Majalah Dewan Kosmik Disember 2008

Assalamualaikum & Hye...

Majalah Dewan Kosmik Isu Disember 2009
Jangan lupa beli. RM6 aje.hehe

Untuk isu bulan Disember 08, kali ini aku menulis untuk ruangan Astronomi yang bertajuk Soltis Musim Sejuk : Matahari Merajuk ke Selatan. Sebenarnya artikel ni adalah bersempena peristiwa soltis musim sejuk yang akan berlaku pada 21 Disember ini pukul 6.05 minit petang waktu Malaysia. Peristiwa soltis tidak memberikan siginifikan yang banyak kepada kita yang berada di khatulistiwa. Peristiwa soltis lebih memberi kesan kepada masyarakat di utara yang sedang mengalami musim sejuk manakala masyarakat selatan bumi sedang mengalami musim panas.

Jadi apa kaitannya dengan kita di Malaysia? Haha.. jawapannya ialah pada hari tersebut, matahari akan kelihatan berada paling jauh ke selatan pada waktu tengah hari. Lebih tepat lagi jaraknya dari titik atas kepala ialah 23.5 darjah ke selatan. Ha...apa lagi, tandakan pada kalendar atau buat reminder dalam henset untuk tengok matahari di waktu tengah hari pada tarikh 21/22 hb nanti.


Nak tahu cerita lebih kena beli DK isu Disember ye.

Pada 1hb yang lepas, telah berlaku peristiwa konjukasi planet yang melibatkan si gergasi Musytari (Jupiter), si terang Zuhrah (Venus) dan si bulan yang sedang tersenyum (bulan sabit). Dengan kata yang lebih mudah, konjukasi planet bermaksud planet2 yang disebutkan kelihatan berada berdekatan antara satu sama lain. Yang menariknya ialah planet2 ini boleh dilihat dengan mata kasar!

Konjukasi atau peristiwa planet berada berdekatan pada 1 Disember lepas.
Titik terang di atas kiri adalah Zuhrah dan Musytari sebagai titik atas kanan.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya kebanyakan planet boleh dilihat dengan mata kasar. Memonopoli paras kecerahan adalah planet Zuhrah (juga disebut bintang kejora), dan diikuti oleh planet Musytari. Kecerahan dua planet ini jauh lebih terang dari bintang biasa yang ada di langit! Planet lain seperti Zuhal, Marikh dan Utarid masih boleh dilihat dengan mata kasar, namun tidak seterang seperti Zuhrah dan Musytari. Planet Uranus pula hanya boleh dilihat menggunakan binokular ataupun teleskop.

Rasa menyesal sebab tak sempat untuk tengok peristiwa pada 1 Disember lalu? Sori lah sebab aku tak dapat nak kasi tau semua. Takut ramai yang tak berminat nak dengar.hehe

Namun korang jangan risau, kerana sepanjang bulan ini, anda akan dapat lihat Zuhrah dan Musytari berpasangan menghiasi permandangan langit barat pada ketika selepas maghrib. Jangan marah aku kalau cuaca tak elok ye..hehe

Untuk majalah Dewan Kosmik isu Januari 2009, aku akan menulis dalam ruangan Fokus , bersempena tahun 2009 yang akan menjadi Tahun Astronomi Antarabangsa. Jadi tahun depan banyak aktiviti astronomi tau.

Nak ikut? Jom join aku dan rakan2 ke Pantai Kelanang 13/14 Disember (sabtu dan ahad) ni untuk mencerap peristiwa hujan tahi bintang (meteor). Siapa2 yang tak pernah tengok tahi bintang ni lah peluang untuk lihat banyak tahi bintang dalam satu malam.hehe.. Perinciannya boleh korang cari di link astronomi aku di atas.

Okes,

Jumpa lagi di lain entri.

Salam dari budaksepet,


www.astromas2020.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat