Semester Baru Bermula! FIGHTING!

Assalamualaikum wbr & selamat sejahtera....

Dah lama aku tak update blog ni. Nak kata sibuk dua tiga hari ni takde la sangat.hehe.. Sekarang ni aku baru aje lepas registration untuk semester baru pada 17hb yang lepas. Jadik maknanya masa tu la aku dapat keputusan exam semester lalu.
 
Sebenarnya aku agak cuak, takut result sem lepas aku jatuh. Sem lepas aku agak struggle dengan 4 sistem penyakit Banyak benda nak kena baca n hafal, terutamanya subjek penyakit sistem saraf. Uii...letih den..
 
Tapi alhamdulillah result final exam aku hari tu ok aje. Aku maintain result sem lepas, menjadikan CGPA sekarang ni 3.2+, Syukran.... Yang penting sekarang ni ialah untuk pertahankan pointer dari jangan jatuh di bawah 3. Kalau bawah 3 nanti aku tak dapat masuk fasa klinikal kat International Medical School.
 
huhu....Mintak2 la dapat tempat kat IMS tu.. Memang dah cita2 dari dulu lagi nak masuk situ.
 
Okes..

Sekarang ni aku di semester baru. Semester ni aku masih ambil 4 sistem penyakit, iaitu sistem genito-urinari, peranakan, otot dan tulang, dan darah serta sistem limfa. Cess...translate satu2 jadi BM la pulak..hehehe... bukan pe, nak kasi reader snng faham (haha..ayat yoyo..)..
 
Banyak benda dah aku lupa pasal2 sistem tu. Mau aku dah lupa 50% anatomi dan fisiologi otot ngan tulang, darah dan lain2 tu.. adui....
 
Nampaknya kena polish balik ape yang berkarat ni.
 
Jadi sebagai satu langkah aku nak revise balik benda2 yang dah lama belajar ialah dengan buat wallpaper untuk Medical Science Club.. Dalam kelab ni, kitorang ada satu projek yang dipanggil MSC Illustration yang mana ilustrasi medikal spt wallpaper, short notes, mind maps dan macam2 lagi di letak di website sampingan MSC. Korang boleh pegi tengok kat sini.
 
Oklah.. Aku nak pegi mandi, solat dan makan tengah hari..
 
Chow..
 
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat