Posts

Showing posts with the label Astronomi

Gambar bulan berusia 27 hari

Image
Assalamualaikum & hai... Ini ialah gambar bulan berusia 27 hari yang aku sempat ambil semalam lebih kurang awal pukul 6. Gambar kali ni terdiri dari satu dedahan sahaja iaitu 0.04 saat. Klik KIRI untuk besarkan gambar :) Salam dari budaksepet, p/s : 1. Sebenarnya semalam aku demam. Nasib baik ada kekuatan untuk bangun ambil gambar. Taknak terlepas hari lagi.hehe 2. Sekarang takde mood nak update pasal life kat sini. Layan gambar je dulu k ;) 3. Kepada yang akan berinternship nanti, aku doakan semuanya akan berjalan lancar :)

Bulan pada usia 26 hari

Image
Assalamualaikum & hai... Ni gambar bulan yang berusia 26 hari. Ingat nak ambil bulan usia 24, 25, 26 dan seterusnya. Tapi semalam tiba2 dapat berita nenek sedara meninggal pulak. Jadi terpaksa skip satu hari. Takpa2, kena tunggu hari 26 yang seterusnya..hehe Salam dari budaksepet

Bulan sudah tua

Image
Assalamualaikum & hai... Semalam aku bermalam di rumah Dr Mahamarowi Omar di Kota Bharu. Beliau ialah seorang doktor pakar bius di HUSM dan merupakan salah seorang peminat astronomi. Dalam dunia astronomi tempatan, Dr Rowi amatlah terkenal dengan balai cerap lagenda beliau yang dibina di atas syiling rumahnya. Sempat ambil dan edit gambar bulan. Semalam perkara yang tak dijangka berlaku. Tapi entah kenapa pada waktu maghrib tu dah terlintas dalam fikiran aku bahawa kemungkinan ianya akan terjadi. Tak sangka apa yang dirisaukan berlaku juga. Namun nasib baik aku sudah bersedia. Alhamdulillah ianya dapat dihandle dengan agak baik. Harapannya biarlah selepas ini keadaan akan kembali seperti hari2 sebelumnya. Bagi aku, ikutlah kata hati. Naluri itu penting  :-) Salam dari budaksepet, p/s : Aku terima ujian-Mu dengan hati yang terbuka. Ingin mencari hikmah disebalik kejadian ini. Nampaknya makan tak lena, tidur x basah la aku dua tiga hari ni..hehe

Jom Sambut tahun baru dengan lihat gerhana bulan!

Image
Assalamualaikum & hai... Kawan2 semua, pagi satu Januari ni akan berlaku peristiwa gerhana bulan. Gerhana ni dipanggil Gerhana Bulan Separa sebab hanya sebahagian sahaja dari permukaan bulan yang akan masuk dalam bayang bumi. Yang paling bestnya kita boleh tengok dengan mata kasar aje! Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat blog astronomi aku kat sini www.astromas2020.blogspot.com Jangan lepaskan peluang ni! Salam dari budaksepet,

Jom mencerap tahi bintang pada 18 November ini!

Image
Assalamualaikum & hai.... Kepada rakan2 yang saya hormati sekalian. Jika anda berminat untuk melihat tahi bintang dengan mata kasar anda sendiri, maka jangan lepaskan peluang untuk mengikuti peristiwa Hujan Tahi Bintang (meteor) Leonids yang akan berlaku pada 18 November 2009 ini. Pada waktu tersebut, anda berpeluang untuk melihat sehingga 150 tahi bintang dalam masa satu jam! Cerapan boleh lah dibuat bermula pada jam 12 am sehinggalah ke matahari naik. Jika anda menunggu malam sehinggalah ke pagi, maka ada mungkin dapat melihat sehingga lebih seribu tahi bintang dalam masa satu malam! Apa yang menariknya ialah anda hanya memerlukan mata kasar sahaja untuk mengikuti melihat tahi bintang tersebut. Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila lawati blog astronomi saya di www.astromas2020.blogspot.com . Jom mencerap!

Peristiwa Astronomi akan datang

Image
Assalamualaikum.... Semalam aku ke Balai Seni Lukis Negara sebab ada progam astronomi kat sana. Jadi semalam  ingat nak buat cerapan bintang tapi nasib tak berapa baik sebab hujan. Jadi Kitorang lebih habiskan masa dengan bersembang akan aktiviti astronomi dan peristiwa yang lepas dan akan datang. Sedikit info cepat untuk korang. Nanti perinciannya aku postkan kemudian. 1. Peristiwa hujan meteor Leonid - 17/18hb Nov - peluang untuk melihat sehingga 1000 tahi bintang dalam masa sejam menggunakan mata kasar! 2. Peristiwa hujan meteor Geminid - malam 13/14 Disember - Peluang untuk melihat sehingga 120 tahi bintang dalam masa sejam. 3. Gerhana bulan separa - 1 Januari 2010 - 3 pagi. - Jugak boleh tengok dengan mata kasar. 4. Gerhana matahari annular (cincin) - 15 Januari - 1 petang - ni nak tengok kena ada penapis. Enjoy! Salam dari budaksepet,

Mencerap Bintang di Pantai Mek Mas Kota Bharu

Image
 Assalamualaikum & Selamat sejahtera….   Chalet milik Dr Rowi di pantai Mek Mas sering dijadikan tempat untuk melakukan kegiatan astronomi kerana lokasinya yang gelap. Pada 20, 21, dan 22 haribulan Mac yang lalu, akudan berapa rakan dari Falak-Online telah mengadakan satu aktiviti cerapan bintang yang bertempat di chalet milik Dr Rowi di Pantai Mek Mas, Kuala Besar, Kota Bharu Kelantan. Aktiviti ini dinamakan Program Realiti Menjejak Bintang (bunyinya ala-ala Akademi Fantasia aje…hehe) Baca seterusnya di Astromas2020 .

Mencerap Komet Lulin Menggunakan Binokular

Image
Komet Lulin dengan 2 ekor Credit & Copyright: Richard Richins ( NMSU ) Walaupun hari ini aku ada ujian akhir penyakit endocrine, tetapi aku masih lagi sempat keluar mengintai langit pada malam semalam untuk melihat komet Lulin. Dengan hanya menggunakan binokular, komet Lulin kelihatan seperti bintang yang sedikit kembang berada di atas kanan planet Zuhal ketika itu........ [ baca seterusnya di astromas2020.blogspot.com ]

Hati di Angkasa Lepas

Image
Assalamualaikum & Hai... Bila baca tajuk kat atas ni jangan kata aku tengah jiwang pulak ye. Hehe.. Walapun entri ni adalah berkaitan dengan Valentine's Day, ingin aku cakap kat sini tak elok bagi kita yang beragama Islam untuk menyambutnya. Ingat tu kawan2 sumer! Disebabkan ramai orang yang bercakap pasal hati, i lap u, u r forever in my heart (jantung?) dan macam2 lagi sepanjang minggu ni, maka kali ni aku ingin aku kongsikan dengan  korang semua mengenai hati yang berada di angkasa lepas. Namanya Heart Nebulae. Heart Nebulae / IC 1805 Tengok betul2. Ada macam rupa heart kan? Image Credit : Dick Locke  Tak sangka sungguh ada hati yang berada kat ruang angkasa ni.hehe.. Heart Nebulae atau pun kodnya IC 1805 ini berada di lengan Perseus dalam galaksi Bima Sakti dan terletak di kawasan buruj Cassiopeia, iaitu dimitoskan sebagai Puteri Negara Habshah. Siapa2 yang berminat nak tahu pasal astronomi, bolehlah kunjungi blog astronomi aku di www.astromas2020.b...

Majalah Dewan Kosmik Disember 2008

Image
Assalamualaikum & Hye... Majalah Dewan Kosmik Isu Disember 2009 Jangan lupa beli. RM6 aje.hehe Untuk isu bulan Disember 08, kali ini aku menulis untuk ruangan Astronomi yang bertajuk Soltis Musim Sejuk : Matahari Merajuk ke Selatan. Sebenarnya artikel ni adalah bersempena peristiwa soltis musim sejuk yang akan berlaku pada 21 Disember ini pukul 6.05 minit petang waktu Malaysia. Peristiwa soltis tidak memberikan siginifikan yang banyak kepada kita yang berada di khatulistiwa. Peristiwa soltis lebih memberi kesan kepada masyarakat di utara yang sedang mengalami musim sejuk manakala masyarakat selatan bumi sedang mengalami musim panas. Jadi apa kaitannya dengan kita di Malaysia? Haha.. jawapannya ialah pada hari tersebut, matahari akan kelihatan berada paling jauh ke selatan pada waktu tengah hari. Lebih tepat lagi jaraknya dari titik atas kepala ialah 23.5 darjah ke selatan. Ha...apa lagi, tandakan pada kalendar atau buat reminder dalam henset untuk tengok matahari di waktu tengah ha...

Majalah Dewan Kosmik isu september 2008

Image
Assalamualaikum... Pada bulan ini, satu2nya majalah sains dan teknologi dalam bahasa Malaysia iaitu amjalah Dewan KOSMIK membicarakan mengenai puasa dan pelbagai kaitan sains dengannya. Antaranya ialah kesan puasa terhadap metabolisme badan, kesannya kepada kesihatan, sains disebalik puasa dan sahur, dan kaitan antara puasa dan mental individu berpuasa itu. Agak menarik kerana ianya mengupas banyak perkara yang tidak diketahui oleh umum berkaitan puasa. Untuk isu September ini, dalam ruangan Sains Angkasa, saya membicarakan mengenai balai cerap astronomi serta komponen2nya. Ini termasuklah jenis dan reka bentuk balai cerap yang biasanya berbentuk kubah, jenis sistem teleskop, pengimejan, penjejak, dan sebagainya.   Banyak kali juga apabila saya bercerita mengenai aktiviti astronomi yang dilakukan di balai cerap, ramai yang akan bertanya kembali apakah itu balai cerap? Rupa2nya fasiliti astronomi ini lebih dikenali dengan nama inggerisnya iaitu observatory. Kadang kala terkil...