Posts

Showing posts from September, 2008

Berbuka di Restoran Tasik Indah

Image
Assalamualaikum.... Hari ni aku ada lab test untuk subjek penyakit sistem saraf. Dalam test tu, ada 10 stesen yang perlu dilalui dengan setiap stesen disertakan gambar sel yang berpenyakit atau gambar kasar sesuatu organ yang ada masalah. Jadi tugas kami ni ialah untuk mengenal pasti apa masalah yang ada dan menjawab soalan yang ditanya pada stesen tersebut. Ada satu stesen yang aku dah jawab salah. Konfius sebenarnya. Dalam rajah tu, ada gambar otak yang kelihatannya agak kecil (atrophy) dan struktur tisu pada mamillary body kelihatan agak lain macam sikit. Aku masa tu dah tak tau nak tulis apa. Rasanya mungkin boleh jadi masalah kemerosotan sistem saraf pada basal ganglia atau brain stem. Mungkin penyakit Parkinson atau Huntington. Adui... takpelah, bantai la yang ni satu.huhu.. Rupa2nya masalah tu disebabkan oleh chronic alcoholism. Adush... ------------------------ Hari ni aku berbuka puasa di Restoran Tasik Indah bersama Nabila dan suaminya. Dulu aku yang jadi pengapit

Masalah Kekurangan Vitamin B1 dan B12

Assalamualaikum.... Hari saya ingin berkongsi mengenai penyakit yang disebabkan oleh masalah nutrisi. Antara masalah yang sering terjadi ialah disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 (Thiamine) dan vitamin B12 (Cobalamine). Secara umumnya, terdapat dua penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1, thiamine. Penyakit tersebut ialah Sindrom Wernicke-Korsakoff ( Wernicke-Korsakoff Syndrome)  dan neuropati periferi ( peripheral neuropathy). Kekurangan vitamin B12, cobalamine, dalam diet pula akan menyebabkan masalah kombinasi kemerosotan saraf tunjang subakut (subacute combine degenerative of spinal cord). 1)  MASALAH KEKURANGAN VITAMIN B1 (Thiamine) Sindrom Wernicke-Korsakoff Sindrom Wernicke-Korsakoff berlaku disebabkan oleh kekurangan thiamine. Sindrom ini menyebabkan pesakit mempunyai masalah kawalan otot mata (occularmotor abnormalities) dan disertai simptom2 masalah mental. Antara orang yang berisiko ialah peminum arak, masalah kekurangan nutrisi, mengalami pembe
Assalamualaikum..... Sekarang dah jam 6.30 petang. Tinggal 40 minit lagi untuk berbuka. Tadi baru balik dari bazaar Ramadhan berdekatan dengan stadium Shah Alam. Lepas aje kelas pathophysio of CVS habis pada pukul 4, terus saje aku, Zareen, Liza, Nisa & Irma pegi mencuci mata kat bazaar. Haha.. Hari ni aku beli nasi kerabu (RM2.50) untuk berbuka, air timun susu (RM1), nasi lemak ayam goreng (RM3.50) untuk bersahur dan ayam BBQ (orang belanje..hehe..murah rezeki). Jadi hari ni dah abis RM3.50 untuk berbuka & RM3.50 untuk bersahur. Jimat kan? Ni lah antara kelebihan bulan Ramadhan. Boleh kurang sikit perbelanjaan untuk makan tu. Alhamdulillah.. --------------------- Kuliah hari ni adalah mengenai cardiac arrythmia (ketaktentuan rentak jantung) dan antihypertensive drugs (dadah untuk darah tinggi..hehe). Rasanya tak sempat kalau nak  buat summary dua perkara tu sekarang. Malam ni pulak nak revise histopathologi sistem respiratori pulak sebab esok ada lab test. Aiii...m

Epilepsy / Sawan Gila Babi

Assalamualaikum..... Hari ni aku nak study pasal epilepsi atau nama lainnya sawan gila babi. Punya la tak best nama tuh. Kalo letak sawan gila kucing ke, kambing ke, ayam ke kan baru sedap sikit sebut. Hehe.. Biasanya perkataan gila babi ni digunakan masa marah kat orang laen aje. Tapi masa sakit pun boleh guna jugak. Haha.. Penyakit gila babi berlaku apabila berlakunya sawan (seizure) yang berulang2. Sawan adalah gangguan dan abnormaliti terhadap kelakuan, kesedaran, dan pergerakan yang disebabkan oleh gangguan aktiviti elektrik yang berlaku dalam otak. Biasanya bertahan selama beberapa saat atau minit dan pulih dengan sendirinya. Jom kita  tengok summary pasal epilepsi ni. EPILEPSY/GILA BABI Definition : Common chronic neurologic disorder characterized by recurrent unprovoked seizures (sawan). An epileptic seizure is convulsion (kegeleparan & kekejangan) or transient abnormal event experience by the subject due to paroxysmal cerebral discharge of cerebral neuron.

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH...... AMIN. .... ----------------------------------------------------- .: Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu bena

Aku, Dia & Cerebral Palsy....

Assalamualaikum.... Pagi tadi aku ade kelas patho nervous system. Hari ni belajar psl 3 penyakit; cerebral palsy, epilepsy, & peripheral nerves disease. Aduiii...dah tambah 3 lagi penyakit. Setakat ni, untuk patho Nervous ada 12 penyakit kena kover untuk final exam. Semua2 tu pulak ada banyak pecahannya sendiri. Ni tak termasuk sistem2 lain. Okes, tadi masa tengah solat terawikh tadi, aku terfikir untuk cite kat sini secara ringkas apa yang aku dah belajar setiap hari (nampak sangat tak khusyuk masa solat tadi.huhu). Jadi sekurang2nya aku akan revise balik apa yang dah belajar tadi. So lets start with the 1st one. Known as cerebral palsy. Dalam BM tak pasti apa, tp yang pastinya ia adalah masalah pergerakan dan keseimbangan terhadap kanak2 yang baru lahir. CEREBRAL PALSY Definition :    Is a group of disorders that appear at the 1st few years of life and affect the child's ability to control movement, balance & posture. Cause :    Damage/problem with the motor

Study Tips - Medicine

Image
from ppim.com by Prof Dr Raymond Azman Ali       I think the very fact that you have chosen medicine is already a great challenge and sacrifice, which automatically requires a balance between the materialistic and spiritual worlds. It is one of those professions that gives a Muslim great satisfaction, without expecting too much worldly rewards. Most, if not all medical schools in Malaysia are beginning to inject "spiritualism" into their curricula no matter what religion you belong to. You cannot run away from it because medicine involves humans more so than any other profession. Study tips: 1) don't study alone, 2) Learn medicine through seeing patients, and not just by reading the recommended textbooks, i.e. see which conditions are common in your hospital, and learn "around" these conditions. For instance, if diabetes is a common condition, read 2, 3 or more books on diabetes, but if you've never encountered leishmaniasis, don't bother readi

Kerja lagi!

Assalamualaikum.... Berikut adalah senarai penyakit & perkara yang aku perlu kover setakat ini. (adush..final exam dah dekat!) 1) Pathophysio Cardiovascular System Management of myocardial infarction (rawatan & pengjagaan penyakit jantung) Rheumatoid Heart Disease (penyakit jantung disebabkan oleh demam rheumatoid) Infective Endocarditis (jangkitan pada otot jantung) Hypertension (penyakit darah tinggi) Cardiomyopathies ( penyakit pada otot jantung) more to come... 2) Pathophysio of Respiratory Syte Pneumonia Emphysema Pulmonary eosinophlia Tuberculosis more to come.... 3) Pathophysio of Gastrointestinal System Peritonitis Intestinal obstruction Inflammatory bowel disease Appendicitis Hepatitis Baru aje presented: Cholelithiasis (batu karang dalam pundi hempedu) Cholecystitis (keradangan pundi hempedu) Fistula & atresia Fissure in Anus Gallbladder carcinoma Hemorrhoids (buasir) coming soon. 4) Pathophysio of Nervous System (ni yg tak

Jangan Main2!

Image
Assalamualaikum..... Hari ni adalah hari yang agak meletihkan. Kelas pathophysio of GI tadi aku kena buat presentation pasal cholelitiasis. Aku sorang aje yang present tajuk tu walhal orang lain kongsi present satu penyakit. Tapi takpelah, asalkan member group aku semua dapat present dengan jayanya tadi. Jadi sekarang dah lepas satu kerja. Kerja lain ada lagi yang menanti. Banyak tu. Nak study lagi, nak buat asignment lagi, nak uruskan pasal Medical Science Club (MSC) lagi. Huhu... Aku kena kuat!   Tadi sebelum aku ke mesyuarat MSC, sempat aku naik ke pejabat fakulti aku, saja je nak lalu. Rupa2nya result untuk subjek patho respiratori dah keluar. Tengok2 aje aku punya result, adush.... keciwa... Keputusan aku tak berapa memberansangkan. Terkedu aku sekejap.huhu... Nampaknya aku kena berusaha dengan lebih kuat dan gigih lagi. Final exam pun dah dekat. Aku dah tak boleh main2 lagi. Caiyok! Jangan leka!

Majalah Dewan Kosmik isu september 2008

Image
Assalamualaikum... Pada bulan ini, satu2nya majalah sains dan teknologi dalam bahasa Malaysia iaitu amjalah Dewan KOSMIK membicarakan mengenai puasa dan pelbagai kaitan sains dengannya. Antaranya ialah kesan puasa terhadap metabolisme badan, kesannya kepada kesihatan, sains disebalik puasa dan sahur, dan kaitan antara puasa dan mental individu berpuasa itu. Agak menarik kerana ianya mengupas banyak perkara yang tidak diketahui oleh umum berkaitan puasa. Untuk isu September ini, dalam ruangan Sains Angkasa, saya membicarakan mengenai balai cerap astronomi serta komponen2nya. Ini termasuklah jenis dan reka bentuk balai cerap yang biasanya berbentuk kubah, jenis sistem teleskop, pengimejan, penjejak, dan sebagainya.   Banyak kali juga apabila saya bercerita mengenai aktiviti astronomi yang dilakukan di balai cerap, ramai yang akan bertanya kembali apakah itu balai cerap? Rupa2nya fasiliti astronomi ini lebih dikenali dengan nama inggerisnya iaitu observatory. Kadang kala terkilan j

Cinta Ramadhan

Image
Assalamualaikum.... Hari ini adalah Ramadhan yang ke-3. Alhamdulillah puasa aku baik2 aje setakat ini. Pada awal Ramadhan dulu, aku berniat nak pegang dan baca Al-Quran setiap hari. Tapi semalam aku dah terlepas. Adush....Mungkin sebab semalam aku agak sibuk agaknya. Majlis perlancaran kelab medical science kolej aku akan berlangsung 8hb ini. Jadi aku pun turut sama jadi sibuk. Nak stadi pun tak berapa sempat. InsyaAllah malam ini aku akan cuba ganti balik apa yang aku terlepas pada hari kelmarin. Hari ini ada dua perkara berlawanan berlaku dipersekitaran aku. Dua2nya melibatkan cinta. Hehe. Sahabat baik aku di Kemaman mengadu pada aku. Katanya dia putus cinta semalam. Diputuskan oleh 'rakan perempuan' nya. Sedih betul nampaknya kawan aku ni. Hari ni tak boleh nak buat kerja dia. "Wan, aku betul2 masih sayang kat dia. Tapi sekarang ni dia merajuk betul2 kat aku. Ko tolong la aku untuk pujuk dia". Emm...aku dengan cewek sahabat aku ni kenal tak berapa lama s

Prosedur Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

Image
Assalamualaikum... Menerima suntikan tidak membatalkan puasa. Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan prosedur yang selalu dilakukan di hospital tetapi tidak membatalkan puasa. Ini adalah hasil dari seminar Fiqh-Perubatan kali ke-9, yang berlangsung di Cassablanca, Morocco pada 8-11 Safar 1418, bersamaan 14-17 June 1997. Semoga bermanfaat kepada semua. Penggunaan ubat titis telinga, mata dan ubat pembersih telinga. Tablet GTN (nitroglycerin untuk merawat penyakit jantung) yang diletakkan di bawah lidah. Melakukan pembersihan vagina atau memasukkan speculum, alat pencegah kehamilan (pessaries) atau jari doktor semasa melakukan pemeriksaan pelvik. Memasukkan urethroscope melalui salur kencing untuk memerhatikan bahagian bawah urethra Menggerudi, mengekstrak, dan membersihkan gigi tidak membatalkan selagi ianya tidak ditelan ke perut. Menerima suntikan otot, kulit, sendi atau vena dengan pengecualian suntikan bahan makanan ke dalam badan. Mendermakan dan menerima darah. Menyedut u

Perkara Berkaitan Amalan Puasa

Image
Assalamualaikum.... Hari ni adalah hari pertama puasa. Alhamdulillah aku masih lagi berjaya puasa penuh setakat ni. (hahaha...ni hari 1st..so mesti la..). Diharapkan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang lebih baik dari yang lepas. InsyaAllah aku akan cuba untuk mengisi setiap hari dengan membaca Al-Quran. Jika bulan lain aku agak lagho, insyaAllah bulan ini aku akan usahakan untuk kurangkan lagho tu. InsyaAllah.. Hari ini aku ingin berkongsi dengan semua akan perkara2 yang dibolehkan ketika berpuasa. Ramai yang agak keliru dan malu untuk bertanya. Namun malu bertanya sesat jalan. Kan2?  Pelihara puasa anda dengan menjaga aurat sebaiknya. Perkara yang boleh dilakukan ketika berpuasa Memasuki waktu puasa dalam keadaan berhadas besar adalah tidak membatalkan puasa. Perkara ini boleh terjadi apabila seseorang itu berjimak dengan isterinya pada malam hari, atau seorang lelaki yang bermimpi basah pada malam hari, kemudian apabila dia bangun dari tidur, waktu subuh telah pun masuk. Diriway