Mimpi Yang Tak Sudah

Wednesday, December 17, 2008 0 Comments

Assalamualaikum & Hai...

Malam tadi aku tidur hampir pukul 4 pagi. Masa tidur tu aku dikacau oleh mimpi2 yang tidak berkesudahan. Ada aje sambungannya. Masuk cerita ni lah, cerita tu lah. Tak habis2. Apa yang aku ingat mimpi tu berkisar di kampung aku di Kemaman nun. Dalam mimpi  tu ada seorang gadis rahsia yang menjadi watak utama. 
Nak tau sapa? 

Mana boleh..

Rahsia tu..
hehe...

Alarm penggera henset aku berbunyi seperti biasa untuk mengejutkan aku sembahyang subuh. Tapi disebabkan dibuai mimpi yang tak berkesudahan tu, maka subuh aku telah terlepas macam tu aje. Mimpi masih berterusan. Episod demi episod terus bermain. Sampai letih aku dibuatnya.

Sedar aje aku dari tidur, jam dah menunjukkan pukul 10.05 pagi. Aku ada kelas patho Haemato pada pukul 11. 

Badan ni rasa macam letih sekali. Mungkin sebab mimpi yang tak habis2 tu kot. Kerongkong ni pulak rasa perit, sore throat. Hidung pulak bila bernafas keluar udara yang panas aje.

oh....

Aku demam
Huhu..

Nasib baik la demam tak berapa teruk sangat. Kalau tak abis la aku untuk mengharungi kelas dari pukul 11-1 petang, kemudian kelas patho genito dari pukul 2 sampai 4.

Malam ni pulak nak kena siapkan assignments patho musculo pasal muscles of head and neck with its nerves supply.  Slaid presentation patho Endo pasal stress pun belum siap lagi.

Doakan aku cepat sembuh.

huhu..

Salam dari budaksepet,





Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu