Tiada Tajuk
SMS
Penghantar : Che Su Ganu, +60199739***
Dihantar : 31-Dis-2008, 20:18:16
Apapun, aku doakan Mok Nik cepat sembuh. Semoga apa yang terbaik dikurniakan Allah padanya.
Amin,
Salam dari budaksepet,
Penghantar : Che Su Ganu, +60199739***
Dihantar : 31-Dis-2008, 20:18:16
Askom..Iwan mg pekse 5ari bln ning kew?.. Bkn npe ak ng kbo ea, ariw maat ning ayh ingt ng suh kupul ank branok kt pital,(eka)
Kalau translate sikit ayat ni..
Salam..Iwan mung perikse (exam) 5hb ni ke?..Bkn ape ni, aku nok kabo (beritahu) hari Jumaat ni Ayah ingat nak suh (suruh) kupul (berkumpul) anan beranak kat Hospital, (Eka)
Mesti korang pening bila baca msg ni..hehe Orang Terengganu faham la kot msg ni.
Kepada yang tak tahu, aku ni orang Terenggau tau. Lahirnya kat Dungun tapi membesar kat Kemaman. Orang kata kat Kemaman ni boleh makan ikang sokmo lah.hehe.. Tapi rumah aku takde la dekat sangat dengan pantai. Aku dulu duk dalam kampung jauh nun dalam hutan. Nak ke pantai dalam 22 kilometer g2. Kampung aku ni namanya Bandar Seri Bandi. Tapi bukan bandar pun, hutan dan babi hutan banyak la.hehe. Kat situ aku tinggal dengan mak dan nenek saudara kat sebelah rumah.
Nenek saudara aku ni kitorang (dari cucu sampai la ke anak dia) panggil dia sebagai Mok Nik. Disebabkan aku tinggal di Kemaman dari kecik sampai la ke form 4, jadi boleh kata aku membesar dengan dia la.
Lepas form 4, aku pindah ke Kelantan. Jadi tinggal la Mok Nik dengan anak dan suami dia kat kg tu. Maka, start form 4 (2003) sampai la 2008 ni aku jarang betul dapat jumpa dia. Boleh kata 2 3 tahun baru jumpa sekali kot.
Dalam tahun 2007 ari tu aku balik ke Kemaman. Lama betul tak jumpa dia. Dah nampak lain betul dia. Kulit dah nampak berkedut betul. Rambut yang dulu sedia beruban dan bertambah memutih.
Waktu malam tu, aku tengah makan sorang2 kat dapur. Kemudian nenek aku datang duk sekali. Lama dah tak bersembang dengan dia. Suara pun macam dah lain, perlahan sangat suara tu. Sampai kadang2 aku kena betul2 pasang telinga untuk dengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir tuanya. Keadaan tu membuatkan aku takut. Terasa benar usia tua sedang memamah diri Mok Nik dengan rakus sekali.
____
Dalam seminggu lepas, aku dapat sms dari abang aku. Dia bagitau yang Mok Nik tengah sakit. Kencing manis yang dah lama menghantui Mok Nik kini telah berjaya melumpuhkan kaki dia. Abg aku kata jangkitan dah teruk dan doktor dah nasihatkan untuk potong kaki tu. Kemudian dia dibawa ke hospital Kuala Terengganu untuk pembedahan. Tapi malangnya apabila sampai kat hospital, doktor kata tak boleh potong pulak sebab ada infection yang hinggap ke peparu dia. Selepas 3 4 hari di tahan kat hospital, nenek aku dah tukar fikiran dan berkeras tak mahu kaki dia dipotong. Mak aku kata terganggu betul emosi dia sekarang. Asyik menangis aje. Mungkin dia sedih kaki dia akan dipotong. Dah puas anak2 dan saudara pujuk, tapi dia tetap tak mau. Maka, nak tak nak terpaksa la dia dibawa balik ke kg.
Sedih juga aku sebab tak dapat nak pergi jenguk dia sekarang ni. Mid semester exam pada 5hb ni membataskan aku untuk balik ke Kemaman. Lepas habis exam pun belum tentu aku dapat balik sebab nak kena uruskan Medical Sc Club (MSC) yg nak buat aktiviti balik selepas penyusunan semula organisasi.
Apapun, aku doakan Mok Nik cepat sembuh. Semoga apa yang terbaik dikurniakan Allah padanya.
Amin,
Salam dari budaksepet,
Comments