Posts

Showing posts from January, 2010

Azam Tahun Baru

Image
Assalamualaikum & hai.. Rajin nampaknya aku untuk update blog ni. Mungkin sebab azam tahun baru kot.. hehe.. Jadi apa azam aku tahun ni? 1. Berazam untuk jadi lebih rajin dari tahun lepas. Bukan sebab aku malas2 tahun lepas tau..hehe. Tapi tahun lepas aku banyak tanggungjawab lain yang menyebabkan aku sedikit kurang untuk study. Nak buat macam mana tanggunggjawab mesti dilaksanakan. Amanah orang tu. Bulan 4 ni insyaAllah aku akan mula masuk 3rd year. Posting pertama ialah Opthalmology ~ mata. Azam aku untuk study hard bila dah masuk clinical years ni. 2. Berazam untuk memperbaiki masa tidur. Korang tahu tak biological clock aku ni dah senget? Sekarang ni aku selalu tidur lepas subuh. Kemudian bangun dalam kul 1 petang..hahahahah.. Buruk perangai gila kan?hehe.. Lepas habis praktikal hari tu lar aku mula jadi musang berbulu ayam ni. Azam aku untuk tidur paling kurang 4 jam sehari dan paling banyak 8 jam. Sekarang ni selalu sampai 12 jam..hehe 3. Berazam untuk hidup secara l

Perbandingan Antara IE, Firefox, Opera, Safari dan Google Chrome

Image
Assalamualaikum & hai... Apa internet browser yang korang pakai untuk melayari internet? Firefox, Internet Explorer, Google Chrome, Safari atau Opera? Banyak2 nama di atas, aku pasti ramai yang tak pernah dengar atau guna Google Chrome, Safari dan Opera. Yang paling glamour mestilah Internet Explorer dan Firefox. Internet Explorer Internet Explorer (IE) tak kira lah versi berapa pun kurang menjadi pilihan aku sebab ianya agak slow . Nak boleh bukak tab baru pun lambat. Nak start mula2 tu pun lambat. Crash pun selalu jadi. Jadi IE ni aku memang aku tak pakai langsung. Firefox Mozilla Firefox ni ramai orang guna selain dari IE. Antara sebabnya ialah ianya lebih pantas, dan menawarkan banyak add-on yang menarik. Kalau nak banding antara Firefox & IE, maka boleh ibaratkan antara kucing dan lipas yang mana kucing jauh lagi kiut berbanding lipas. Setuju tak? hehe Aku sendiri suka pakai Firefox. Salah satu sebabnya ialah ia benarkan cache website yang kita

Entri Baru Dengan Template Baru

Image
Assalamualaikum & hai.. Apa khabar semua? Harap korang sihat2 aje la ye..hehe.. Hari ni aku baru aje tukar template baru. Lepas dah upload   code HTML tu nak kena edit2 la   sikit, baru puas hati. Jadi setakat ni aku dah rasa suka dengan template baru ni. Antara sebab aku pilih template ni ialah ruang untuk artikel lebih besar. Sambil2 tu nanti boleh aku masukkan gambar2 yang aku tangkap kat sini. Eh.. macam binatang la pulak gambar ni boleh main tangkap2 ye? ehehe :D Bila ruang besar jadi gambar pun nampak lagi besar. Lepas tu barulah pembaca lebih mudah menghargai keunikan yang ada pada gambar tu. Lagipun rasa sayang juga sebab tak upload kat sini gambar2 yang banyak aku ambil. Kebanyakannya aku upload di Facebook. Jangan segan untuk add aku ye..hehe. ibnu_ali_87(at)yahoo.com Berikut adalah gambar intro yang pertama.hehe.. Kredit kepada fotografernya iaitu saudara Fareedzul. Boleh tengok website dia kat sini .  Banyak gambar cun yang dia ambil. Sifu aku tu.. Sala