Posts

Showing posts from 2012

TUTORIAL - macam mana nak tukar IP address kepada IP UK

Image
Assalamualaikum... Berikut adalah tutorial bagi sesiapa yg nak tukar IP address tempatan kepada IP address UK. Biasanya orang buat ni untuk membolehkan kita dapat masuk website yang dah diblock di sekolah2 atau tempat kerja anda..Kalau tak faham boleh ikut gambar step by step. LANGKAH 1 : Pergi ke http://www.getukvpn.com/ dan salin PPTP Username & Password yg diberi. LANGKAH 2 : Tekan butang START > Control Panel , > Network & Internet , > Network & Sharing Center , >  Set Up a New Connection or Network , > Connect to a Workplace dan tekan butang Next Pilih Use my Internet connection (VPN)> masukkan getukvpn.com di bahagian Internet Address dan juga di Destination name > masukkan username getukvpn dan password yang anda dapat dari website http://www.getukvpn.com /tadi.. Tekan butang Connect/create..  Kalau tak faham boleh tengok gambar kat bawah.. LANGKAH 3 : Bila anda diberitahu anda sudah connected, sila ke webs

percubaan satu dua tiga

assalamualaikum.... lama gile aku tak update.. akupun dah lupa bile last aku update....hehe... so ape cite sekarang? citenya aku sekarang dah tahun 5 MBBS... boleh kata aku dah kat pertengahan tahun 5 jugak lah... so camne tahun 5 ni? dah tahun akhir tu.... bizi tu bizi la jugak. tapi yg paling tak best ialah tekanan expectation specialist yg agak tinggi kat kita. dia expect kita tahu ni tahu tu, kekadang rasa tak tertanggung jugak, sampai stress2... kalau tgh memuncak tu sampai duk terfikir2 nape la aku amik medik ni... tapi biase la perasaan g2 datang dan pegi..sume orang mengalami g2 kot....  yg paling penting ialah terus motivate diri balik lepas tu... sebenarnya ni entry percubaan.. nak tahu nape? Hehe... nanti aku bagi tau.. chow dulu salam..

Bile nak exam buat perangai

Image
Assalamualaikum Minggu ni aku ada exam ni. Hari rabu ni, maknanya 4 hari lagi. Aduii.. banyak tak bace lagi... Drive mood tu tak berapa kuat lagi, pastu nanti bile dah dekat mule la menyesal tak baca awal2 lagik. Biasa la tu..kuikuikui... Bila dekat nak exam ni, mula la banyak kerja nak buat. Nak edit gambar la, nak kemas bilik la, nak repair laptop la.. Dah mula buat perangai ni.hehe.. Ok lah, saje nak share gambar2 kat Tasik Shah Alam. Sambil bosan menunggu orang yg tak kunjung tiba..hehe.. k lah, Selamat berpuasa semua orang ;)

Hari ni aku masuk lokap

Image
Assalamualaikum dan hai.. Hari ni aku pegi mahkamah majistret Kuala Selangor sebab nak buat rayuan saman JPJ yg tahun lepas. Bagi yang tak tahu saman JPJ kalau nak diskaun korang kena naik mahkamah majistret. Kalau saman polis trafik boleh mintak diskaun kat balai aje... Prosedurnye ialah korang akan dipanggil ke depan kat dalam mahkamah tu kemudian pertuduhan akan dibacakan. Pastu diorang akan tanya mengaku salah ke tak? Nak senang cite baik cakap ngaku je. Pastu hakim akan tanya nak buat rayuan ape2 tak? Masa ni korang cakap je la apa2 cite sedih korang kasi hakim tu nangis tersedu2. Lepas tu baru hakim akan cakap berapa yang kita kena bayar. Alkisahnya minggu lepas aku naik mahkamah majistret shah alam atas kesalahan tak pakai seat belt penumpang depan taun 2009 dulu. Rayu punye rayu hakim cakap aku kena bayar RM 50.... Alhamdulillah... Polis kat situ ckp nasib baik dpt hakim yg baik hari tu. Pasal hari ni pulak kes aku kena saman sebab takde lesen dgn roadtax mat

Fotografi di dalam bilik

Image
Assalamualaikum... Ni gambar sekitar dalam bilik dan balkoni rumah aku. Dah lame tak ambil gambar lanskap ni. p/s : Exam end posting exam untuk department paediatrik minggu depan. Harap2 la aku boleh jawab dengan baik nanti.. Salam dari budaksepet,

Apakah itu white balance?

Image
Assalamualaikum & hai... Perasan tak korang bila kita ambil gambar, kalau gambar tu pada siang hari akan ada kaler ke-biruan sikit? Kaler kekuningan pada gambar pulak jadi bila kita ambil gambar dalam rumah yg pakai lampu kuning, atau dalam dewan atau pada waktu petang. Contohnya macam gambar yang aku ambil kat bawah.  Gambar diambil pada waktu siang hari, langit yang kebiruan memberikan sedikit kaler biru pada gambar. Warna biru memberi mod sejuk pada gambar Gambar di dalam rumah atau dewan dengan lampu kuning akan menyebabkan warna gambar menjadi tidak tepat. Warna kuning menyebabkan gambar kelihatan sedikit panas/ warm Untuk mengatasi masalah ni, anda boleh cuba ubah nilai white balance pada setting  kamera handphone/digicam/DSLR anda. Cuba cari setting white balance di menu kamera anda. Saya pasti akan ada sebab handset yang murah pun sekarang ni sudah ada setting white balance. Banyak setting sedia ada  boleh digunakan mengikut situasi gambar anda. Kebiasaa

Unifi dan download

Image
Assalamualaikum & hai... Sekarang tengah download Adobe Lightroom bersaiz 237mb dari website Adobe. Heaven-nya download bila pakai Unifi ni. Boleh sampai maximum 600kbps per saat. Kalau download movie 700mb tu dalam 10 minit da siap.. Unifi ni pakej yang 4mb per saat. Sepatutnya download kena hampir sampai 4mb/saat tapi biasalah servis diorang ni.  Dulu aku ada pakai line 4mb streamyx. Walaupun kelajuannya sama dgn Unifi, tapi sebab Unifi pakai kabel optik jadi internet jadi lagi laju. Tengok Youtube pun tak payah nak buffer dah. .. Salam dari budaksepet,