Posts

Showing posts from 2008

Tiada Tajuk

Image
SMS Penghantar : Che Su Ganu, +60199739*** Dihantar : 31-Dis-2008, 20:18:16 Askom..Iwan mg pekse 5ari bln ning kew?.. Bkn npe ak ng kbo ea, ariw maat ning ayh ingt ng suh kupul ank branok kt pital,(eka) Kalau translate sikit ayat ni.. Salam..Iwan mung perikse (exam) 5hb ni ke?..Bkn ape ni, aku nok kabo (beritahu) hari Jumaat ni Ayah ingat nak suh (suruh) kupul (berkumpul) anan beranak kat Hospital, (Eka) Mesti korang pening bila baca msg ni..hehe Orang Terengganu faham la kot msg ni.  Kepada yang tak tahu, aku ni orang Terenggau tau. Lahirnya kat Dungun tapi membesar kat Kemaman. Orang kata kat Kemaman ni boleh makan ikang sokmo lah.hehe.. Tapi rumah aku takde la dekat sangat dengan pantai. Aku dulu duk dalam kampung jauh nun dalam hutan. Nak ke pantai dalam 22 kilometer g2. Kampung aku ni namanya Bandar Seri Bandi. Tapi bukan bandar pun, hutan dan babi hutan banyak la.hehe. Kat situ aku tinggal dengan mak dan nenek saudara kat sebelah rumah. Nenek saudara aku ni kitorang (dari c

Musim Exam Menjelma!

Image
Assalamualaikum & Hai... 5hb ni aku ada midsemester exam. Maka sekarang ni aku agak sibuk untuk persediaan exam. Musim exam mesti akan membuatkan aku letih. Ye r, banyak benda nak kena baca, fahami dan ingat. Nak lepas satu2 stage tu adalah proses yang meletihkan. Sekarang ni mood aku untuk study tu tak berapa nak ada. Malas betul sekarang ni.hehe.. Kalau study pakai powerpoint nota kuliah, mesti nak tengok berapa slaid lagi remaining.haha..  Sekarang ni aku guna taktik me-reward-kan diri. Contohnya, bila tiba2 perasaan malas or nak main game datang masa tengah study sesuatu topik, maka aku akan kata dalam diri yg aku akan main game bila dah abis topik ni. Teruk kan? hehe..tapi at least habis la topik yang aku sedang baca tu.. Alhamdulillah taktik ni berjaya.. wink..wink* Salam dari budaksepet,

Batu Karang Dalam Saluran Kencing

Image
Assalamualaikum & Hai..... Penyakit batu karang agak sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia. Namun saya pasti ramai yang tidak menyedari bahawa penyakit batu karang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada lokasinya. Antara yang paling biasa didengar ialah batu karang di buah pinggang. Namun tahukah anda bahawa batu karang boleh terjadi di pundi hempedu?  Penyakit batu karang di buah pinggang atau sepanjang saluran kencing disebut sebagai urolithiasis dalam istilah perubatan (batu karang di hempedu disebut sebagai cholelithiasis ). Urolithiasis biasanya terjadi kepada lelaki dengan nisbah 2 kepada 1 manakala cholelithiasis lebih umum terjadi kepada wanita.  Urolithiasis merujuk kepada pembentukan batu karang disepanjang saluran kencing. Ini termasukklah dalam buah pinggang, ureter dan pundi kencing. Kajian mendapati keturunan turut memainkan peranan dalam pembentukan batu karang ini. Jika seseorang mengalami masalah ini, maka beliau mempunyai peluang 50% un

Tangisan Rasulullah SAW Menggegarkan Arasy

Image
Untuk renungan kita bersama. Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang. "Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja mem

Mimpi Yang Tak Sudah

Image
Assalamualaikum & Hai... Malam tadi aku tidur hampir pukul 4 pagi. Masa tidur tu aku dikacau oleh mimpi2 yang tidak berkesudahan. Ada aje sambungannya. Masuk cerita ni lah, cerita tu lah. Tak habis2. Apa yang aku ingat mimpi tu berkisar di kampung aku di Kemaman nun. Dalam mimpi  tu ada seorang gadis rahsia yang menjadi watak utama.  Nak tau sapa?  Mana boleh.. Rahsia tu.. hehe... Alarm penggera henset aku berbunyi seperti biasa untuk mengejutkan aku sembahyang subuh. Tapi disebabkan dibuai mimpi yang tak berkesudahan tu, maka subuh aku telah terlepas macam tu aje. Mimpi masih berterusan. Episod demi episod terus bermain. Sampai letih aku dibuatnya. Sedar aje aku dari tidur, jam dah menunjukkan pukul 10.05 pagi. Aku ada kelas patho Haemato pada pukul 11.  Badan ni rasa macam letih sekali. Mungkin sebab mimpi yang tak habis2 tu kot. Kerongkong ni pulak rasa perit, sore throat. Hidung pulak bila bernafas keluar udara yang panas aje. oh.... Aku demam Huhu.. Nasib baik

Kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi

Image
Berikut adalah kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat renungan muslimah2 solehah yg sejati..     Assalamualaikum...   "Wahai puteriku, Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia lima puluh tahun.. Usia muda telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2 dunia..   Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.. Wahai puteriku, banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan aku sampaikan.. Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak dlm pelbagai bent

Jom Nilaikan Diri ;0)

Image
 Assalamualaikum & hye... Kejap tadi aku dapat satu email dari miss Farah Alwani. Tajuknya ialah kasih sayang mengikut bulan lahir .eheehehe... Kelakar la pulak bila baca benda macam ni. ngeh...3x. Aku lahir bulan Oktober 1987. Korang? Dove of Peace Januari - Mudah jatuh cinta. - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati. - Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya -pasangannya cemburu terhadapnya.. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- Febuari - Sukar untuk jatuh cinta . - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.

Jangan Tertipu Dengan Email Bank Palsu!!

Image
Assalamualaikum & hye.... Semalam aku ada terima email dari CIMB bank. Aku tau sebenarnya email tu adalah palsu. Dalam email tersebut mengatakan bahawa CIMB Clicks punya server telah mengalami masalah, maka aku perlu login ke website CIMB Clicks dan kemudian memohon nombor TAC yang baru. TAC diperlukan untuk melakukan transaksi topup handset dan sebagainya.Dalam email tu dinyatakan langkah2 yang perlu diikuti, jika tidak akuan bank CIMB tersebut mungkin di tamatkan. Betapa pandainya taktik perompak siber ni, memula sekali dia suruh kita login di website CIMB yang original. Apabila kita dah dapat TAC yang baru, kita di arahkan untuk logout dan login sekali lagi dengan kali ini memasukkan sekali no TAC yang baru. Di sini lah pengguna akan tertipu kerana website yang kita diminta login semula itu adalah website PALSU!!!   Website CIMB yang betul Website CIMB yang palsu. Sekali imbas macam yang original kan? Website tersebut adalah mimik kepada website CIMB yang original. Jika and

Dekstop RAM Kingstone DDR2 512mb untuk dijual!!

Image
 Kingston DDR2, 512MB,  533Mhz Second hand Desktop RAM untuk di jual!! Keadaan gerenti baik! Ingin lajukan komputer anda? Teringin untuk tambah RAM agar anda mampu guna windows Vista? Mahu elakkan windows anda dari tersangkut2? Apa kata anda tambah RAM komputer desktop anda! Hanya RM35 . Ini termasuk kos penghantaran ke rumah anda! Tak perlu start enjin kereta mencari kedai komputer. Anda hanya perlu SMS atau email saya mengenai enquiry anda. Spesifikasi : Kingstone DDR2, kelajuan 533Mhz, saiz memori 512mb Hubungi saya :  Mohd Rizuan Ali, 017-2421412 ibnu_ali_87@yahoo.com Salam dari budaksepet,

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Image
Assalamualaikum & hye...  " Selamat Menyambut  Hari Raya Aidil Adha " Sempena hari raya aidiladha ni, aku akan balik ke kampung aku di Kemaman, Terengganu. Hari raya haji kat sana meriah tau. Boleh makan daging lembu banyak2. hehe. Dah lama juga aku tak balik ke sana, mau dekat setahun tak balik kot. Dan hampir setahun juga lah aku tak jumpa ayah aku. Hari raya hari tu pun tak sempat. Aku bertolak ke Kemaman dari Shah Alam pada pukul 9 malam esok (sabtu). InsyaAllah aku akan sampai sana lebih kurang pukul 6 pagi.  Bermula dari sabtu sehinggalah hari Selasa depan, aku tak dapat online. Sesiapa ada msg  boleh tinggalkan kat YM atau pun msg aje kat no ni : 017-2421412. Selamat hari raya Aidil Adha buat semua. Salam dari budaksepet,

Peti Sejuk Dari Perak ;p

Image
Assalamualaikum... Hari ni ada kelas patho endocrine dan patho genito-urinary. Kelas endocrine masih lagi tak masuk pasal disease. Tp Prof Karim masih mahu menekankan kitorang untuk revise kembali histologi organ2 endocrine. Walaupun ramai yang tak suka histologi ni (termasuklah aku), namun aku rasa kalau faham histologi pasti akan senang untuk faham pathology (penyakit). Untuk kelas penyakit sistem urinari pulak, hari ni kitorang diperkenalkan kepada penyakit yang melibatkan kecederaan pada kapsul glomerular pada buah pinggang (glomerularnephritis). Asignment pun dah ada. Banyak ni. aduii.. Assignment : *Secondary glomerulonephritis Systemic lupus erythematosus Diabetes mellitus Amyloidosis Goodpasture Syndrome Polyarteritis nodosa Wegener granulomatosis Henoch-Schonlein purpura Bacterial endocarditis Hereditary diseases *Date of submission : 12 Disember 2008 Malam ni aku kena pulun untuk siapkan assignment musculoskeletal dan genetic disorder. Dua2 nak kena hantar es

Majalah Dewan Kosmik Disember 2008

Image
Assalamualaikum & Hye... Majalah Dewan Kosmik Isu Disember 2009 Jangan lupa beli. RM6 aje.hehe Untuk isu bulan Disember 08, kali ini aku menulis untuk ruangan Astronomi yang bertajuk Soltis Musim Sejuk : Matahari Merajuk ke Selatan. Sebenarnya artikel ni adalah bersempena peristiwa soltis musim sejuk yang akan berlaku pada 21 Disember ini pukul 6.05 minit petang waktu Malaysia. Peristiwa soltis tidak memberikan siginifikan yang banyak kepada kita yang berada di khatulistiwa. Peristiwa soltis lebih memberi kesan kepada masyarakat di utara yang sedang mengalami musim sejuk manakala masyarakat selatan bumi sedang mengalami musim panas. Jadi apa kaitannya dengan kita di Malaysia? Haha.. jawapannya ialah pada hari tersebut, matahari akan kelihatan berada paling jauh ke selatan pada waktu tengah hari. Lebih tepat lagi jaraknya dari titik atas kepala ialah 23.5 darjah ke selatan. Ha...apa lagi, tandakan pada kalendar atau buat reminder dalam henset untuk tengok matahari di waktu tengah ha

Kesibukan Yang Mula Melanda.

Image
Assalamualaikum & Hye.. Sekarang hampir pukul 3 pagi. Aku tengah siapkan assignment patho musculoskeletal. Tajuknye pasal muscle of upper and lower limb with nerve & blood supply of the muscle!!! banyak tu nak kena cite! Adui..dah la anatomi aku ni dah banyak lupe. Nampaknya aku akan habiskan masa yang agak banyak untuk assigment ni. Ni kerja yang perlu dibuat buat masa ni: *Assignment & presentation patho endocrine :    1. Relation of hormone and stress (what an interesting topic huh?) *Assignment patho haemato :    1. Muscle of upper and lower limbs with its nerve and blood supply    2. Muscle of neck and had with nerver supply *Assigment & presentation patho haemapoietic & lymphoid system    1. Packed Cell Volume (PCV) & Hemoglobin estimation method Kelmarin, editor majalah Dewan Kosmik, sdr Khairuanuar Manshor telefon aku. Dia nak mintak aku buat artikel untuk ruangan fokus untuk isu Jan 09. Tak penah lagi aku menulis untuk ruangan fokus. Selama ni

Hari Yang Macam2

Image
Assalamualaikum & hye... Hari ni banyak benda yg berlaku. Ada yang menggembirakan, ada yang men-tensen-kan. ---------------- Waktu : 5.30 petang Lokasi : depan komputer, tepi sliding door Status : baru lepas sembahyang Asar. Selesai aje sembahyang, terus aku duk depan pc. Bukak page MSC. Refresh page. Tiba2 degupan jantung aku bertambah kencang. Suhu badan mula menaik disertai perasaan geram bercampur marah. Si Alamak dan Huhuhu buat hal lagi kat website MSC!!  ( baca entri berkaitan sblm ini ) Kali ni lagi teruk! Lagi dasyat! dan lagi melampau! Kenyataan dia sungguh racist! Sampaikan aku yang baca ni pun rasa sakit hati. Kenapa la ada Melayu yang macam ni. Bila aku baca aje komen yg 1st, terus aku login kat shoutbox tu & delete komen melampau tu. Tak sanggup aku nak publish komen tu kat sini. Lepas delete komen tu, aku refresh balik page MSC. Ada lagi komen baru!!! Kali ni dengan nama Huhuhu pulak.. Ayat beracun dan busuk! Masih lagi racist Aku delete lagi. Ke

Jersi Baru Malaysia

Image
Assalamualaikum & hye... Nike Malaysia baru2 ni telah keluarkan jersi baru pasukan kebangsaan Malaysia. Lawa siot. Tanpa banyak bebel, jom kita tengok rupanye. Jersi Utama Jersi Malaysia masih mengekalkan jalur melintang ke bawah. Ianya adalah simbolik kepada gelaran pasukan bola sepak Malaysia iaitu skuad Harimau Malaysia. Berbanding dengan yang lama, jersi baru ni kelihatan lebih fit. Sebenarnya ia adalah ciri2 yang bagus untuk mengurangkan tarikan baju oleh pemain lawan. Selain tu, ianya akan membolehkan pemain bergerak dengan lebih bebas. Nombor jersi dibahagian depan dan belakang nampaknya direka untuk kelihatan lagi cun dari yang dulu. Simbol keris masih lagi ada pada baju iaitu pada kedudukan yang sama seperti jersi lama. Kolar baju sedikit berubah menjadi lebih round dan mempunyai nama Malaysia di bahagian belakang. Baju di Tempat Lawan Jika pasukan Malaysia bertandang ke tempat lawan yang memakai baju yang warnanya hampir sama, jersi kedua yang bewarna biru

Hari Emo Sedunia

Image
Assalamualaikum & hye. Sekarang ni,  urusan subjek kami yang batch pioneer BMS dah hampir selesai. Kiranya dah selesai abis la. Aku kalo bleh nak jdkn grup aku ni same subjek sampai la abis. Jadi tak la bercerai berai bak kata orang. Hehe.. Namun ada la beberapa orang yang lain satu dua subjek. Jadi tak kisah la. Asalkan overalnya kami masih bersama. ------------------ Hari ni aku rasa boleh gelarkan hari emo sedunia.haha. Ramai betul orang yang emo ari. Yang pompuan ler. Aku terpikir jugak, diorang ni PMS (pre-menstrual syndrome) same2 ke? hehe 4 orang member kelas aku ari ni duk meng-emo-kan diri. Last2 aku jugak yang kena berhadapan dengan cik2 yang emo ni. Nasib baik urusan kelas sume dah setel. Sabo aje la. hehe.. Salam dari budaksepet.

Hari Pertama Kuliah

Image
Assalamualaikum & hye... 21hb yang lepas aku postkan kat website Medical Science Club (MSC) (aku adalah AJK webmaster MSC) mengenai kuliah surgeri yang perlu dihadiri oleh semua pelajar fakulti pd hari ni  (24hb). Biasanya kuliah2 dibuat untuk pelajar yang amik subjek tersebut saja. Tapi kali ni disebabkan professor jemputan dari Poland yang akan sampaikan, maka kami semua BMSian ni kena la pegi. Kuliah dijadualkan bermula pukul 9 pagi di dewan teater MSU.  Disebabkan hari ni adalah hari pertama kuliah, maka aku risau ramai yang tak datang. Nanti tak elok pula imej MSU pada pandangan professor tu. Aku sendiri tadi pukul 9.15 masih lagi ada kat rumah sebab menunggu kereta kawan untuk aku tumpang ke kolej. Hujan waktu pagi tu. Nak jalan kaki mau basah lenjun aku. Jam dah pukul 9.40 pagi. Aku baru saje sampai kat kolej. Aku diberitahu dewan teater masih lagi gelap lagi tanpa aircond dipasang. Pelajar pun dah mula mengeluh2 sebab tunggu lama. Pensyarah yang dinanti tak juga tiba2

Bermain Sebelum Tak Boleh Main!

Image
Assalamualaikum & hye... Minggu ni aku rasa ramai yang tak ade mood untuk brblogging. Hari2 jugak aku refresh page aku ni untuk tengok sama ada geng2 blogger lain ada update cerite mereka. Aku sendirik pun malas nak update blog aku ni. haha...Skarang ni keja aku asik maen2 aje. Esok bermula lah kelas aku menandakan semester baru sudah bermula. Nampaknya masa bermain dah nak habis! wuwu... Esok aku ada lecture updates in cardiovascular surgery dan lusa untuk updates in neurosurgery. Aku excited sebenarnya nak dengar lecture esok sebab aku minat nak jadi specialist cardiac surgery nnti! Nak tau sbb ape? sebab orang Malaysia ni ramai sakit jantung!hehe.. Kalau kat swasta byk boleh buat duit ni >:) muhaha.. (ape da..). Tapi yang penting sekali aku minat dan ada passion untuk jadi cardiac surgeon. Kan2? ;;)  (ayat kover balik). Seminggu ni aku habiskan masa bermain game Need for Speed Most Wanted, FIFA09 dan tengok drama bersiri House MD. Study? Takde study pun! Nasib bai

Semester Baru Bermula! FIGHTING!

Assalamualaikum wbr & selamat sejahtera.... Dah lama aku tak update blog ni. Nak kata sibuk dua tiga hari ni takde la sangat.hehe.. Sekarang ni aku baru aje lepas registration untuk semester baru pada 17hb yang lepas. Jadik maknanya masa tu la aku dapat keputusan exam semester lalu.   Sebenarnya aku agak cuak, takut result sem lepas aku jatuh. Sem lepas aku agak struggle dengan 4 sistem penyakit Banyak benda nak kena baca n hafal, terutamanya subjek penyakit sistem saraf. Uii...letih den..   Tapi alhamdulillah result final exam aku hari tu ok aje. Aku maintain result sem lepas, menjadikan CGPA sekarang ni 3.2+, Syukran.... Yang penting sekarang ni ialah untuk pertahankan pointer dari jangan jatuh di bawah 3. Kalau bawah 3 nanti aku tak dapat masuk fasa klinikal kat International Medical School.   huhu....Mintak2 la dapat tempat kat IMS tu.. Memang dah cita2 dari dulu lagi nak masuk situ.   Okes.. Sekarang ni aku di semester baru. Semester ni aku masih ambil 4 sistem penyakit

Bas Rosak!

Assalamualaikum.... Hari ni aku balik dari Kota Bharu ke Shah Alam. Perjalanan biasanya makan masa selama 8 jam. Bas aku bertolak pukul 9 pagi dan sepatutnya akan sampai dalam pukul 7 kat sana. Tapi malangnya hari ni, bas yang aku naik rosak kat Gua Musang! Kali pertama dalam hidup aku bas yang aku naiki rosak kat dalam hutan. Argh...tensen gue... Maka terpaksalah kitorang semua turun bas dan tunggu unit mekanik Transnasional untuk datang baiki  bas. Dari pukul 1 sampailah pukul 5.30 petang baru kitorang dapat bergerak semula. Aku sampai kat Shah Alam tadi pukul 11.15 malam. 14 jam perjalanan! huhu Sekarang ni aku letih, ngantuk dah nak tidorrr!!! ZzZzzzZzZZZZzzZZ

House MD dan Aku?

Assalamualaikum.... Hari ni aku tengok drama bersiri HOUSE MD musim ke-2. Yang hari ni dah episod ke 18. Sleeping Dogs Lie tajuknya. Aku tengok cerita ni salah satu sebabnya ialah untuk tujuan ulangkaji apa yang aku belajar kat kelas dan untuk tambah info baru pasal bidang perubatan yang luas ni. Selain tu boleh lah buat aku rilek2 sambing baring tengok seribu macam drama kehidupan dalam siri House MD ni..hehe.. Pasal etika kedoktoran ada, pasal cinta ada, pasal kehidupan seharian, pasal perhubungan dan macam2 lagi lah... Mula pada hari ni, aku bercadang untuk buat satu laporan ringkas kes apa yang ada dalam siri House tu dan terbitkan di blog ni. Jadi ni akan membuatkan aku lebih teliti dalam melihat kes yang ditunjukkkan.. Semoga ianya bermanfaat pada aku. Amin.. InsyaAllah aku akan cuba;)

Ujian Darah

Assalamualaikum & salam sejahtera... Pengenalan Dalam badan manusia, terdapat lebih kurang 5 hingga 6 liter darah mengalir dalam satu sistem peredaran darah yang lengkap. Isipadu darah ini akan mengisi lebih kurang 4 botol besar air berkarbonat 1.5L dan mewakili 8% daripada berat badan. Darah yang kita lihat adalah berwarna merah pekat dan kadang-kala merah-kebiruan. Ini adalah bergantung darimana punca darah tersebut iaitu sama ada dari arteri (beroksigen=merah) atau vena (kurang oksigen=biru). Namun untuk mengenal pasti warna darah yang mengalir sama ada dari arteri dan vena adalah agak sukar. Ianya memerlukan pengalaman dan pemerhatian yang teliti. Maka tidak semua doktor dapat membezakan antara warna darah ini. Namun tahukah anda bahawa darah kita umumnya terdiri daripada cecair yang jernih? Sekitar 55% daripada darah adalah dari plasma yang terdiri daripada 90% air. Jadi dari mana warna kemerahan itu wujud? Warna merah pada darah adalah disebabkan kehadiran sel dara