Hari Yang Macam2

Friday, November 28, 2008 1 Comments

Assalamualaikum & hye...

Hari ni banyak benda yg berlaku. Ada yang menggembirakan, ada yang men-tensen-kan.

----------------

Waktu : 5.30 petang
Lokasi : depan komputer, tepi sliding door
Status : baru lepas sembahyang Asar.

Selesai aje sembahyang, terus aku duk depan pc. Bukak page MSC. Refresh page.

Tiba2 degupan jantung aku bertambah kencang. Suhu badan mula menaik disertai perasaan geram bercampur marah. Si Alamak dan Huhuhu buat hal lagi kat website MSC!! 
(baca entri berkaitan sblm ini)

Kali ni lagi teruk! Lagi dasyat! dan lagi melampau! Kenyataan dia sungguh racist! Sampaikan aku yang baca ni pun rasa sakit hati. Kenapa la ada Melayu yang macam ni.

Bila aku baca aje komen yg 1st, terus aku login kat shoutbox tu & delete komen melampau tu. Tak sanggup aku nak publish komen tu kat sini. Lepas delete komen tu, aku refresh balik page MSC.

Ada lagi komen baru!!! Kali ni dengan nama Huhuhu pulak.. Ayat beracun dan busuk! Masih lagi racist

Aku delete lagi. Kemudian refresh balik page MSC.

Ade lagi!!!

Nampaknya dia tengah online dan aku pun sama.

Kami tengah BERPERANG!!!

Proses delete dan ada balik berlaku beberapa kali. Kali ni makhluk ni guna nama BUMIputera pulak. Komennya mengagung-agungkan orang Melayu. Mengagungkan di tempat yang salah!

Aku dah start tensen. Tak boleh jadi mamat/minah *&^*& ni. Dia cuba menanam racun ke dalam MSC. Dia nak suruh peristiwa 13 Mei berlaku ke? Satu kelab pun nak gaduh2. 

Akhir sekali, aku amik keputusan untuk ban IP address Huhuhu/Alamak/Bumiputera tu. Maka mula dari hari ni, dia tak dapat buat komen kat website MSC lg. Sebenarnya ketiga2 nama td orang yang sama aje.

Komen2 bodoh terus lenyap.

Syukur.



----------




Waktu : 8.30 malam
Lokasi : depan komputer, tepi sliding door (port aku selalu)
Status : tengah chatting dengan Miss Hani Nadiah.


Tiba2 Fifi, housemate aku kata,

" Wan, jom g klinik"
"Nape? Ko kena asma ke?"
"a'ah, rasa makin teruk ni"
"tak pakai inhaler ke?" tanya aku
"dah, tp tak berapa berkesan ni, petang tadi dah amik salbutamol tapi tetap tak jalan jugak"
"Oh..kalo g2 jom pegi..nak nek moto kan?"
"a'ah. Takut waktu balik nnti aku takleh bawak moto, kalo ko ade OK la sket"
"OK jom"

***Start moto, terus menuju ke klinik kerajaan kat belakang UiTM***

Baru separuh jalan, hujan turun dengan selebat2 lebatnye. Macam tak mau berenti. Kitorang terpaksa tunggu kat bus stop tepi jalan.

"ai...lama la pulak hujan nak berenti".

Aku senyap dan Fifi pun senyap. Aku tau dia tak berapa selesa nak bercakap sebab serangan asma tu. Aku pandang jalan raya yang basah dengan rintik hujan yang terus merjah bumi. Kereta lalu lalang macam berlumba2. Tempias hujan asyik2 mencuit aku.

Emm...situasi ni mengingatkan aku pada peristiwa lama. Aku ingat lagi tarikh tu 21 Oktober 2007. Waktu tengah cuti sem. Aku habiskan cuti sem tu dengan kerja kat AOWA di Tesco Wangsa Maju. Lebih setengah bulan aku kerja kat Wangsa Maju tu. Nasib baik kakak angkat aku ada duk kat situ, jadi aku boleh tumpang tidur umah dia.

Malam 21 Oktober tu aku balik ke rumah sewa aku di Shah Alam untuk amik kasut n baju untuk pakai masa kerja. Aku sampai sana pd waktu malam, lebih kurang pukul 11 malam.

Alamak! ada orang kunci padlock rumah sewa aku! Aku takde kunci padlock tu.

Aduiii...

Macam mana ni? Nak balik Wangsa Maju memang dah tak sempat. Nak masuk rumah tak boleh.Huhu...
Jadi terpaksa la aku tidur kat surau berdekatan.

Sampai aje kat surau tu, hujan mula turun dengan selebat2 lebatnya. Siap dengan ribut sekali.

Aduss..Surau pulak kunci. Terpaksa la aku tidur kat luar surau tu. Sejuk masa tu toksah kira la.. kain selimut pun takde. Nasib baik la ada kain pelikat surau, boleh aku guna untuk selimut badan. Maka meringkuk la aku berselimut yang tak cukup untuk kover seluruh tubuh aku ni. Memang nampak macam tenggiling lah aku masa tu.

Kilat sabung menyabung. Tempat aku tidur tu asalnya tak kena tempias. Masa tu aku dah lena dah. 
Tapi kemudiannya angin bertambah kencang meniup air kena tempat tidur aku.

Aku terjaga.

Ubah tempat.

Cuba untuk tidur balik. Tapi tak dapat. Hujan dan ribut masih tak berenti.

Masa tu mula la aku duk mengimbas kisah2 lama. Sedar tak sedar, ada air mengalir di pipi.

Rasa lonely gila masa tu. Kadang2 macam rasa kesian pada diri aku sendiri. Situasi tu membuatkan aku teringat balik kisah masa kecik2 dulu.

Kami adik beradik dulu membesar dengan mak aje. Ayah? Entah ke mana. Masa tu kalau orang tanya pun tak tau nak jawab. Kitorang ni bukak2 mata nampak mak aje. Makan, minum, rumah tangga sume mak yang uruskan. Nasib baik la nasi lemak mak aku masa tu agak top kat kampung aku tu. Jadi boleh la guna duit berniaga tu untuk tanggung kami 5 orang adik beradik ni. Berniaga pun kecik aje. Just jual nasi lemak kat bangsal depan rumah. Masa tu nasi lemak ada lagi yang 5 posen sebungkus. hehe.. Bolehlah duit berniaga tu untuk guna makan pakai kami ni. Kadang2 ada jugak time sesak betul. Penah dulu kitorang makan nasi dengan ikan rebus, ikan rebus yang digoreng dan budu aje. Masa makan tu.aku tanya mak aku.

 "Nape Ma makan kerak nasi"

Kemudian mak aku jawab

"Ma memang suka makan kerak nasi ni"
Padahal sebenarnya nasi dah habis..

huhuhu..

Aku rasa sume pengalaman ni lah yang membuatkan siapa diri aku sekarang.
.
.
.

Emm..dah la cite banyak2 pasal ni. Berbalik pada situasi aku kat surau tadi.

Jam dah lebih dari kul 12 tengah malam. Maknanya dah masuk 22hb Oktober dah....Hari besday aku tu.. tak sangka hari besday aku keadaan macam ni.

Aku keluarkan enset. Tunggu2 juga takut2 ada orang hntr msg wish hepi besday. Sorang aje yg wish aku, tu pun Saestre, rakan sekelas.

Kemudian aku  taip mesej

"hujan lebat, sejuk". 

Aku hantar kat dua orang. Sengaja aku hntr takut2 ia boleh ingatkan kwn aku tu yang hari ni adalah besday aku.

tunggu reply dari seseorang..

*no reply*

Entah pukul berapa, aku tertidur. Lena dengan bunyi hujan dan ribut.

-------------------
Sebenarnya banyak lagi benda gembira n yang tak gembira berlaku malam ni. Tak larat dah nak menaip. Sebernarnya aku berblogging malam2  kat akupunyacerite ni untuk buat aku ngantuk.hehe..

So sekarang dah stat ngantuk & aku nak tidur.

Nyte semua.

Salam dari budaksepet,




Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 comments:

Anonymous said...

selamat hari jadiiii.. lepas ni kalo sorang2 feel lonely tu.. kol je number i.. free n always available for you... (miss bitsy)

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu