Posts

Showing posts with the label Catatan Seharian

Lama tak menulis

Image
Assalamualaikum dan hai... Fuuuhh lama betul aku tak menulis kat sini... Dah terabai sangat blog aku ni. Last post adalah sebelum aku masuk kerja sebagai doktor. Bila dah kerja sebagai houseman memang lah hidup sangat bizi. Kerja ko sebelum cerah kita dah keluar. Selepas matahari turun baru kita balik. gitu lah kehidupan nak belajar jadi doktor yang baik. Belajar 5 tahun belum cukup untuk melayakkan jadi doktor. Kena melalui zaman houseman yang memeritkan untuk jadi Medical Officer (MO) yang baik. Dah keluar jadi MO  pun belum tentu ilmu dah cukup di dada. Banyak lagi yang perlu dipelajari sebab ilmu perubatan ni luas.  Emm cukuplah membebel pasal tu. Sedikit update mengenai keadaan aku sekarang ni ; 1. Sekarang aku dah pindah ke hospital Dungun .  Sekarang ni dah 6 bulan aku jadi MO kat hospital daerah ni. Hospital ni sebenarnya hospital tempat aku lahir dulu. Alhamdulillah rezeki dapat ke sini. Sini hospital daerah , ada 100 bed aje. Kat sini takde sp...

Dah lama tak buat CPR

Image
Assalamualaikum.... Dah lama x buat CPR. Last buat 3 tahun lepas. Masa tu buat 4 kali, tapi hanya seorang survive. 3 darinya sakit jantung (myocardial infarction) dan 1 kena langgar keretapi.. Semalam aku tengah tengok satu kes stroke jenis hemorrhagic. Pesakit tu adalah seorang perempuan Melayu berumur baru 29 tahun. Tak sangka umur muda lagi pun dah kena stroke... Kalau dulu orang tua2 aje yg kena.. Tengah aku tengok file pesakit tu tiba2 dengar orang menjerit " adrenaline stat!" Gambar hiasan. Tiada kaitan dgn yg hidup atau yg dah meninggal dunia.. Tu tandanya ada kes nak kena rhesus tu yang mana pesakit tiba2 collapse... Semua orang berlari2 ala cite hindustan ke arah pesakit tu.. bukak tirai nampak ada sorang doktor naik duduk atas pesakit untuk kasi chest compression. Aku pun ready kat sebelah untuk ambil alih tugas utk tekan dada pesakit. Sambil tu staff nurse ada kat tepi utk kasi oksigen pd pesakit dengan ambu bag .  Tak sampai seminit org yg bu...

Dah nak habis MBBS

Image
Assalamualaikum... ayat yang biasa... : dah lama tak update blog ni.. :p  Sekarang ni aku kat posting emergency. Ni adalah posting terakhir aku dalam MBBS ni.. tak sangka dah nak habis dah. Kejap jugak rasa masa berlalu 3 tahun di tahun klinikal ni.. Aku pun x sangka kejap aje lagi aku akan bergelar Dr dah.. Cuak juga ni.. sambil2 tu tak rasa tak sabar nak kerja pun ada... kalau korang tahu, emergency ni adalah posting  yg aku paling suka.. emergency adalah posting pertama aku pada tahun 2009 dulu. [ boleh baca ka sini ] Dari dulu sampai sekarang tak pernah ada posting lain yg aku rasa lagi best dari emergency ni. Perasaan berada di emergency department adalah sangat menyamankan aku berbanding perasaan berada di ward.  Sebenarnya beberapa hari lepas waktu aku mula2 masuk posting ni aku bercadang nak buat Case Log setiap hari... Kalau dapat tulis hari2 apa yg menarik kat sini kan best.. Tapi nampaknya cita2 tu tak berapa terlaksana... Mungkin sebab b...

Semangat yang hilang

Image
Assalamualaikum & hai.. yuhuuuuu.. anibadi home? haha.. eh takde orang rupanye kat blog aku ni... dah lame x ngapdet nih.... sampai masa lupe yg aku ada blog sendiri..kikiki Ape cer sekarang? Ceritanye sekarang aku di posting Medical terakhir di tahun 5 ni, yg mana sepatutnya posting yang aku paling suka sekali. Tapi nampaknya panas tidak sampai ke petang. Waktu tengah hari hujan pulak. Maksud yg aku nk sampaikan kat sini ialah ingatkan best posting medical ni, rupanya ianya akan jadi best kalau rajin study. Aku ni dah la jenis malas stadi. Camne nak jadi doktor ni? Makin lama makin terasa bebannya. Kadang2 rasa macam tak termampu jugak.. Kadang2 rasa macam silap masuk course. Dulu awal2 memang semangat betul nak jadi doktor. Sampaikan apa jugak cara aku nak masuk jugak bidang pembomohan ni, eh silap perubatan ni.. Sanggup nak jual tanah abah nak buat bayar pergi belajar medik. Bila dah masuk sekejap semangat, kejap semangat tu hilang entah ke mana. Kejap lagi dia data...

Hari ni aku masuk lokap

Image
Assalamualaikum dan hai.. Hari ni aku pegi mahkamah majistret Kuala Selangor sebab nak buat rayuan saman JPJ yg tahun lepas. Bagi yang tak tahu saman JPJ kalau nak diskaun korang kena naik mahkamah majistret. Kalau saman polis trafik boleh mintak diskaun kat balai aje... Prosedurnye ialah korang akan dipanggil ke depan kat dalam mahkamah tu kemudian pertuduhan akan dibacakan. Pastu diorang akan tanya mengaku salah ke tak? Nak senang cite baik cakap ngaku je. Pastu hakim akan tanya nak buat rayuan ape2 tak? Masa ni korang cakap je la apa2 cite sedih korang kasi hakim tu nangis tersedu2. Lepas tu baru hakim akan cakap berapa yang kita kena bayar. Alkisahnya minggu lepas aku naik mahkamah majistret shah alam atas kesalahan tak pakai seat belt penumpang depan taun 2009 dulu. Rayu punye rayu hakim cakap aku kena bayar RM 50.... Alhamdulillah... Polis kat situ ckp nasib baik dpt hakim yg baik hari tu. Pasal hari ni pulak kes aku kena saman sebab takde lesen dgn roadtax mat...

Lama tak masak!

Image
Assalamualaikum... Dah lama sungguh tak post pasal makanan ni kan? Sebabnye ialah aku dah lama tak masak.haha. Asyik makan kat luar aje mau tak kayap duit ni. Kena save duit sikit ni. Sebab semalam pegi beli barang dapur dengan awek aku, jadik hari ni aku punya la bersemangat. tapi bukan masak apa pun, goreng ikan masak kicap dengan sayur taugeh goreng je. Boleh la untuk orang bujang.hehe Sebenarnya tadi ingat nak makan nasi dengan ikan goreng curah kicap aje. Call aje cik Siti terus dia kasi idea yang sedap tapi cepat masak. Terbukti memang cepat masak ni. Nasib baik ada cik Siti. Kan cik Siti kan? hehe btw, esok aku akan mula dengan posting O&G. Masa untuk main picit picit perut mak & sambut bayi yang cumil cumil sume.hehe  Korang tahu tak waktu bersalin ni tensyen tau, dengan mak yg menjerit, jururawat dan doktor pun menjerit jgk sebab nak kasi semangat kat mak untuk teran. Tapi semua ke-tensen-an tu akan hilang bila dengar tangisan bayi. Rasa sejuk ...

Cerita Semasa

Image
Assalamualaikum  dan hai. Dah lame aku tak menulis kan? hehe. Hari ni tersemangat nak menulis balik sebab tadi aku habiskan banyak masa dengan baca blog Dr Sarah . Dia banyak bercerita mengenai pengalaman hidup bergelar sebagai doktor pelatih (housemen) kat Hospital Temerloh. Ingat lagi waktu aku belum masuk MBBS dulu, aku selalu tercari cari blog pelajar perubatan atau doktor yang bercerita mengenai kisah hidup diorang seharian.  Sekarang ni aku dah melangkah ke bidang ni, mungkin aku pula yang patut rajin menulis kat sini. Mana tau ada kawan kawan kita kat luar yang jadi macam aku dulu.hehe. Ada ke tak tu Wallahualam. Tapi aku terperasan ada satu komen dari anonymous yang dia sangat ter- inspired  bila baca entri aku pasal pelajaran dalam bidang medik ni. InsyaAllah kalau ada masa aku akan menulis k. Doakanlah aku selalu rajin untuk menulis.hehe..  Bagi siapa yang tak tahu, sekarang ni aku berada dalam posting perubatan (lepas ni sebut medikal). Aku dah ...

Kedai makan Melayu yang best di Klang

Image
Assalamualaikum..... Kat Klang memang susah nak carikedai Melayu. Kebanyakannya kedai mamak. Kalau pergi area kampung jawa atau sebelah Sijangkang baru ada can nak jumpa kedai Melayu. Jadi kalau korang berada kat tengah bandar Klang ni, aku ada satu kedai Melayu yang best aku nak rekemen. Nama dia Restoran Malaysia. Kedai di terletak kat belakang hospital tengku ampuan rahimah. Lebih spesifik lagi ialah berhadapan Caltex kat Taman Bayu Perdana. Makanan kat sini kebanyakannya masakan Melayu ala2 pantai timur. Tuan die aku rasa orang Terengganu.kalau mengikut slang die. Ikan bakar. Ada ikan termenung dengan ikan pari. Dua2 berbaloi wa cakap lu. Ulam2 pun ade. Ni makanan aku tadi. Nasi dengan ikan termenung bakar dengan air asam dan kerabu mangga. Cair air liur...hehe. Harga baru RM6 sekali dengan teh ais. Wokes nanti siapa2 nak cuba boleh datang sini. Memang berbaloi. Salam dari budak sepet posted from Bloggeroid

Balik kampung!

Assalamualaikum. Sekarang ni aku kat stesen bas seksyen 17, nak beli tiket bas utk balik kemaman. Balik ni tujuannye nak amik kamera member aku, Lie utk buat praktis sebelum amik gambar die kawen bulan september nanti. Aku ni dah la lame tak pegang kamera.hehe dalam hati bercadang, alang2 dah pegang camera ni boleh la buat part time sikit2.. nak mengasah skill yang ade n improvise a bit. jadik sesiape yang bercadang nak photoshoot event bleh la call untuk berunding kerana perkhidmatan yang disediakan dengan harga yang paling reasonable.. kawan2 ni kire harge2 cincai jek. amacam? best tak? belum cube belum tahu... hehehe.. Wokes. Cukup kat sini. Salam dari budak sepet.

Psychiatry posting

Image
Assalamualaikum...... Sekarang ni aku kat klinik psikiatri. Tgh tunggu sesi case presentation jap g pukul 11pg. Sebenarnye sekarang ada member aku tengah interview new case. Tapi sebab diorang bertutur dalam bahasa tamil, jadi aku duk kat tepi melangut je la sambil study apa yg patut. Saestre dengan pesakitnye. Ni gambar member aku tengah clerk (interview) pesakit. Jangan risau sebab confidentiality pesakit terpelihara.hehe. Mula2 masuk posting ni takut jugak nak clerk pesakit tapi dah lama rasa ok je diorang ni. Malah ramai antara diorang suka bercerita dan melepaskan apa yang terbuku di hati. Seronok jugak mendengar macam2 cerita ni. Setiap satu ada pengajaran dalam hidup. Lepas tu kitorang bincang sikit2 sebelum masuk untuk presentation. Tuan punye blog pun kena ada gak. Setakat ni posting psikiatri ni berjalan dengan agak ok la jugak. Tapi aku merasakan aku tak perform very well in this posting. Rasa stress pulak. Dalam 5 minggu nanti ada written and practical exam. Mungki...

Rindu.hehe :D

Image
Assalamualaikum & hai... Sesungguhnye aku rindu... 1. Rindu untuk buat aktiviti astronomi balik. Aku minat astronomi sejak dari kecik lagi. Aku ingat lagi masa form 1 dulu, semua topik bumi dan alam semesta dalam buku teks sains form 1 sampai form 5 aku dah khatam. Masa tu punya la susah nak cari info pasal astronomi ni. Buku teks tu aje yang ada. Tambah2 lagi internet masa tu adalah satu benda yang agak jakun. Boleh main dgn microsoft power point pun dah kira hebat dah.hahaha. Nak carik orang yang terer astronomi ni pulak punya la susah. Aku caye ramai orang yang kat luar tu pun ramai yang minat astronomi waktu kecik2 dulu. Tapi sebab kurangnye pendedahan pasal astronomi ni jadik ramai la yang lupekannye. Paling best sekali masa masuk matrik Penang dulu. Kat sana ada kelab Astronomi. Kitorang lah yang jadi pioneer masa  tu. Tambah2 pulak KMPP dekat dengan USM yang mana antara satu badan yang paling aktif dalam aktiviti astronomi kat Malaysia ni. Kat situ lah berkenalan...

Berangan x sudah

Image
Assalamualaikum & hai... Sekarang ni tengah berangan2 nak beli belah ni. Duit MARA bakal masuk dalam sebulan dua ni. Tapi kena ingat jugak pasal hutang piutang yang banyak ni. Kalau tak bayar hutang boleh tak? hehe :p Wokes. Jom buat kira2.. 1. Bayar Hutang Hutang orang aje dah dekat seribu dah. Tapi takpe, selesaikan yang ni dulu baru hati lega. Ye tak? 2. Tukar rim motor Motor aku ni kalau korang nak tahu dalam masa sebulan mesti ada bocor sekali. Dah lebih setahun aku pakai motor Honda Wave 100 aku tu mau dah berpuluh2 kali tayar tu dah bocor. Iskk..tak tahaann.. So ingat aku kena pakai tubeless ni. Nak pakai tubeless kena pakai sport rim sekali sebab rim lidi tu takleh pakai. Jadi aku target dalam RM200 spent kat sini. 3. Beli Ipod Touch Ipod touch ni beli bukan semata2 nak dengar lagu tapi nak guna sebagai reference dalam belajar ni. Ipod Touch ni rupa dia macam Iphone 3Gs. Semua application Iphone boleh masuk dalam tu termasuklah application medical yang berlamba...

Berita sedih dan gembira

Image
Assalamualaikum & hai.... Aku ada berita sedih ni. Dua tiga lepas, aku cuba on laptop aku tapi tak mau2 jugak hidup. Dia hidup kejap dalam 5 saat lepas tu terus mati. Skrin yang logo Acer tu pun tak kuar. Adeh.. Ni macam hardware problem ni. Kalo korang ingat aku dulu beli laptop ni bulan April 2009. Ni post nye. Dah setahun setengah aku pakai upanye. Bila dah habis warranty baru nak rosak eh? Pandai betul diorang ni buat.   Jadi aku cuba la bukak hardisk dan ketatkan, tapi tak jadi jugak. Takut RAM yang buat hal, jadi aku cabut RAM tu dan pasang satu, nak tengok RAM mana yang buat hal. Isk. tak jadi jugak.  Tak silap aku, malam sebelum laptop tu rosak aku ada bau benda2 hangit. Aku tak rasa tu adalah bau dari aku lalu aku pun membiarkan bau hangit tu berlalu ditiup angin. Adeh..ayat skima pulak. Sebelum tu aku tingat yang aku kena letrik shock sikit bile aku cuba pasang power supply kat satu plag petak yang buruk. Nasib baik aku tak lupa ingatan pasal karen tu. Jadik...

Nak tulis apa ni eh?

Image
Assalamualaikum & hai.. Bile nak update blog ni?! lagi satu... Bile nak study ni?! Salam dari budaksepet,

Lame tak update

Image
Assalamualaikum & hai.. Hahaha..lama sungguh aku tak update blog ni kan? bizi la kononnye.hehe. Sekarang ni aku kat petronas kerteh, teman member aku baiki server yang down kat sini. Sambil2 tu aku guna la internet kat sini kejap yang laju macam superlipas ni. Btw, aku sekarang tengah bercuti kat Kemaman. Cuti kejap je pun. 23hb ni dah stat masuk hospital Klang balik. Hah? Hospital Klang? Bukan hospital Kota Bharu ke? Bukan2... Panjang ceritenya... Ni perkembangan aku sekarang ni. Aku baru saja pindah dari Kota Bharu ke Shah Alam balik. Sepatutnya clinical years aku kat HKB, tapi MSU ubah fikiran nak buat kat HTAR Klang sebab masalah lecturer dan MQA katanye. Adeh.. tapi takpe lah, untuk jangka masa panjang punye pasal. Bile aku pindah sini, secara automatik kos sara hidup meningkat. Sewa rumah RM200 plus duit makan lagi. Kemudian duit bas nak ulang alik dari MSU ke hospital lagi. Tambhan lagi dengan duit broadband, postpaid & motor. Adeh.. Nampaknye kena mula masak balik...

Sekarang Saya Sangat Happy!

Image
Assalamualaikum & hai... Sekarang ni saya sangat hepi. Sebabnye ialah; Saya dah ada awek.hehe. Saya sayang sangat awek saya.hehe. Harap dia pun sayang sayang jugak. Saya da tak kisah dah nak ngaku kat blog ni.hehe. Tak kiralah orang nak cakap apa. piu piu piu (bunyi bersiul)  Saya dah masuk ke tahun ke-3 MBBS a.k.a clinical years.  Cita2 selama ini tercapai akhirnya. Heeee Kawan2 dalam kumpulan MBBS saya sekarang dalam mood yang hepi sebab semuanya dah hampir jelas dan nyata. Susah nak buat ni.hehe. Walau banyak lagi proses yang perlu dikerjakan seperti loan dan sebagainya, tapi dengan semangat dan kerjasama semua orang maka insyaAllah akan berjalan dengan jayanya. W e are one big family ! Kawan2 adalah sebagai adik beradik, lecturers sebagai ibu & ayah, & management team sebagai saudara terdekat. Itu culture yang akan kami cuba implement . Amin Tersentuh dengan ucapan vice dean of IMS, AP Siti Mordingah Harun tadi. Rasa seperti sedang melihat ibu sedan...

Dapat jugak aku online..hehe

Image
Assalamualaikum & hai... Dah seminggu aku tak menulis kat sini. Ada orang rindu kat aku tak ni? hehe.. Ngade2 pulak. Aku tak online selama seminggu ni sebab dah pindah rumah. Sekarang tak duduk Shah Alam yang ada streamyx tu dah. Jadi sekarang ni duk kat Puchong umah abang aku pulak. Kat sini internet takde. Aku ni mana la boleh hidup tanpa internet. Mati kutu la aku. Sian kutu2 tu mati. Tapi aku takde kutu tau.hehe. Ntah ape aku ngarut ni.huuuu Nak dijadikan ceritenya, petang tadi aku pergi beli broadband maxis. Alhamdulillah dapat duit deposit rumah lama tu. Duit da ada kat tangan tak boleh simpan lama2. Tangan ni gatal aje pegi sign up broadband kat Giant Kinrara tu.hehe. Tu la aku. Buruk perangai ni.hehe. Tapi dah ada internet ni boleh la aku calling2 insan tersayang aku tu guna YM atau Skype. Jimat sikit duit.hehe 1st payment ialah RM150 untuk dapatkan modem yang bentuk macam pendrive ni. Ingat nak carik yang ada skin kulit rimau ke, zirafah ke, kucing ke, tapi dah takde ...

Uisk.. blog aku dapat anugerah!

Image
Assalamualaikum & hai... Tak sangka blog aku dapat award nieh. Terima kasih kepada cikmistry & En Arif Anuar yang sudi kasi. Blog korang pun memang interesting jugak! Award ni datang dengan tugasan kena bagitau 7 perkara pasal diri aku. Nasib baik mintak 7, kalau 70 jenuh aku nk memikirkannye..hehe. Layan2... 1. Adik2 aku panggil aku Biwang. Anak saudara pulak panggil Pak Utih. Tapi saudara2 aku kat Kelantan semua memanggil aku Iwang sebab aku membesar di Terengganu. Sepatutnye kena jadi Iwe..hehe 2. Aku seorang yang kemaruk dengan asam limau. Makan  apa2 mesti kena perah limau. Dulu kecik2 kalau makan mee goreng boleh buat kuah air limau tu aku perah. Sampai mak aku minta kawan2 dia takutkan aku pasal limau ni. 3. Waktu sekolah dulu aku minat sangat melukis kartun. Lebih kepada kartun2 Ujang gitu. Sampai mak aku selalu marah sebab aku duk melukis sampai pukul 3 4 pagi. 4. Kecik2 dulu aku selalu pergi tangkap ikan. Maklum la duk felda dulu. Nak dapat hasil banyak pa...

Handphone2 yang aku pernah pakai

Image
Assalamualaikum & hai.. Hari ni kita bercerita pasal henfon pulak. Setakat aku hidup kat muka bumi ni, aku rasa aku dah pakai 5 buah henfon kot. Jom kita tengok satu satu. Tengok dua serentak tak boleh, nanti juling mata. Motorola C333 Telefon ni aku beli waktu lepas SPM dulu. Masa tu aku baru nak masuk matrik. Kenangan betul henfon ni sebab aku beli pakai duit aku kerja sebagai cleaner dulu. Kalau tak silap aku beli dengan harga RM110 kot. Aku wat balik aje ke rumah henpon ni mak aku macam tak berapa suka sikit. Ye ar pantang ada duit sikit terus wat beli henpon. Tapi lama2 dia ok lar.hehe.. Telefon ni skrin hitam putih.  Jadi telefon ni aku pakai sampai la ke matrik. Tak sempat matrik aku habis telefon ni da mula buat2 hal. Keypad dia asyik tak responsif aje bila tekan. Dah penat aku pergi hantar ke Jusco Bukit Mertajam untuk baiki. Lama2 dah naik letih, maka aku jual aje kat member aku dengan harga RM30. Punya la murah kan..hehe.. Jadi aku pun beli lah telefon ke...