ini :  http://img63.imageshack.us/img63/9743/syakirahilange.jpg Salam dari budaksepet,

Proton Emas - Kereta Konsep untuk Proton

Image
Assalamualaikum & hai... Aku adalah salah seorang peminat & penyokong pembuat kereta nasional Proton. Tak kiralah orang kat luar nak kata apa pasal syarikat ni, tapi bagi aku inilah salah satu kebanggaan yang kita kena jaga. Jika nak dibandingkan Proton dan Mercedes sudah tentulah tidak adil kerana syarikat Mercedes dah berusia lebih 100 tahun walhal Proton baru sahaja 27 tahun. Ibarat seorang budak remaja dengan dengan seorang datuk yang dah berpengalaman seratus tahun.hehe. Tapi walaupun baru berusia 27 tahun, aku boleh cakap yang pencapaian Proton setakat ini boleh dibanggakan. Syukurlah sebab Proton telah menjadikan Malaysia sebagai negara membangun & negara Islam pertama yang boleh membuat dan mengeluarkan keretanya sendiri. Namun yang pastinya banyak lagi yang boleh dicapai oleh Proton. Yang penting kita kena sokong lah syarikat kita sendiri ni. Kalau tak kita sokong siapa lagi.. hehe Ok dah dah.. Jangan ko nak merepek lagi budaksepet. Orang nak baca pasal kete ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Image
Assalamualaikum... Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, peminat astronomi dan falak serta semua yang mengenali saya. Mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap dari pihak saya. Semoga anda semua bergembira di hari raya. Salam lebaran,

Jersi Baru Malaysia

Image
Assalamualaikum & hye... Nike Malaysia baru2 ni telah keluarkan jersi baru pasukan kebangsaan Malaysia. Lawa siot. Tanpa banyak bebel, jom kita tengok rupanye. Jersi Utama Jersi Malaysia masih mengekalkan jalur melintang ke bawah. Ianya adalah simbolik kepada gelaran pasukan bola sepak Malaysia iaitu skuad Harimau Malaysia. Berbanding dengan yang lama, jersi baru ni kelihatan lebih fit. Sebenarnya ia adalah ciri2 yang bagus untuk mengurangkan tarikan baju oleh pemain lawan. Selain tu, ianya akan membolehkan pemain bergerak dengan lebih bebas. Nombor jersi dibahagian depan dan belakang nampaknya direka untuk kelihatan lagi cun dari yang dulu. Simbol keris masih lagi ada pada baju iaitu pada kedudukan yang sama seperti jersi lama. Kolar baju sedikit berubah menjadi lebih round dan mempunyai nama Malaysia di bahagian belakang. Baju di Tempat Lawan Jika pasukan Malaysia bertandang ke tempat lawan yang memakai baju yang warnanya hampir sama, jersi kedua yang bewarna biru...

Doa Ramadhan Jibril. Benar atau Palsu?

Assalamualaikum.... Setiap kali menjelang Ramadhan, pasti sahaja ada satu hadis yang sangat popular akan masuk ke dalam mail box, inbox SMS dan juga YM. Ramai betul yang rajin untuk kedepankannya kepad rakan2 lain. Hadis tersebut berbunyi begini; salam.. saya mohon maaf atas salah silap (Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.) Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja ...

Selamat Hari Merdeka ke 51 & Selamat Berpuasa!

Image
Assalamualaikum.... Sedar tak sedar, esok dah 31 ogos 2008. Maknanya pada hari esok, negara Malaysia ku yang tercinta ni dah 51 tahun merdeka. Emm...dah lebih setengah abad Malaysia terlepas dari penjajahan kuasa asing. Biasanya, bila kita bercakap begini, akan ada sahaja suara2 yang berkata kita masih lagi tidak betul2 bebas. Masih ada penjajahan minda, ekonomi, sosial, agama dan sebagainya. Memang aku juga setuju dengan pendapat ini. Kadang2 aku tertanya, wujudkah negara yang tidak terjajah negaranya dengan unsur2 negara lain (atau digelar 'penjajah')? Namun aku rasa agak penting untuk kita meletakkan maksud penjajahan selepas merdeka ini dengan definisi yang lebih jelas akan batas2nya. Adakah jika kita menggunakan teknologi Jepun atau Amerika, maka kita terjajah dari ekonomi dengan mereka? Adakah jika kita mendengar lagu2 Inggeris, Jepun (ada ke?...ehe...) ataupun contoh paling dekat lagu2 Indonesia, maka kita diketegorikan sebagai terjajah deria pendengarannya (haha)? Rama...