Posts

Showing posts with the label Fotografi

Bile nak exam buat perangai

Image
Assalamualaikum Minggu ni aku ada exam ni. Hari rabu ni, maknanya 4 hari lagi. Aduii.. banyak tak bace lagi... Drive mood tu tak berapa kuat lagi, pastu nanti bile dah dekat mule la menyesal tak baca awal2 lagik. Biasa la tu..kuikuikui... Bila dekat nak exam ni, mula la banyak kerja nak buat. Nak edit gambar la, nak kemas bilik la, nak repair laptop la.. Dah mula buat perangai ni.hehe.. Ok lah, saje nak share gambar2 kat Tasik Shah Alam. Sambil bosan menunggu orang yg tak kunjung tiba..hehe.. k lah, Selamat berpuasa semua orang ;)

Fotografi di dalam bilik

Image
Assalamualaikum... Ni gambar sekitar dalam bilik dan balkoni rumah aku. Dah lame tak ambil gambar lanskap ni. p/s : Exam end posting exam untuk department paediatrik minggu depan. Harap2 la aku boleh jawab dengan baik nanti.. Salam dari budaksepet,

Apakah itu white balance?

Image
Assalamualaikum & hai... Perasan tak korang bila kita ambil gambar, kalau gambar tu pada siang hari akan ada kaler ke-biruan sikit? Kaler kekuningan pada gambar pulak jadi bila kita ambil gambar dalam rumah yg pakai lampu kuning, atau dalam dewan atau pada waktu petang. Contohnya macam gambar yang aku ambil kat bawah.  Gambar diambil pada waktu siang hari, langit yang kebiruan memberikan sedikit kaler biru pada gambar. Warna biru memberi mod sejuk pada gambar Gambar di dalam rumah atau dewan dengan lampu kuning akan menyebabkan warna gambar menjadi tidak tepat. Warna kuning menyebabkan gambar kelihatan sedikit panas/ warm Untuk mengatasi masalah ni, anda boleh cuba ubah nilai white balance pada setting  kamera handphone/digicam/DSLR anda. Cuba cari setting white balance di menu kamera anda. Saya pasti akan ada sebab handset yang murah pun sekarang ni sudah ada setting white balance. Banyak setting sedia ada  boleh digunakan mengikut situasi gambar ...

Cerita Semasa

Image
Assalamualaikum  dan hai. Dah lame aku tak menulis kan? hehe. Hari ni tersemangat nak menulis balik sebab tadi aku habiskan banyak masa dengan baca blog Dr Sarah . Dia banyak bercerita mengenai pengalaman hidup bergelar sebagai doktor pelatih (housemen) kat Hospital Temerloh. Ingat lagi waktu aku belum masuk MBBS dulu, aku selalu tercari cari blog pelajar perubatan atau doktor yang bercerita mengenai kisah hidup diorang seharian.  Sekarang ni aku dah melangkah ke bidang ni, mungkin aku pula yang patut rajin menulis kat sini. Mana tau ada kawan kawan kita kat luar yang jadi macam aku dulu.hehe. Ada ke tak tu Wallahualam. Tapi aku terperasan ada satu komen dari anonymous yang dia sangat ter- inspired  bila baca entri aku pasal pelajaran dalam bidang medik ni. InsyaAllah kalau ada masa aku akan menulis k. Doakanlah aku selalu rajin untuk menulis.hehe..  Bagi siapa yang tak tahu, sekarang ni aku berada dalam posting perubatan (lepas ni sebut medikal). Aku dah ...

Aktiviti Berembun

Image
Assalamualaikum & hai... Semalam aku ada godek2 laptop Acer aku ni. Terjumpe lak gambar lame2 tp takde la lame pun Jan 2010. Yang aku nak kongsinye ni ialah gambar kitorang time malam2. Miss Daly cakap aktiviti ni orang panggil berembun. Kalau ada masa free kitorang selalu lah pegi mengayakan (betul ke ni?) restoran al rafi kat seksyen 13 ni. Sekarang ni seminggu ada lah 2 3 kali. Dulu rajin sungguh hampir setiap hari sampai anne tokei al rafi dah boleh nak beli mercedez dah. Biasa time ada gem bola datang la kitorang. Maklum la kat umah takde astro. ni aku dengan saudara Badrun Hisyam tengah tengok semut berjalan atas meja Macam orang cine aku tengok. Ade cahaya bulat2 atas kepala aku. Tu lampu lip lap tu Badrun Hisyam Abd Hamid. Cita2 nak jadi duktur Eh tadi aku dah, ni aku lagi. Biase la tuan punya blog. Gambar kena lebih sikit Ni abg Jan. Dia tengah ingat awek dia si Fatin ni Aiseh aku lagi. Dah start malu dah ni Ni Hafifi Hafidz. Asal dari Malake. Sudah berpunya Bar...

Pagi yang agung!

Image
Assalamualaikum & hai... Klik kiri untuk imej besar Gambar berikut aku ambil pada bulan Mac yang lalu. Lepas solat subuh pagi tu aku baru sahaja nak bersiap2 nak  tidur selepas tak tidur satu malam. Tengah baring2 tu aku terperasan cahaya yang masuk dalam bilik aku sangat berwarna emas. Kemudian aku bangun dan jenguk kepala kat tingkap dan subhanallah! Langit sangat2 lawa masa tu. Aku pun bergegas pergi ke balkoni rumah untuk lihat langit di hadapan Brunsfield yang menghadap ke KL. Permandangan pada masa tu sangat lah hebat. Ibaratkan ada satu pertunjukkan yang hebat Allah sedang tunjukkan pada aku. Cahaya emas bergelimpangan di sana-sini. Selama hayat aku berada di Shah Alam ni, inilah langit yang paling cantik pernah aku lihat. Aku rasa pagi tersebut boleh digelar sebagai the majestic morning. Salam dari budaksepet,   p/s : pagi tu sebenarnya baru lepas gayut. Gayut dengan headphone..hehe

Mood gembira campur pening

Image
Assalamualaikum & hai.. Sekarang dah pukul 6.38 minit pagi dan aku masih lagi tak tidur sejak semalam. Ni la kesan dari tidur lebih dari 12 jam.hehe. Tapi sekarang ni aku sedikit happy sebab aku baru aje install plugin baru untuk gambar kat blog aku ni (walaupun kepala dah mula pening). Dapat inspirasi dari member aku Fareedzul Hareez ni. Dengan plugin ni, maka aku boleh upload foto2 yang aku ambil untuk korang view secara besar. Boleh cuba dengan klik pada gambar campur aku kat bawah. Namun disebabkan oleh plugin ni, blog aku dah tak dapat di layari menggunakan internet explorer 8. Jadi sapa2 yang pakai IE8 tu baiklah korang tukar kepada Google Chrome.hehe. Boleh baca review aku di sini . Apa pendapat korang? Salam dari budaksepet, p/s : Widget followers pun dah hilang sama. Nanti kesian la blogger lain takleh nak follow blog aku nanti. Hahahaha..pasan betul aku ni..