Posts

Showing posts from April, 2010

Update untuk hari ini

Image
Assalamualaikum & hai.... Pindah Rumah Hari ni da 30hb. Jadi kitorang sepatutnya kena keluar dari rumah Brunsfield kat Shah Alam ni. Sebabnye fasa   klinikal kitorang nanti buat kat hospital Kota Bharu sebagai teaching hospital. Interview untuk clinical phase MBBS ialah pada 8hb ni kat kolej. 17hb seterunya intake dah mula. Banyak benda nak kena setel ni. Sambil2 tu banyak duit nak kena pakai. Registration untuk intake nanti kena bayar RM3800 on the spot. Pastu duit motor RM150. Tambah2 pulak roadtax dah mati. Hilang lagi RM250. Adush.. Bertimpa2 pulak nak pakai duit ni. Sementara menanti intake bermula, aku akan tumpang umah abang aku kat Puchong nun. Dia bukak kedai makan seafood kat R&R Kinrara lebuhraya Kesas tu. Kalau korang singgah situ, jangan lupa berenti makan kat Bulat Seafood. Tukang masak yang gelap2 sikit kepala kurang rambut tu abang aku la tu..hehe. Yang pasti beliau tidak sepet seperti aku.. Kembar Ada member aku cakap dia ada tengok satu drama Kore

Gambar lawa..eh..lawak..

Image
Assalamualaikum & hai.. Tengah check2 email tadi, pastu terlintas pada satu gambar yang buat aku ketawa terkekeh-kekeh. Kehkehkehkeh... Mesti 3 hari rasa ngilu lagi tu..hehe Salam dari budaksepet,   p/s : Tadi  main gem bola sampai pukul 7.30. Lepas habis mainbaru aku sedar yang aku posa hari ni..huhu. Bukak pose dengan roti aje la jawabnye

Ujian Minda 2

Image
Assalamualaikum & hai... Okes. Korang suka dengan ujian minda kan? Disebabkan ramai yang tak puas hati dengan ujian semalam, maka hari ini kita buat ujian ke dua. Anda semua sudah bersedia?  Sila regangkan otak anda secukupnya sebelum membuat ujian ini. Kalau tidak boleh cramp..hehe Soalan 1 Kira berapa huruf F dalam ayat berikut. FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jawapan Adakah jawapan anda ialah 3, 4 atau 5? Jawapan anda salah. Ada 6 F dalam ayat tersebut. hehe.. Kira betul2.. Soalan 2 Berapakah  kebiasaanya bilangan birthdays seorang lelaki ada? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jawapan Seorang lelaki mempunyai hanya satu birthday. Kalau banyak pelik pulak jadinye..hehe Soalan 3 Kebanyakan bulan mempunyai 31 hari. Berapa bulankah mempunyai 28 hari? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara untuk tukar layout Facebook

Image
Assalamualaikum & hai... Hai korang sume? dah makan malam ke belum? ke korang baca ni di waktu pagi? ehehe.. Baik. Hari ni aku nak kongsi dengan korang macam mana nak tukar layout Facebook. Kita tukar yang lawa sket. Contohnya macam kat bawah. Sila klik kiri untuk besarkan gambar. Caranya senang aje..  Kalau korang pakai Firefox: Pergi ke   https://addons.mozilla.org/it/firefox/addon/2108  kemudian install plugin utk Firefox tu. Stylish nama dia. Selesai aja tu meh kita ke langkah berikutnya yang boleh diguna untuk Google Chrome. Kalau korang pakai Firefox, maka kena buat step atas, kalau pakai Chrome maka boleh terus ke langkah berikutnya. Pergi ke   http://userstyles.org/styles/23635  dan kemudian pilih mana2 theme yang korang nak cuba.  Kemudian klik install as user script kat sebelah kanan atas.  Kemudian refresh korang punya Facebook. Siap!  Nota : * Kalau anda install beberapa theme pada Chrome, klik pada gambar sepanar kat sebelah hujung atas kanan dan klik pa

Jom buat ujian minda!

Image
Assalamualaikum & hai... Selamat pagi/petang/malam sumer. Hari ni apa kata kita buat test minda nak tak? Jangan tensen2 k. Jawab soalan berikut dengan tenang & rileks..hehe Gambari dicuri dari sini Soalan 1 Anda sedang menyertai satu pertandingan lumba lari. Anda telah memintas peserta nombor dua. Soalannya anda sekarang di kedudukan nombor berapa? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jawapan 1 Jika jawapan anda adalah kedudukan nombor 1, maka jawapan anda salah! Jika anda memintas peserta nombor 2 maka anda sekarang adalah peserta nombor 2! Soalan 2  Jika anda memintas peserta terakhir. Sekarang anda sedang dalam kedudukan nombor berapa? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jawapan 2 Jika jawapan anda ialah anda sedang pada kedudukan kedua terakhir, maka jawapan anda salah! Beritahu saya bagaimana anda boleh memintas peserta terakhir jika bukan anda adalah yang terakhir? hehe Soalan 3 Soalan berik

Pagi yang agung!

Image
Assalamualaikum & hai... Klik kiri untuk imej besar Gambar berikut aku ambil pada bulan Mac yang lalu. Lepas solat subuh pagi tu aku baru sahaja nak bersiap2 nak  tidur selepas tak tidur satu malam. Tengah baring2 tu aku terperasan cahaya yang masuk dalam bilik aku sangat berwarna emas. Kemudian aku bangun dan jenguk kepala kat tingkap dan subhanallah! Langit sangat2 lawa masa tu. Aku pun bergegas pergi ke balkoni rumah untuk lihat langit di hadapan Brunsfield yang menghadap ke KL. Permandangan pada masa tu sangat lah hebat. Ibaratkan ada satu pertunjukkan yang hebat Allah sedang tunjukkan pada aku. Cahaya emas bergelimpangan di sana-sini. Selama hayat aku berada di Shah Alam ni, inilah langit yang paling cantik pernah aku lihat. Aku rasa pagi tersebut boleh digelar sebagai the majestic morning. Salam dari budaksepet,   p/s : pagi tu sebenarnya baru lepas gayut. Gayut dengan headphone..hehe

Freeware : Glarry Utilities - Software untuk lajukan komputer korang!

Image
Assalamualaikum & hai.. Dah lama rasanya tak menulis pasal software yang percuma ni. Okes, kali ni aku nak berkongsi satu software untuk membersihkan komputer korang. Bukan nak bersihkan habuk, tapi nak buat maintenance supaya komputer korang akan sentiasa laju macam kudaku lari gagah berani..hehe. Entah ape2 ayat aku ni. Banyak cara untuk pastikan laptop korang sentiasa laju. Antaranya ialah bersihkan registry, bersihkan history & cache internet, tune up startup korang, buang spyware dan banyak lagi lah. Mesti ada yang pening nak buat satu2  ni. Jadi untuk bantu korang tak peningkan kepala, meh aku kenalkan kepada software yang percuma ni. Nama dia ialah Glarry Utilies.  Nak gunakannya mudah sahaja. Korang hanya perlu click pada 1 click maintenance dan scan. Bila dia dah habis scan, maka korang klik aje repair. Siap! Selain tu terdapat juga fungsi mencari fail yang ter-delete, atau nak delete fail2 rahsia secara permanent, buang fail yang ada duplicate, uninstaller dan m

Cari duit dengan blog

Image
Assalamualaikum & hai... Semalam aku bukak nuffnang.com.my. Rupa2nya duit iklan kat blog aku dah sampai RM52. Bila dah lepas RM50 maka da boleh keluarkan dah. Alhamdulillah. Boleh wat bayar bil umah untuk bulan ni..hehe Ada bloggers yang boleh dapat sampai RM2000 dalam masa satu bulan. Korang bayangkan lah dengan selalu update blog dengan kisah2 sendiri yang ntah apa2 pun akan ada visitor sampai beribu orang dalam masa satu hari. Sambil2 diorang masuk baca blog tu, mesti ada yang akan klik ikan kat blog tu. Dari situlah duit akan masuk. So korang apa lagi, tolong la klik iklan yang ada kat atas dan bawah ni. Allah sahaja yang balas jasa korang..hehe Aku dulu rajin nak update blog antara sebabnya ialah nak carik duit melalui blog lah. Dari penulisan aje boleh buat duit..hehe. Dulu masa aku menulis dengan majalah Dewan Kosmik, aku boleh dapat RM300 untuk satu artikel yang lebih kurang 1000 patah perkataan. Paling banyak artikel boleh keluar dua. Jadi dapat lah RM600.  Nak kena

Silap Shakap - Kertas 3

Image
Assalamualaikum & hai.. Oleh sebab dua tiga hari ni aku takde modal nak update, maka kita layan kertas silap shakap edisi 3! Kita layan mana yg best je k.. Sila klik kanan pada imej untuk tengok yg lebih besor..hehe 1. Aku makan roti St John (John) - Hafzan 2. Bapak ipar (mertua) - Fifi 3. Sorry for distebung (disturbing) you - Aziq 4. Leheq (leher) -  Aziq 5. Cameragrapher (photographer) - Mohana 6. Keseronakan (keseronokan) - Fifi 7. Kalau nak ambik video, aku beli webcam aje (videocam) - Hafzan 8. Introduction to BMS (medical science) -  Bard 9. Normal termination (term) - Bard 10. Alcohol should be neglect (prevent) - Ajib 11. To all wife & husband-husband (husband sudey) - Ajib 12 Berborat (berborak) - Helmi 13. Nanti ko trol (try call ) - Helmi 14. Stesyen minyak sel (shell) - aku 15. Swine filu (flu) - aku 16. Flush kamera (flash) - Hafzan 17. Bola epal (buah epal) - Hafzan 18. Uih, dah upload dah (update) - Ajib 19. Transfofo (transformer) - Azi

Mood malas datang lagi tapi kerja banyak!

Image
Assalamualaikum & hai... Haihh..nampaknya semangat aku untuk update blog ni dah pudar. Hari tu bersemangat sangat nak update sekerap mungkin. Bakpe (kenapa) malas sangat nieh? Adakah menunggu orang kasi semangat baru dulu kot baru hati nak membara mengapdet? Mengada tul..hehe Aku sekarang dan hari ke 3 kat Shah Alam. Datang awal sini ingat nak buat kerja sikit. Ingat nak mula menulis balik dengan majalah Dewan Kosmik. Kemudian nak setelkan hal2 berkaitan MSC Election pada 23hb nanti. Pastu tiba2 nak kena join MSC Carnival pada 22hb pulak. Tapi takpe, bagus ni. Nanti tugas aku amik gambar batch. Tak pernah buat ni lagi..hehe. Pastu ingat nak study sekali. Banyak benda nak kena revise balik ni... isk...tamak betul. Nak buat semua. last2 satu pun tak siap lagi..huhu Salam dari budaksepet, p/s : Hari ni teman orang tu puasa..hehe

Gambar bulan berusia 27 hari

Image
Assalamualaikum & hai... Ini ialah gambar bulan berusia 27 hari yang aku sempat ambil semalam lebih kurang awal pukul 6. Gambar kali ni terdiri dari satu dedahan sahaja iaitu 0.04 saat. Klik KIRI untuk besarkan gambar :) Salam dari budaksepet, p/s : 1. Sebenarnya semalam aku demam. Nasib baik ada kekuatan untuk bangun ambil gambar. Taknak terlepas hari lagi.hehe 2. Sekarang takde mood nak update pasal life kat sini. Layan gambar je dulu k ;) 3. Kepada yang akan berinternship nanti, aku doakan semuanya akan berjalan lancar :)

Bulan pada usia 26 hari

Image
Assalamualaikum & hai... Ni gambar bulan yang berusia 26 hari. Ingat nak ambil bulan usia 24, 25, 26 dan seterusnya. Tapi semalam tiba2 dapat berita nenek sedara meninggal pulak. Jadi terpaksa skip satu hari. Takpa2, kena tunggu hari 26 yang seterusnya..hehe Salam dari budaksepet

Silap Shakap - Kertas 2

Image
Assalamualaikum & hai... Klik KIRI pada gambar untuk saiz besar Yang dinanti sudah tiba. Kertas silap shakap edisi ke-2. Jom layan. Perkataan/ayat betul dalam kurungan k. Kita layan yang best2 aje.. 1. Conscious stesyes (status) - Ajib 2. Aku dgn Ejoi je xde trasfer (transport) - Ajib 3. Aku tak reti la nak kira duit dalam bahasa Indon (matawang Indon) - Zati 4. Moto aku sepak mati (cepat mati) - Aku .. 5. Aku mentor (mentee) Haji Ishak - Fifi 6. Yuran rumah (sewa rumah) - Jan 7. Pekasas (perkakas) - Jan 8. Nak beli burger goreng (daging) - Jan 9. Shooter site (sharp shooter) - Jan 10. Crita apa? (game apa?) - Cik Mon 11. Peti basuh (mesin basuh ) - Ejoi 12. Lembat (lambap) - Fifi 13. Bersdiap (bersiap) - Ajib 14. Wan pakai bola (baju) ni - Helmi 15. Kena cucuk, tapi tak keluar tangan (darah ) - Fifi 16. Basuh rambut (kereta) - Bard 17. Sajak (saje la) - Bard 18. GPRS (GPS) - Jan 19. MBKL (DBKL) - Lim Zifan Juara kertas Edisi 2 : Hafzan Salam dari buda

Bulan sudah tua

Image
Assalamualaikum & hai... Semalam aku bermalam di rumah Dr Mahamarowi Omar di Kota Bharu. Beliau ialah seorang doktor pakar bius di HUSM dan merupakan salah seorang peminat astronomi. Dalam dunia astronomi tempatan, Dr Rowi amatlah terkenal dengan balai cerap lagenda beliau yang dibina di atas syiling rumahnya. Sempat ambil dan edit gambar bulan. Semalam perkara yang tak dijangka berlaku. Tapi entah kenapa pada waktu maghrib tu dah terlintas dalam fikiran aku bahawa kemungkinan ianya akan terjadi. Tak sangka apa yang dirisaukan berlaku juga. Namun nasib baik aku sudah bersedia. Alhamdulillah ianya dapat dihandle dengan agak baik. Harapannya biarlah selepas ini keadaan akan kembali seperti hari2 sebelumnya. Bagi aku, ikutlah kata hati. Naluri itu penting  :-) Salam dari budaksepet, p/s : Aku terima ujian-Mu dengan hati yang terbuka. Ingin mencari hikmah disebalik kejadian ini. Nampaknya makan tak lena, tidur x basah la aku dua tiga hari ni..hehe

Silap Shakap - Kertas 1

Image
Assalamualaikum & hai... Hari ni tak tahu nk tulis pasal apa. Tapi rasanya nak share satu benda yang lawak dengan korang sumer. hehe.. Dinding umah aku sekarang ni penuh dengan kertas bertampal2.. Sebenarnya kertas tu adalah list ayat2 yang housemate kami silap cakap. Jadi tiap2 bulan kitorang akan ada juara siapa yang paling banyak silap shakap. Meh kita pergi ke kertas no 1. Kita layan mana2 yang best aje.. Dalam kurungan tu ayat/perkataan yang betul k :) 1. Blue (bird flu) - BEEB 2. Muskin (miskin) - BEEB 3. 2 Jam (2.76) - BEEB 4. Tempang (tumpang) - Aziq 5. Kotak rokak (rokok) - Aku . 6. Rasa gula melah (merah) - Ejoi 7. Habais (habis) - Mohana 8. Chanced (chances) - Puan Noraida 9. Changlang (Changlon) - Fifi 10. Cucuan (cucian) - Ajib 11. Kunci (handphone) aku ada dalam kete tak? - Bard 12. Cicakwen (Cicakman one) - Jan 13. Saya ada beli motor Hondo (Honda) - Aku ..hahaha 14. Memikirkan masa lapang (masa depan) - Ajib 15. Renovate (modified) kereta -

Silap beli da...

Image
Assalamualaikum… Hari tu aku berangan2 nak masak ikan singgang. Mak aku cakap senang aje nat wat ikan singgang tu. Senangnye ibarat level 1 aje lah dalam masak memasak ni. Jadi aku dengan semangat waja tanya resepi dengan beberapa orang termasuk Mia dan mak aku. Okes, dah berkobar2 nak buat ni. Ingat nak buat ikan singgang kuah kuning. Nak dijadikan cerita aku pun pergilah ke Tesco seorang diri untuk shopping barang2 keperluan nak masak tu. Seronok sebenarnya shopping barang dapur ni. Macam satu benda yang best pulak untuk dibuat tiap2 minggu. Tapi kalau nak ajak aku pergi shopping baju tu memang aku lemah sangat. Tambah2 yang jenis pilih baju lama2…aiii. Lomah den…. Berbalik pada cerita, sampai aje kat umah aku tiba2 jadi konpius nak kena pakai halia atau lengkuas ni. Aku dah beli halia ni.Haha.. Tanya adik aku upanye kena pakai lengkuas da.. mana leh pakai halia.. Adui.. Nampaknye ikan termenung tu duk tenung2 aje aku. Boleh silap beli pulak. Ceis.. x jadi nak masak ikan singgang

Senyum sokmo!

Image
Assalamualaikum & hai.. Hari ni aku sedikit takde mood. Banyak perkara yang difikirkan dalam kepala ni. Pasal ayah aku lah, pasal tanah kat Terengganu tu, pasal ini, pasal itu. Kepala bila dah jadi serabut ni rasa nak bernafas pun macam sedikit semput. Macam sesak aje rasanya. Duduk tak kena, bangun tak kena, badan pun rasa tak selesa. Kebiasaanya bila aku rasa serabut ni aku akan pergi mandi. Dalam bilik air tu kasi air mengalir atas kepala ni lama2. Anggap masa tu macam stress sedang keluar dengan air yang turun tu. Bila badan & kepala dah sejuk maka kurang lah sikit ketegangan yang ada tu. Kalau bahu aku agak tegang maka aku akan stretching2 sikit dalam toilet. Buat ala2 aerobik g2. Hehe..  Cayelah cuba buat, insyaAllah berkesan. Kalau ada cermin, pandang cermin & renung mata lama2. Kemudian motivate diri sendiri. Tak ada orang lain yang lebih hebat untuk memotivasi diri kita ini kecuali diri kita sendiri. Nak mengharapkan orang lain yang motivate kita mestilah tak ak

Percubaan memasak kari ayam

Image
Assalamualaikum & hai.... Nampaknya dah lama x publish post pasal masak2. hahhaha... Korang ingat tak lagi dengan ubi kentang yang aku post kat facebook tu? Masa tu aku tanya ubi kentang nak buat apa kan.. Jadi pada hari ini ubi kentang itu telah selamat menjadi beberapa resepi. Antaranya ialah macam kat bawah ni..heee Sebenarnya aku tak berapa pandai masak kari ni. Tambah2 pulak masak kari macam agak leceh dengan santan & sume tu. Jadi nak memudahkan keadaan aku masak kari tak pakai santan. Dah jadi macam kari mamak pulak.hehe.. Dah lama gila tak cuba buat kari ni. Yang paling last dulu ialah setahun yang lepas pada bulan Januari. Korang boleh baca kat sini . Salam dari budaksepet, P/s : Sebenarnya aku pakai serbuk kari daging tu. Hantam aje..hahaha.. Nampaknya kari aku kering tanpa kuah..hehe

Pesta Wau di waktu malam

Image
Assalamualaikum & hai.. Beberapa hari yang lepas aku berkesempatan ke tepi pantai kat kampung aku. Sekarang ni pihak berwajib dah pasangkan lampu spotlight kat situ, jadi kalau malam2 jadi sangatlah cerah sehingga mengganggu orang yang nak buat projek. Tak ke bagus tu..hehe. Selain tu orang ramai pun dah mula berpiknik tak kira siang atau malam. Bukan aje budak muda, tapi famili2 pun ada datang. Kampung aku kat Kemaman ni memang dah sinomin dengan permainan wau. Kalau petang2 aje mesti korang boleh tengok macam2 jenis wau sedang berjoget2 kat langit. Pandang timur, selatan, barat & utara semua boleh tengok ada wau. Kalau petang2 macam ni seronok duk layan angin sambil makan kerepok lekor kat beranda rumah. Pastu ada pulak air teh o panas. Pergh…layan…. Kalau bosan boleh pergi pantai layan jiwang kat sana.haha Dua tiga menjak ni ada fenomena baru kat kampung aku iaitu bermain wau waktu malam kat tepi pantai. Punyalah ramai yang datang macam ada pesta pulak. Yang bestnya iala

Perancangan Masa Hadapan

Image
Assalamualaikum.. Hari ni aku nak bercerita pasal perancangan masa depan aku pulak. Agak kelakar la jugak bila nak cakap2 pasal ni. Tapi biar lar. Ni kan blog Aku Punya Cerite. Ikut aku la nk cite ape2 pun.. Kalau geli sila tutup k.. hehe… Hidup tanpa perancangan tu ibarat berjalan tanpa arah tuju. Ye tak? Jangan sekadar mengharap angin yang akan membawa kapal kita ke arah tujunya tapi biarlah kita yang mengawal kain layar supaya kapal dapat berlabuh pada destinasi yang sepatutnya. Sepanjang perjalanan tu mesti ada badai dan ombaknya. Sebab itulah dinamakan lautan. Yang penting tiada putus asa atau takut untuk menghabiskan perjalanan sampai lah ke destinasi. Jika berhenti di tengah jalan maka ada kemungkinan akan karam. Maka adalah perlu untuk sediakan bekalan yang secukupnya untuk menempuhi perjalanan. Namun yang pasti pengalaman boleh dikutip ditengah perjalanan. Kerana itulah gunanya satu perjalanan. Inilah yang akan membezakan orang yang berpengalaman dan tidak. Apapun, penga