Bas Rosak!

Sunday, November 16, 2008 0 Comments

Assalamualaikum....

Hari ni aku balik dari Kota Bharu ke Shah Alam. Perjalanan biasanya makan masa selama 8 jam. Bas aku bertolak pukul 9 pagi dan sepatutnya akan sampai dalam pukul 7 kat sana.

Tapi malangnya hari ni, bas yang aku naik rosak kat Gua Musang! Kali pertama dalam hidup aku bas yang aku naiki rosak kat dalam hutan.

Argh...tensen gue...

Maka terpaksalah kitorang semua turun bas dan tunggu unit mekanik Transnasional untuk datang baiki  bas. Dari pukul 1 sampailah pukul 5.30 petang baru kitorang dapat bergerak semula.

Aku sampai kat Shah Alam tadi pukul 11.15 malam.

14 jam perjalanan!

huhu

Sekarang ni aku letih, ngantuk dah nak tidorrr!!!


ZzZzzzZzZZZZzzZZ

Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu