Jangan Tertipu Dengan Email Bank Palsu!!
Assalamualaikum & hye....
hehe..
Salam dari budaksepet,
Semalam aku ada terima email dari CIMB bank. Aku tau sebenarnya email tu adalah palsu. Dalam email tersebut mengatakan bahawa CIMB Clicks punya server telah mengalami masalah, maka aku perlu login ke website CIMB Clicks dan kemudian memohon nombor TAC yang baru. TAC diperlukan untuk melakukan transaksi topup handset dan sebagainya.Dalam email tu dinyatakan langkah2 yang perlu diikuti, jika tidak akuan bank CIMB tersebut mungkin di tamatkan.
Betapa pandainya taktik perompak siber ni, memula sekali dia suruh kita login di website CIMB yang original. Apabila kita dah dapat TAC yang baru, kita di arahkan untuk logout dan login sekali lagi dengan kali ini memasukkan sekali no TAC yang baru. Di sini lah pengguna akan tertipu kerana website yang kita diminta login semula itu adalah website PALSU!!!
Website CIMB yang betul
Website CIMB yang palsu. Sekali imbas macam yang original kan?
Website tersebut adalah mimik kepada website CIMB yang original. Jika anda mengisi username, password dan TAC number dan kemudian klik pada Login/submit, maka semua info tadi akan masuk ke data perompak siber tersebut. Taktik ini digelar sebagai phishing.
Oleh itu, aku nak ingatkan kawan2 semua agar berhati2 apabila menerima email dari mana2 bank. Email sebegini biasanya meminta anda untuk mengemaskini akaun, memperbaharui password, sistem tergendala dan sebagainya. Jangan terpedaya!. Kebiasaannya bank tidak akan menghantar email sebegini.
Harap info ini membantu anda. Daripada anda kehilangan duit kepada perompak siber tu, lebih baik kalau anda belanja aku makan nasik kat kedai mamak.
hehe..
Salam dari budaksepet,
Comments