Posts

Showing posts from October, 2011

Lama tak masak!

Image
Assalamualaikum... Dah lama sungguh tak post pasal makanan ni kan? Sebabnye ialah aku dah lama tak masak.haha. Asyik makan kat luar aje mau tak kayap duit ni. Kena save duit sikit ni. Sebab semalam pegi beli barang dapur dengan awek aku, jadik hari ni aku punya la bersemangat. tapi bukan masak apa pun, goreng ikan masak kicap dengan sayur taugeh goreng je. Boleh la untuk orang bujang.hehe Sebenarnya tadi ingat nak makan nasi dengan ikan goreng curah kicap aje. Call aje cik Siti terus dia kasi idea yang sedap tapi cepat masak. Terbukti memang cepat masak ni. Nasib baik ada cik Siti. Kan cik Siti kan? hehe btw, esok aku akan mula dengan posting O&G. Masa untuk main picit picit perut mak & sambut bayi yang cumil cumil sume.hehe  Korang tahu tak waktu bersalin ni tensyen tau, dengan mak yg menjerit, jururawat dan doktor pun menjerit jgk sebab nak kasi semangat kat mak untuk teran. Tapi semua ke-tensen-an tu akan hilang bila dengar tangisan bayi. Rasa sejuk jiwa

Panduan untuk 3rd year MBBS

Image
Assalamualaikum & hai.. Minggu depan rakan rakan junior akan masuk 3rd year iaitu fasa klinikal. Jadi ramai yang duk tanya aku apa dia tips untuk survive dalam dunia klinikal nieh. Aku mana ada tips sebab aku pun tak bape survive.hehe.. Tapi insyaAllah sikit sebanyak boleh dikongsi dengan korang, moga bermanfaat. Fasa  klinikal ni memang best sebab masa ni korang dah dapat pesakit betul, mula sentuh periksa pesakit, mula buat prosedur dan mula belajar macam mana nak manage pesakit. Baru la rasa macam doktor sikit ye tak.hehe Untuk kawan kawan yang bakal masuk 3rd year ni, objektif di 3rd year ni ialah history dan physical examination untuk membuat list of differential diagnosis. Sekali lagi nak cakap, history-physical exam-differential diagnosis! Pasal management akan dibelajar pada 4th year, dan tahun ke 5 adalah fasa gabungan ke duanya. Jadi kat sini saya nak cakap jangan peningkan kepala korang dengan management pesakit lagi ye. Fokus pada disease dan macam mana nak t