Posts

Showing posts with the label Software

TUTORIAL - macam mana nak tukar IP address kepada IP UK

Image
Assalamualaikum... Berikut adalah tutorial bagi sesiapa yg nak tukar IP address tempatan kepada IP address UK. Biasanya orang buat ni untuk membolehkan kita dapat masuk website yang dah diblock di sekolah2 atau tempat kerja anda..Kalau tak faham boleh ikut gambar step by step. LANGKAH 1 : Pergi ke http://www.getukvpn.com/ dan salin PPTP Username & Password yg diberi. LANGKAH 2 : Tekan butang START > Control Panel , > Network & Internet , > Network & Sharing Center , >  Set Up a New Connection or Network , > Connect to a Workplace dan tekan butang Next Pilih Use my Internet connection (VPN)> masukkan getukvpn.com di bahagian Internet Address dan juga di Destination name > masukkan username getukvpn dan password yang anda dapat dari website http://www.getukvpn.com /tadi.. Tekan butang Connect/create..  Kalau tak faham boleh tengok gambar kat bawah.. LANGKAH 3 : Bila anda diberitahu anda sudah connected, sil...

Jimat tenaga di blog

Image
Assalamualaikum & hai.. Cuba korang tinggalkan blog aku ni selama 1 minit. Apa yg akan jadi ialah akan keluar satu screen hitam kononnya untuk kurangkan penggunaan tenaga. Projek ni dikelolakan oleh onlineleaf.com. Korang boleh pegi ke www.onlineleaf.com Cuba la try. Salam dari budaksepet,   p/s : Lusa ada end posting exam!

Yahoo Messenger 11 beta Review

Image
Assalamualaikum & hai.. Sabtu ni aku ada exam Opthalmology, ENT & Community Medicine dan hari ni aku sedang update pasal Yahoo Messenger 11. Takpe2.. teruskan menaip...huhu Member aku si Rosli bagitau yang YM dah ada version 11. Tapi ni baru yang beta jer. Beta ni maksudnya software tu dalam testing mode lagi. Mungkin ada cacat sikit sini sana yang diorang perlu kenal pasti sebelum dikeluarkan versi full punye.  Kalau korang perasan, mana2 software yang nak di upgrade versionnya dari nombor 10 ke 11 sebagai contohnya  mestilah ada upgrade yang agak major seperti rupa dan fungsi dia. Kalau setakat upgrade version 10.12 ke 10.15 tu takde ape sangatlah bezanya . Kalau macam ni diorang hanya betulkan bug atau kecacatan kecik je. Ok dah. Stop2 mengarut.  Antara kelebihan YM11 ni ialah korang boleh sign in chat FB kat YM korang. Kan FB punye chat slow sikit. Lagi satu korang boleh buat apa2 yang berkaitan dgn FB kat YM ni je. Contohnye post update. Lupe pulak, Twi...

Panduan membeli broadband

Image
Assalamualaikum & hai.. Seperti yang dijanjikan dulu, kali ni aku nak berkongsi tips2 membeli broadband. Sekarang ni ada 3 broadband yang utama kat Malaysia ni. Celcom, Maxis & P1 Wimax. Sebelum kita tengok satu2, ada beberapa pekara yang korang perlu fikirkan sebelum membeli broadband. Semak sama ada kawasan anda tinggal mempunyai liputan EDGE, 3G atau HSDPA/HSUPA/HSPA. Pastikan rumah anda, rumah sewa anda dan kawasan yang anda selalu pergi tu mendapat liputan paling kurang 3G atau lebih baik lagi faimili HSDPA. Jangan beli jika broadband hanya menerima EDGE atau GPRS di kawasan anda tinggal. Boleh semak menggunakan website berikut : Maxis - klik pada check coverage Celcom  - klik pada coverage map P1 Wimax Jika anda menggunakan broadband, anda perlu berjaga2 dengan limit muat turun. Jika anda dah lepas limit, maka kelajuan internet akan berkurang. Jadi pilih broadband dengan limit lebih dari 3 gig jika anda pengguna internet yang jarang mendownload. Jika anda kaki...

Cara untuk tukar layout Facebook

Image
Assalamualaikum & hai... Hai korang sume? dah makan malam ke belum? ke korang baca ni di waktu pagi? ehehe.. Baik. Hari ni aku nak kongsi dengan korang macam mana nak tukar layout Facebook. Kita tukar yang lawa sket. Contohnya macam kat bawah. Sila klik kiri untuk besarkan gambar. Caranya senang aje..  Kalau korang pakai Firefox: Pergi ke   https://addons.mozilla.org/it/firefox/addon/2108  kemudian install plugin utk Firefox tu. Stylish nama dia. Selesai aja tu meh kita ke langkah berikutnya yang boleh diguna untuk Google Chrome. Kalau korang pakai Firefox, maka kena buat step atas, kalau pakai Chrome maka boleh terus ke langkah berikutnya. Pergi ke   http://userstyles.org/styles/23635  dan kemudian pilih mana2 theme yang korang nak cuba.  Kemudian klik install as user script kat sebelah kanan atas.  Kemudian refresh korang punya Facebook. Siap!  Nota : * Kalau anda install beberapa theme pada Chrome, klik pada gambar sepanar ka...

Freeware : Glarry Utilities - Software untuk lajukan komputer korang!

Image
Assalamualaikum & hai.. Dah lama rasanya tak menulis pasal software yang percuma ni. Okes, kali ni aku nak berkongsi satu software untuk membersihkan komputer korang. Bukan nak bersihkan habuk, tapi nak buat maintenance supaya komputer korang akan sentiasa laju macam kudaku lari gagah berani..hehe. Entah ape2 ayat aku ni. Banyak cara untuk pastikan laptop korang sentiasa laju. Antaranya ialah bersihkan registry, bersihkan history & cache internet, tune up startup korang, buang spyware dan banyak lagi lah. Mesti ada yang pening nak buat satu2  ni. Jadi untuk bantu korang tak peningkan kepala, meh aku kenalkan kepada software yang percuma ni. Nama dia ialah Glarry Utilies.  Nak gunakannya mudah sahaja. Korang hanya perlu click pada 1 click maintenance dan scan. Bila dia dah habis scan, maka korang klik aje repair. Siap! Selain tu terdapat juga fungsi mencari fail yang ter-delete, atau nak delete fail2 rahsia secara permanent, buang fail yang ada duplicate, uninstal...

Perbandingan Antara IE, Firefox, Opera, Safari dan Google Chrome

Image
Assalamualaikum & hai... Apa internet browser yang korang pakai untuk melayari internet? Firefox, Internet Explorer, Google Chrome, Safari atau Opera? Banyak2 nama di atas, aku pasti ramai yang tak pernah dengar atau guna Google Chrome, Safari dan Opera. Yang paling glamour mestilah Internet Explorer dan Firefox. Internet Explorer Internet Explorer (IE) tak kira lah versi berapa pun kurang menjadi pilihan aku sebab ianya agak slow . Nak boleh bukak tab baru pun lambat. Nak start mula2 tu pun lambat. Crash pun selalu jadi. Jadi IE ni aku memang aku tak pakai langsung. Firefox Mozilla Firefox ni ramai orang guna selain dari IE. Antara sebabnya ialah ianya lebih pantas, dan menawarkan banyak add-on yang menarik. Kalau nak banding antara Firefox & IE, maka boleh ibaratkan antara kucing dan lipas yang mana kucing jauh lagi kiut berbanding lipas. Setuju tak? hehe Aku sendiri suka pakai Firefox. Salah satu sebabnya ialah ia benarkan cache website yang kita ...

Jangan Tertipu Dengan Email Bank Palsu!!

Image
Assalamualaikum & hye.... Semalam aku ada terima email dari CIMB bank. Aku tau sebenarnya email tu adalah palsu. Dalam email tersebut mengatakan bahawa CIMB Clicks punya server telah mengalami masalah, maka aku perlu login ke website CIMB Clicks dan kemudian memohon nombor TAC yang baru. TAC diperlukan untuk melakukan transaksi topup handset dan sebagainya.Dalam email tu dinyatakan langkah2 yang perlu diikuti, jika tidak akuan bank CIMB tersebut mungkin di tamatkan. Betapa pandainya taktik perompak siber ni, memula sekali dia suruh kita login di website CIMB yang original. Apabila kita dah dapat TAC yang baru, kita di arahkan untuk logout dan login sekali lagi dengan kali ini memasukkan sekali no TAC yang baru. Di sini lah pengguna akan tertipu kerana website yang kita diminta login semula itu adalah website PALSU!!!   Website CIMB yang betul Website CIMB yang palsu. Sekali imbas macam yang original kan? Website tersebut adalah mimik kepada website CIMB yang original....

Dekstop RAM Kingstone DDR2 512mb untuk dijual!!

Image
 Kingston DDR2, 512MB,  533Mhz Second hand Desktop RAM untuk di jual!! Keadaan gerenti baik! Ingin lajukan komputer anda? Teringin untuk tambah RAM agar anda mampu guna windows Vista? Mahu elakkan windows anda dari tersangkut2? Apa kata anda tambah RAM komputer desktop anda! Hanya RM35 . Ini termasuk kos penghantaran ke rumah anda! Tak perlu start enjin kereta mencari kedai komputer. Anda hanya perlu SMS atau email saya mengenai enquiry anda. Spesifikasi : Kingstone DDR2, kelajuan 533Mhz, saiz memori 512mb Hubungi saya :  Mohd Rizuan Ali, 017-2421412 ibnu_ali_87@yahoo.com Salam dari budaksepet,

Modem dan Thumbdrive Yang Bagus?!

Image
Masa : 12.30pm Lokasi : Depan komputer, depan sliding door Situasi : Tengah tidur (hehe...) Tiba2 ada suara berkumandang, "Wan2, bangun! Nak pegi beli modem tak?" Aduih..kaco betul aku tido... Emm...Punya la lewat aku bangun hari ni. Semalam aku tidur lewat. Dalam pukul 3 lebih sebab buat slaid untuk presentation pasal pulmonary stenosis. Pulmonary stenosis ni bermaksud kesempitan berlaku di arteri pulmonari yang menyebabkan darah dari ventrikel kanan jantung tak dapat untuk mengalir ke peparu dengan baik. Sempit ni biasanya terjadi disebabkan masalah pada injap semilunar yang tak dapat terbuka dengan baik masa jantung kanan sedang mengepam. Tengok jam, dah kul 12.30pm Aku pun bergegas bangun. Aku dah janji ngan Shah untuk pegi beli modem tengah hari ni kat Taman Intan, dekat Jaya Jusco Bukit Raja. Modem umah aku dah ada masalah. Asyik connect, putus, connect, putus balik. Sampai aku nak buat kerja pun susah. ---------------------------------- Tempat yang kitorang perg...