Posts

Showing posts with the label Tips

TUTORIAL - macam mana nak tukar IP address kepada IP UK

Image
Assalamualaikum... Berikut adalah tutorial bagi sesiapa yg nak tukar IP address tempatan kepada IP address UK. Biasanya orang buat ni untuk membolehkan kita dapat masuk website yang dah diblock di sekolah2 atau tempat kerja anda..Kalau tak faham boleh ikut gambar step by step. LANGKAH 1 : Pergi ke http://www.getukvpn.com/ dan salin PPTP Username & Password yg diberi. LANGKAH 2 : Tekan butang START > Control Panel , > Network & Internet , > Network & Sharing Center , >  Set Up a New Connection or Network , > Connect to a Workplace dan tekan butang Next Pilih Use my Internet connection (VPN)> masukkan getukvpn.com di bahagian Internet Address dan juga di Destination name > masukkan username getukvpn dan password yang anda dapat dari website http://www.getukvpn.com /tadi.. Tekan butang Connect/create..  Kalau tak faham boleh tengok gambar kat bawah.. LANGKAH 3 : Bila anda diberitahu anda sudah connected, sil...

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Image
Aku baru je tukar ink printer Canon MP145 aku. Printer ni kalau baru tukar ink baru kadang2 dia still detect ink sebagai catridge kosong. Jadi untuk selesaikan hal ni kita kena reset ink tu pada printer. Satu cara yang aku jumpa & terbukti berkesan adalah seperti berikut. Disconnect the printer's power outlet Press and hold the power button the reconnect the power   While still holding down the power button, press the reset button twice.(red circle with a triangle).  Release the power button \  The printer takes about 10 seconds to show the number 0. (at this step, i press and hold the reset button twice, each time I press and hold is about five seconds. then I'm able to continue to the next step)   Press + to change the value from 0 to 1.   When this value is 1, press colour button' this will light up two LEDs. One is for plain paper and the other for photo paper. At this point feed the printer with paper.   Press the power button twice and the...

Jom belajar buat telur rebus!

Image
Salam & hai.. Hari ni kita belajar masak telur pulak.hehe Memula sekali masukkan telur ke dalam periuk. Kemudian masukkan air. Tutupkan periuk. Jumlah air biarlah telur hampir-hampir tenggelam keseluruhannya. Masak sehingga air mendidih dan padamkan api dengan segera. Untuk telur separuh masak . Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 5 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Untuk telur 3/4 masak . Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk. Untuk telur masak penuh(keras) . Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 15 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk. ( Kalau tak nak rendam pun dah tak kisah)  Camne, menjadi tak?hehe Salam ...

Guna Facebook secara Free Untuk Pengguna Digi

Image
 Assalamualaikum & hai... Tadi aku baru aje try something new yang mungkin agak menarik. Benda tu ialah Digi menawarkan perkhidmatan Facebook secara percuma kepada pelanggan Digi sahaja tak kira postpaid atau prepaid . Sori ye yang lain.hehe Dengan servis ni, korang boleh tengok akaun Facebook korang, tapi tanpa gambar dan video, hanya perkataan sahaja yang keluar. Jadi boleh guna untuk balas komen, letak status update dan sebagainya. Kalau nak tengok gambar kena bayarlah ikut kadar 10 sen untuk 10kb.  Untuk aku, benda ni boleh la guna untuk update status kat page Facebook MBBS 3rd phase pada bile2 masa. Status kat page ni akan masuk direct kepada twitter yang ada kat blog MBBS 3rd phase kitorang. Jadi tak la lambat aku buat announcement kat blog tu. Hope so .hehe :p Caranya senang aje. Tak perlu handphone yang mahal2. Boleh pakai internet browser yang ada dalam handphone masing2 tu. Just pastikan sebelum tu tukar setting internet korang kepada Digi Wap. ...

Mencari waktu paling tepat

Image
Assalamualaikum & hai.. Cuba tengok jam anda, bandingkan dengan jam rakan anda. Mesti ada beza barang seminit dua. Kadang2 beza sampai 10 minit. Kalau tengok di televisyen pun, jam2 antara lain2 stesen sedikit berbeza dalam beberapa saat. Nak tau macam mana nak semak jam yang paling tepat? Waktu di Malaysia telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk dijaga oleh pihak SIRIM yang bertempat di Shah Alam Selangor. Sebelum ini, waktu standard Malaysia (Malaysian Standard Time) dijaga oleh pihak JUPEM dengan menggunakan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Kemudiannya tugas ini diambil alih oleh pihak Sirim dengan menggunakan 5 buah jam Caesium dengan 2 darinya berprestasi tinggi yang menggunakan pergerakan atom sebagai pengira waktunya.  Untuk melihat jam yang paling tepat di Malaysia, korang boleh datang ke Kompleks Sirim di Shah Alam Selangor, bersebelahan Kompleks PKNS. Dari luar lagi korang akan nampak satu jam besar berwarna hitam yang diselaras...

Jangan Tertipu Dengan Email Bank Palsu!!

Image
Assalamualaikum & hye.... Semalam aku ada terima email dari CIMB bank. Aku tau sebenarnya email tu adalah palsu. Dalam email tersebut mengatakan bahawa CIMB Clicks punya server telah mengalami masalah, maka aku perlu login ke website CIMB Clicks dan kemudian memohon nombor TAC yang baru. TAC diperlukan untuk melakukan transaksi topup handset dan sebagainya.Dalam email tu dinyatakan langkah2 yang perlu diikuti, jika tidak akuan bank CIMB tersebut mungkin di tamatkan. Betapa pandainya taktik perompak siber ni, memula sekali dia suruh kita login di website CIMB yang original. Apabila kita dah dapat TAC yang baru, kita di arahkan untuk logout dan login sekali lagi dengan kali ini memasukkan sekali no TAC yang baru. Di sini lah pengguna akan tertipu kerana website yang kita diminta login semula itu adalah website PALSU!!!   Website CIMB yang betul Website CIMB yang palsu. Sekali imbas macam yang original kan? Website tersebut adalah mimik kepada website CIMB yang original....