Labels

15 January 2012

Fotografi di dalam bilik

Assalamualaikum...

Ni gambar sekitar dalam bilik dan balkoni rumah aku. Dah lame tak ambil gambar lanskap ni.






My alarm clock 






 My photogenic fish





p/s : Exam end posting exam untuk department paediatrik minggu depan. Harap2 la aku boleh jawab dengan baik nanti..

Salam dari budaksepet,

13 January 2012

Apakah itu white balance?

Assalamualaikum & hai...

Perasan tak korang bila kita ambil gambar, kalau gambar tu pada siang hari akan ada kaler ke-biruan sikit? Kaler kekuningan pada gambar pulak jadi bila kita ambil gambar dalam rumah yg pakai lampu kuning, atau dalam dewan atau pada waktu petang. Contohnya macam gambar yang aku ambil kat bawah.

 Gambar diambil pada waktu siang hari, langit yang kebiruan memberikan sedikit kaler biru pada gambar. Warna biru memberi mod sejuk pada gambar


Gambar di dalam rumah atau dewan dengan lampu kuning akan menyebabkan warna gambar menjadi tidak tepat. Warna kuning menyebabkan gambar kelihatan sedikit panas/warm

Untuk mengatasi masalah ni, anda boleh cuba ubah nilai white balance pada setting  kamera handphone/digicam/DSLR anda. Cuba cari setting white balance di menu kamera anda. Saya pasti akan ada sebab handset yang murah pun sekarang ni sudah ada setting white balance.

Banyak setting sedia ada  boleh digunakan mengikut situasi gambar anda. Kebiasaannya diletakkan sebagai mod berawan (cloudy), teduh (shady), lampu tungsten (tungsten light), lampu kilamantang (fluorescent light) atau lebih mudah Auto White Balance. Perhatikan jenis pencahayaan di lokasi anda dan pilih mod white balance yang sesuai.



Salam dari budak sepet,
 

10 January 2012

Unifi dan download


Assalamualaikum & hai...

Sekarang tengah download Adobe Lightroom bersaiz 237mb dari website Adobe.



Heaven-nya download bila pakai Unifi ni. Boleh sampai maximum 600kbps per saat. Kalau download movie 700mb tu dalam 10 minit da siap..

Unifi ni pakej yang 4mb per saat. Sepatutnya download kena hampir sampai 4mb/saat tapi biasalah servis diorang ni. 

Dulu aku ada pakai line 4mb streamyx. Walaupun kelajuannya sama dgn Unifi, tapi sebab Unifi pakai kabel optik jadi internet jadi lagi laju. Tengok Youtube pun tak payah nak buffer dah.

..


Salam dari budaksepet,
 

27 December 2011

Subject dan Verb mesti Agree

Assalamualaikum dan hai..

Setelah sekian lama tak update blog, maka hari ni aku nak mulakan dengan matapelajaran bahasa inggeris. Untuk pengetahuan korang, english aku amatlah teruk. Grammar lintang pukang dan vocab pun tak banyak. Malu aje medical student apabila englishnya tak berapa bagus.huhu.

Mari kita belajar balik ape yg tice2 kita ajar dulu, iaitu Subject dan Verb mestilah agree antara satu sama lain (subject verb agreement). Di sini tulisan biru adalah subject dan tulisan merah adalah verb.

Make it simple!

Secara mudahnya, subject boleh jadi objek, binatang atau manusia manakala verb (kata nama) adalah perbuatan objek tersebut.  Mudahnya, subject yg singular (satu) akan digunakan dengan singular verb. Plural (banyak) subject digunakan dengan plural verb.

Namun anda kena tahu sama ada sesuatu subject tersebut adalah singular atau plural (satu atau banyak), sama juga dengan verb yang digunakan.

Ingin diingatkan bahawa tambahan s dibelakang sesuatu verb tidak menjadikannya plural/banyak. Contohnya Talks dan Talk. Ianya bergantung kepada  sama ada anda menggunakan He/She atau They dengan verb tersebut. Sebagai contoh;

He talks - maka talks adalah singular
They Talk - maka talk adalah plural

Petua 1
Dua singular subjects digunakan dengan or atau nor memerlukan singular verb.

Cth : my aunt or my uncle is arriving by train today

Petua 2
Dua singular subjects digunakan dengan either/or atau neither/nor memerlukan singular verb, sama seperti petua 1. Sama juga jika mengguu nakan them atau us.


Cth : Neither Abu nor Ali is available
Either Ahmad or Kasim is helping today with stage decorations
Neither of them is available to speak right now.
Either of us is capable of doing th ejob.

Petua 3
Apabila anda menggunakan I (saya) sebagai salah satu dari dua subject, sebutkan I kemudian  dan guna singular verb iaitu am.
singular/plural subjects + I+am

Cth : Neither she nor I am going to the festival

Petua 4
Apabila singular subject digabungkan menggunakan  or, nor, either atau neither  kepada plural subject, letakkan plural subject kemudian dan guna guna plural verb.
singular + plural = plural

Cth : The serving bowl or the plates go on that shelf.
Neither Jenny nor the others are available.

Petua 5
Umumnya, apabila dua atau lebih subjects digabungkan dengan and, gunakan plural verb selepas itu.

Cth : A car and a bike are my means of transportation.

Petua 6
Jangan keliru mengenai penggunaan verb apabila sesuatu subject digunakan dengan along with, as well as, besides, atau not. Gunakan petua 1.

Cth : The politician, along with the newsmen, is expected shortly.
Excitement, as well as nervousness, is the cause of her shaking.

Petua 7
Each, everyone, every one,  everybody, anyone, anybody, someone dan somebody adalah singular, maka memerlukan singular verbs. Jangan kisahkan kepada perkataan yang mengikuti of.

Cth : Each of the girls sings well.
Every one of the cakes is gone.

Petua 8
Jika perkataan yang menunjukkan nilai cthnya percent, fraction, part, majorit, all, none, remainder dan seterusnya digunakan, lihat pada object yang dirujuk untuk menentukan sama ada penggunaan verb plural atau singular. Object singular dengan verb singular dan sebaliknya.

Cth : Fifty percent of the cake has disappeard (cake adalah satu cake, maka guna singular verb)
Fifty percent of the cakes have dissapeared. (cakes adalah banyak cake, maka guna plural verb)
All of the cake is gone
All of the pies are gone
None of the garbage was picked up
None of the sentences were punctuated correctly
Of all her books, none have sold as well as the first one
One-third of the city is unemployed (satu city)
One-third of the people are unemployed (banyak orang)

Petua 9
The number digunakan dengan singular verb, manakala a number digunakan dengan plural.

Cth : The number of people we need to hire is thirteen.
A number of people have written in about this subject.

Petua 10
Jumlah duit  atau tempoh masa digunakan dengan singular verb.

Cth : Ten ringgit is a high price to pay.
Five years is the maximum sentence for that offence

Ok lah. Cukup setakat ni.

Chow dulu.
 

p/s : sekarang dalam posting Paediatrik

Tolong klik..hehe