Peti Sejuk Dari Perak ;p

Assalamualaikum...
Hari ni ada kelas patho endocrine dan patho genito-urinary. Kelas endocrine masih lagi tak masuk pasal disease. Tp Prof Karim masih mahu menekankan kitorang untuk revise kembali histologi organ2 endocrine. Walaupun ramai yang tak suka histologi ni (termasuklah aku), namun aku rasa kalau faham histologi pasti akan senang untuk faham pathology (penyakit).

Untuk kelas penyakit sistem urinari pulak, hari ni kitorang diperkenalkan kepada penyakit yang melibatkan kecederaan pada kapsul glomerular pada buah pinggang (glomerularnephritis). Asignment pun dah ada. Banyak ni. aduii..

Assignment :
*Secondary glomerulonephritis
  1. Systemic lupus erythematosus
  2. Diabetes mellitus
  3. Amyloidosis
  4. Goodpasture Syndrome
  5. Polyarteritis nodosa
  6. Wegener granulomatosis
  7. Henoch-Schonlein purpura
  8. Bacterial endocarditis
  9. Hereditary diseases
*Date of submission : 12 Disember 2008

Malam ni aku kena pulun untuk siapkan assignment musculoskeletal dan genetic disorder. Dua2 nak kena hantar esok!

--------------------------------------------------

Balik aje kelas tadi, kawan aku cakap ada pos laju ada kat kaunter pak guard untuk aku tuntut. Aiseh...ape pulak yang sampai ni? Siap dengan pos laju lagi.

Oh..baru aku ingat. Dua tiga hari lepas adik angkat aku cakap dia nak pos 'peti sejuk'. Cik Nana ni kalau nak pos sesuatu mesti dia kata nak pos peti sejuk. Tapi kalau nak pos peti sejuk betul pun ape salahnye.hehe.. 

Selepas bungkusan pos laju tu aku amik. Bukak2,

Wah..dapat baju baru!!!!

(senyum sampai ke bibir)
**mesti la senyum kat bibir kan? hehe

Cik Nana ni, orang cakap suh jangan beli apa2 tp dia degil. Ye ar, dia pun belum stat pegang duit lagi. Tapi sama la macam aku masa besday dia ari tu. Sapa suh terlepas cakap nak tudung warna pink, so aku beli la..hehe

Baju yang dia kasi ni jenis sport wear warna hitam dengan merah.Macam tau2 aje aku suka baju macam ni. 

TQ Nana, abg appreciate it. Ni yang buat abg sayang kat adik sorang ni..hehe

Dia baru aje lepas habis exam SPM, jadi dia tengah enjoy kemerdekaan dengan sehabis2habisnya. Katanya nak pegi jalan2 kat town sampai pengsan. hehe..

TQ ye Nana, lain kali beli lagik. :0)

Salam dari budaksepet




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat