Update untuk hari ini

Friday, April 30, 2010 7 Comments

Assalamualaikum & hai....

Pindah Rumah




Hari ni da 30hb. Jadi kitorang sepatutnya kena keluar dari rumah Brunsfield kat Shah Alam ni. Sebabnye fasa   klinikal kitorang nanti buat kat hospital Kota Bharu sebagai teaching hospital. Interview untuk clinical phase MBBS ialah pada 8hb ni kat kolej. 17hb seterunya intake dah mula. Banyak benda nak kena setel ni.

Sambil2 tu banyak duit nak kena pakai. Registration untuk intake nanti kena bayar RM3800 on the spot. Pastu duit motor RM150. Tambah2 pulak roadtax dah mati. Hilang lagi RM250. Adush.. Bertimpa2 pulak nak pakai duit ni.

Sementara menanti intake bermula, aku akan tumpang umah abang aku kat Puchong nun. Dia bukak kedai makan seafood kat R&R Kinrara lebuhraya Kesas tu. Kalau korang singgah situ, jangan lupa berenti makan kat Bulat Seafood. Tukang masak yang gelap2 sikit kepala kurang rambut tu abang aku la tu..hehe. Yang pasti beliau tidak sepet seperti aku..



Kembar

Ada member aku cakap dia ada tengok satu drama Korea ni. Pastu tengok pelakon cite tu asik teringat aje kat aku. Adakah dia telah jatuh hati kat aku? Bukan... Dia kata muka pelakon tu lebih kurang iras2 aku.. Mana tau adik beradik terpisah sejak kecik ke..hehe Tengok punya tengok ada la sikit2..Mentang2 la mata lebih kurang..huhu

Nama beliau ialah Ryu Si-Won. Dah dekat la tu.. ehem. Perasan je lebey ni..



Update blog


Bulan ni telah menjadi sejarah dalam hidup blog akupunyacerite ni sebab aku telah update blog ni sebanyak 20 kali untuk bulan ni aje. Pergh..dah cipta rekod tu. Kalau korang peratikan sebelum ni, sebulan ada la 5 kali kot update.hehe..


Tapi bila dah selalu update ni seronok pulak bila tengok online user sentiasa ada aje seorang dua. Time kasih time kasih kepada yang sudi  melawat. Sambil2 baca tu jangan lupa klik iklan yang ada kat blog ni sekali.. Nanti aku belanja korang minum air teh beng okes.. hehe

Aku terperasan dah lama tak update pasal kesihatan. Dua tiga hari ni asyik update pasal jokes & quizzes aje..hehe.. Ingat nanti nak buat lah entri baru pasal health. At least aku akan revise sekali.

Cukup untuk kali ni.

Salam dari budaksepet,


p/s : Tadi ada orang pitam waktu solat Jumaat kat surau sebab panas. Mungkin dia letih+tak makan+tak cukup tidur kot.

7 comments:

Gambar lawa..eh..lawak..

Thursday, April 29, 2010 3 Comments

Assalamualaikum & hai..

Tengah check2 email tadi, pastu terlintas pada satu gambar yang buat aku ketawa terkekeh-kekeh.

Kehkehkehkeh...



Mesti 3 hari rasa ngilu lagi tu..hehe


Salam dari budaksepet,
 

p/s : Tadi  main gem bola sampai pukul 7.30. Lepas habis mainbaru aku sedar yang aku posa hari ni..huhu. Bukak pose dengan roti aje la jawabnye

3 comments:

Ujian Minda 2

Thursday, April 29, 2010 11 Comments

Assalamualaikum & hai...


Okes. Korang suka dengan ujian minda kan? Disebabkan ramai yang tak puas hati dengan ujian semalam, maka hari ini kita buat ujian ke dua. Anda semua sudah bersedia? 

Sila regangkan otak anda secukupnya sebelum membuat ujian ini. Kalau tidak boleh cramp..hehe





Soalan 1

Kira berapa huruf F dalam ayat berikut.

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Jawapan

Adakah jawapan anda ialah 3, 4 atau 5? Jawapan anda salah.

Ada 6 F dalam ayat tersebut. hehe.. Kira betul2..




Soalan 2

Berapakah  kebiasaanya bilangan birthdays seorang lelaki ada?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Jawapan

Seorang lelaki mempunyai hanya satu birthday. Kalau banyak pelik pulak jadinye..hehe




Soalan 3

Kebanyakan bulan mempunyai 31 hari. Berapa bulankah mempunyai 28 hari?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Jawapan

Anda jawab 1 bulan aje?  Semua bulan mempunyai 28 hari lah..kehkehkeh




Soalan 4

Adakah boleh untuk seorang lelaki di Kelantan mengahwini his widow's sister?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Jawapan

Tak boleh sebab dia sudah meninggal. Isterinya adalah seorang balu (widow)

Kesian dia tak boleh kawin dah..




Soalan 5

Sebuah rumah mempunyai 4 penjuru yang semuanya menghadap ke selatan. Tiba2 ada seekor beruang melintas. Warna apakah beruang itu?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Jawapan

Putih. Sebab rumah itu berada di kutub utara. Jadi beruang kutub sahaja yang wujud di sana. Beruang koala takde okey?



Soalan 6

Dua orang lelaki bermain dam haji sebanyak 5 kali. Masing2 menang dengan bilangan yang sama. Kenapa ye boleh sama pulak eh?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Jawapan

Sebab diorang maing dam haji asing2. Lain lah diorang lawan sesama sendiri..hehe



Soalan 7

Bolehkah anda menghadiri upacara pengebumian anda ?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Jawapan

Mesti la boleh. Kalau tak kena tanam kain kapan sahaja nanti..huhu. Sadis



Soalan 8

Anda diberi sebatang mancis. Kemudian anda masuk ke dalam bilik yang gelap. Terdapat 3 objek; lilin, pelita dan dapur dengan gas yang penuh. Yang manakah anda perlu nyalakan dahulu?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Jawapan.

Anda kena nyalakan mancis dahulu. Ehehe....Pening kepala nak fikir kan? hehe



Cukuplah setakat ni. Banyak2 nanti takut cramp pulak..hehe Dapatkah anda membalas dendam semalam? ehehe..


Jangan segan bagi tahu berapa jawapan yang anda betul kat ruangan komen ye.


Salam dari budaksepet

11 comments:

Cara untuk tukar layout Facebook

Thursday, April 29, 2010 1 Comments

Assalamualaikum & hai...

Hai korang sume? dah makan malam ke belum? ke korang baca ni di waktu pagi? ehehe.. Baik. Hari ni aku nak kongsi dengan korang macam mana nak tukar layout Facebook. Kita tukar yang lawa sket. Contohnya macam kat bawah.


Sila klik kiri untuk besarkan gambar.

Caranya senang aje.. 

Kalau korang pakai Firefox:
  1. Pergi ke  https://addons.mozilla.org/it/firefox/addon/2108 kemudian install plugin utk Firefox tu. Stylish nama dia.
  2. Selesai aja tu meh kita ke langkah berikutnya yang boleh diguna untuk Google Chrome.
Kalau korang pakai Firefox, maka kena buat step atas, kalau pakai Chrome maka boleh terus ke langkah berikutnya.
  1. Pergi ke  http://userstyles.org/styles/23635 dan kemudian pilih mana2 theme yang korang nak cuba. 
  2. Kemudian klik install as user script kat sebelah kanan atas. 
  3. Kemudian refresh korang punya Facebook. Siap! 

Nota :

* Kalau anda install beberapa theme pada Chrome, klik pada gambar sepanar kat sebelah hujung atas kanan dan klik pada Extension. Sila disable theme yang anda tak mahu dan hanya enable theme yang korang nak pakai aje. Kalau rasa taknak pakai dah maka boleh uninstall aje..hehe

* Ada member cakap tukar theme ni boleh jadi virus. Setakat yang aku pakai ni ok aje. Kalau ada apa2 bagi tahu k. Sharing is caring kan? hehe

Selamat mencuba!

Salam dari budaksepet,


 

1 comments:

Jom buat ujian minda!

Wednesday, April 28, 2010 9 Comments

Assalamualaikum & hai...

Selamat pagi/petang/malam sumer. Hari ni apa kata kita buat test minda nak tak? Jangan tensen2 k. Jawab soalan berikut dengan tenang & rileks..hehe


Gambari dicuri dari sini


Soalan 1

Anda sedang menyertai satu pertandingan lumba lari. Anda telah memintas peserta nombor dua.
Soalannya anda sekarang di kedudukan nombor berapa?





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Jawapan 1

Jika jawapan anda adalah kedudukan nombor 1, maka jawapan anda salah!

Jika anda memintas peserta nombor 2 maka anda sekarang adalah peserta nombor 2!




Soalan 2 

Jika anda memintas peserta terakhir. Sekarang anda sedang dalam kedudukan nombor berapa?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Jawapan 2

Jika jawapan anda ialah anda sedang pada kedudukan kedua terakhir, maka jawapan anda salah!

Beritahu saya bagaimana anda boleh memintas peserta terakhir jika bukan anda adalah yang terakhir? hehe





Soalan 3

Soalan berikut adalah soalan aritmetik. Anda hanya boleh mengira dalam kepala sahaja dalam masa yang singkat. Tidak perlu untuk untuk ambil masa yang lama.


Ambil 1000 kemudian tambah dengan 40,
kemudian tambah lagi 1000 dan tambah lagi 30,
sekali lagi tambah lagi 1000 dan tambah lagi dengan 20,
sekarang tambah 1000,
dan terakhir tambah lagi 10

berapa jawapan anda?  jawab dalam masa 1 minit!






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Jawapan 3


Adakah jawapan anda 5000?


Jawapan anda salah! Jawapan sebenar ialah 4100. Tahniah kepada yang dapat jawab dengan betul..hehe




Soalan ke 4


Ayah Marry mempunyai 5 orang anak perempuan :

1. Nana, 2. Nini, 3. Nene, 4. Nono, 5.......

Anak ke lima ialah?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Jawapan ke 5

Jawapan anda adalah Nunu?

Jawapan yang betul adalah Marry.. Baca soalan tu sekali lagi!






Soalan ke 6

Baik, kita di soalan terakhir. Kali ini sila fikir betul2 sebelum membuat jawapan. Okes?

Seorang yang pekak datang ke kedai runcit untuk membeli berus gigi. Jadi beliau mendapatkan tuan kedai dan mengayakan seperti sedang menggosok gigi. Tuan kedai terus faham dan memberi beliau sebatang berus gigi.

Kemudian datang seorang buta ke kedai runcit yang sama. Beliau ingin membeli kaca mata hitam. Pada pendapat anda, bagai mana cara beliau membuatkan tuan kedai itu faham akan kehendaknya?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Jawapan ke 6

Jawapannya senang aje. Beliau buka mulut dan cakap ; "Saya nak beli spek mata hitam satu"




Ehehee..itu sahaja ujian minda untuk hari ini.



Have a nice day friends!


Salam dari budaksepet,
 

9 comments:

Pagi yang agung!

Monday, April 26, 2010 1 Comments

Assalamualaikum & hai...

Klik kiri untuk imej besar

Gambar berikut aku ambil pada bulan Mac yang lalu. Lepas solat subuh pagi tu aku baru sahaja nak bersiap2 nak  tidur selepas tak tidur satu malam. Tengah baring2 tu aku terperasan cahaya yang masuk dalam bilik aku sangat berwarna emas. Kemudian aku bangun dan jenguk kepala kat tingkap dan subhanallah! Langit sangat2 lawa masa tu.

Aku pun bergegas pergi ke balkoni rumah untuk lihat langit di hadapan Brunsfield yang menghadap ke KL. Permandangan pada masa tu sangat lah hebat. Ibaratkan ada satu pertunjukkan yang hebat Allah sedang tunjukkan pada aku. Cahaya emas bergelimpangan di sana-sini. Selama hayat aku berada di Shah Alam ni, inilah langit yang paling cantik pernah aku lihat.

Aku rasa pagi tersebut boleh digelar sebagai the majestic morning.

Salam dari budaksepet,
 

p/s : pagi tu sebenarnya baru lepas gayut. Gayut dengan headphone..hehe

1 comments:

Freeware : Glarry Utilities - Software untuk lajukan komputer korang!

Sunday, April 25, 2010 0 Comments

Assalamualaikum & hai..

Dah lama rasanya tak menulis pasal software yang percuma ni. Okes, kali ni aku nak berkongsi satu software untuk membersihkan komputer korang. Bukan nak bersihkan habuk, tapi nak buat maintenance supaya komputer korang akan sentiasa laju macam kudaku lari gagah berani..hehe. Entah ape2 ayat aku ni.

Banyak cara untuk pastikan laptop korang sentiasa laju. Antaranya ialah bersihkan registry, bersihkan history & cache internet, tune up startup korang, buang spyware dan banyak lagi lah. Mesti ada yang pening nak buat satu2  ni. Jadi untuk bantu korang tak peningkan kepala, meh aku kenalkan kepada software yang percuma ni. Nama dia ialah Glarry Utilies. 



Nak gunakannya mudah sahaja. Korang hanya perlu click pada 1 click maintenance dan scan. Bila dia dah habis scan, maka korang klik aje repair. Siap!

Selain tu terdapat juga fungsi mencari fail yang ter-delete, atau nak delete fail2 rahsia secara permanent, buang fail yang ada duplicate, uninstaller dan macam2 lagi lah.


Sebulan sekali bolehlah buat kerja pembersihan ni. Alah, laptop pun macam rumah jugak nak kena bersihkan.hehe. Korang kena cuba sendiri sofware ni k. Okes. Boleh download kat sini

Salam dari budaksepet,
 

0 comments:

Cari duit dengan blog

Sunday, April 25, 2010 2 Comments

Assalamualaikum & hai...

Semalam aku bukak nuffnang.com.my. Rupa2nya duit iklan kat blog aku dah sampai RM52. Bila dah lepas RM50 maka da boleh keluarkan dah. Alhamdulillah. Boleh wat bayar bil umah untuk bulan ni..hehe


Ada bloggers yang boleh dapat sampai RM2000 dalam masa satu bulan. Korang bayangkan lah dengan selalu update blog dengan kisah2 sendiri yang ntah apa2 pun akan ada visitor sampai beribu orang dalam masa satu hari. Sambil2 diorang masuk baca blog tu, mesti ada yang akan klik ikan kat blog tu. Dari situlah duit akan masuk.

So korang apa lagi, tolong la klik iklan yang ada kat atas dan bawah ni. Allah sahaja yang balas jasa korang..hehe

Aku dulu rajin nak update blog antara sebabnya ialah nak carik duit melalui blog lah. Dari penulisan aje boleh buat duit..hehe. Dulu masa aku menulis dengan majalah Dewan Kosmik, aku boleh dapat RM300 untuk satu artikel yang lebih kurang 1000 patah perkataan. Paling banyak artikel boleh keluar dua. Jadi dapat lah RM600. 

Nak kena cari mood menulis balik ni..

Salam dari budaksepet,

p/s : fasa baru dalam hidup bakal bermula

2 comments:

Silap Shakap - Kertas 3

Sunday, April 25, 2010 0 Comments

Assalamualaikum & hai..

Oleh sebab dua tiga hari ni aku takde modal nak update, maka kita layan kertas silap shakap edisi 3!

Kita layan mana yg best je k.. Sila klik kanan pada imej untuk tengok yg lebih besor..hehe


1. Aku makan roti St John (John) - Hafzan
2. Bapak ipar (mertua) - Fifi
3. Sorry for distebung (disturbing) you - Aziq
4. Leheq (leher) -  Aziq
5. Cameragrapher (photographer) - Mohana
6. Keseronakan (keseronokan) - Fifi
7. Kalau nak ambik video, aku beli webcam aje (videocam) - Hafzan
8. Introduction to BMS (medical science) -  Bard
9. Normal termination (term) - Bard
10. Alcohol should be neglect (prevent) - Ajib
11. To all wife & husband-husband (husband sudey) - Ajib
12 Berborat (berborak) - Helmi
13. Nanti ko trol (try call ) - Helmi
14. Stesyen minyak sel (shell) - aku
15. Swine filu (flu) - aku
16. Flush kamera (flash) - Hafzan
17. Bola epal (buah epal) - Hafzan
18. Uih, dah upload dah (update) - Ajib
19. Transfofo (transformer) - Aziq
20 Seluar pakai Jean (seluar jean) - Hafzan

Back to back champion! : Hafzan

hehe

Salam dari budaksepet,

 
p/s :
1. Sorry Jan. Jangan marah aku aaa..hehe
2. Tengah banyak gambar nak edit..tapi malas pulak..hehe

0 comments:

Mood malas datang lagi tapi kerja banyak!

Wednesday, April 21, 2010 0 Comments

Assalamualaikum & hai...


Haihh..nampaknya semangat aku untuk update blog ni dah pudar. Hari tu bersemangat sangat nak update sekerap mungkin. Bakpe (kenapa) malas sangat nieh? Adakah menunggu orang kasi semangat baru dulu kot baru hati nak membara mengapdet? Mengada tul..hehe

Aku sekarang dan hari ke 3 kat Shah Alam. Datang awal sini ingat nak buat kerja sikit. Ingat nak mula menulis balik dengan majalah Dewan Kosmik. Kemudian nak setelkan hal2 berkaitan MSC Election pada 23hb nanti. Pastu tiba2 nak kena join MSC Carnival pada 22hb pulak. Tapi takpe, bagus ni. Nanti tugas aku amik gambar batch. Tak pernah buat ni lagi..hehe. Pastu ingat nak study sekali. Banyak benda nak kena revise balik ni...

isk...tamak betul. Nak buat semua. last2 satu pun tak siap lagi..huhu

Salam dari budaksepet,

p/s : Hari ni teman orang tu puasa..hehe


0 comments:

Gambar bulan berusia 27 hari

Monday, April 12, 2010 0 Comments

Assalamualaikum & hai...

Ini ialah gambar bulan berusia 27 hari yang aku sempat ambil semalam lebih kurang awal pukul 6. Gambar kali ni terdiri dari satu dedahan sahaja iaitu 0.04 saat.

Klik KIRI untuk besarkan gambar :)


Salam dari budaksepet,


p/s :

1. Sebenarnya semalam aku demam. Nasib baik ada kekuatan untuk bangun ambil gambar. Taknak terlepas hari lagi.hehe

2. Sekarang takde mood nak update pasal life kat sini. Layan gambar je dulu k ;)

3. Kepada yang akan berinternship nanti, aku doakan semuanya akan berjalan lancar :)



0 comments:

Bulan pada usia 26 hari

Sunday, April 11, 2010 0 Comments

Assalamualaikum & hai...


Ni gambar bulan yang berusia 26 hari. Ingat nak ambil bulan usia 24, 25, 26 dan seterusnya. Tapi semalam tiba2 dapat berita nenek sedara meninggal pulak. Jadi terpaksa skip satu hari.

Takpa2, kena tunggu hari 26 yang seterusnya..hehe



Salam dari budaksepet




0 comments:

Silap Shakap - Kertas 2

Friday, April 09, 2010 0 Comments

Assalamualaikum & hai...

Klik KIRI pada gambar untuk saiz besar

Yang dinanti sudah tiba. Kertas silap shakap edisi ke-2.

Jom layan. Perkataan/ayat betul dalam kurungan k. Kita layan yang best2 aje..

1. Conscious stesyes (status) - Ajib
2. Aku dgn Ejoi je xde trasfer (transport) - Ajib
3. Aku tak reti la nak kira duit dalam bahasa Indon (matawang Indon) - Zati
4. Moto aku sepak mati (cepat mati) - Aku..
5. Aku mentor (mentee) Haji Ishak - Fifi
6. Yuran rumah (sewa rumah) - Jan
7. Pekasas (perkakas) - Jan
8. Nak beli burger goreng (daging) - Jan
9. Shooter site (sharp shooter) - Jan
10. Crita apa? (game apa?) - Cik Mon
11. Peti basuh (mesin basuh ) - Ejoi
12. Lembat (lambap) - Fifi
13. Bersdiap (bersiap) - Ajib
14. Wan pakai bola (baju) ni - Helmi
15. Kena cucuk, tapi tak keluar tangan (darah ) - Fifi
16. Basuh rambut (kereta) - Bard
17. Sajak (saje la) - Bard
18. GPRS (GPS) - Jan
19. MBKL (DBKL) - Lim Zifan

Juara kertas Edisi 2 : Hafzan


Salam dari budaksepet,




0 comments:

Bulan sudah tua

Friday, April 09, 2010 , 3 Comments

Assalamualaikum & hai...

Semalam aku bermalam di rumah Dr Mahamarowi Omar di Kota Bharu. Beliau ialah seorang doktor pakar bius di HUSM dan merupakan salah seorang peminat astronomi. Dalam dunia astronomi tempatan, Dr Rowi amatlah terkenal dengan balai cerap lagenda beliau yang dibina di atas syiling rumahnya.

Sempat ambil dan edit gambar bulan.




Semalam perkara yang tak dijangka berlaku. Tapi entah kenapa pada waktu maghrib tu dah terlintas dalam fikiran aku bahawa kemungkinan ianya akan terjadi. Tak sangka apa yang dirisaukan berlaku juga. Namun nasib baik aku sudah bersedia.

Alhamdulillah ianya dapat dihandle dengan agak baik. Harapannya biarlah selepas ini keadaan akan kembali seperti hari2 sebelumnya.

Bagi aku, ikutlah kata hati. Naluri itu penting  :-)


Salam dari budaksepet,


p/s : Aku terima ujian-Mu dengan hati yang terbuka. Ingin mencari hikmah disebalik kejadian ini.


Nampaknya makan tak lena, tidur x basah la aku dua tiga hari ni..hehe




3 comments:

Silap Shakap - Kertas 1

Thursday, April 08, 2010 8 Comments

Assalamualaikum & hai...


Hari ni tak tahu nk tulis pasal apa. Tapi rasanya nak share satu benda yang lawak dengan korang sumer. hehe..

Dinding umah aku sekarang ni penuh dengan kertas bertampal2.. Sebenarnya kertas tu adalah list ayat2 yang housemate kami silap cakap. Jadi tiap2 bulan kitorang akan ada juara siapa yang paling banyak silap shakap.

Meh kita pergi ke kertas no 1. Kita layan mana2 yang best aje..

Dalam kurungan tu ayat/perkataan yang betul k :)


1. Blue (bird flu) - BEEB
2. Muskin (miskin) - BEEB
3. 2 Jam (2.76) - BEEB
4. Tempang (tumpang) - Aziq
5. Kotak rokak (rokok) - Aku.
6. Rasa gula melah (merah) - Ejoi
7. Habais (habis) - Mohana
8. Chanced (chances) - Puan Noraida
9. Changlang (Changlon) - Fifi
10. Cucuan (cucian) - Ajib
11. Kunci (handphone) aku ada dalam kete tak? - Bard
12. Cicakwen (Cicakman one) - Jan
13. Saya ada beli motor Hondo (Honda) - Aku..hahaha
14. Memikirkan masa lapang (masa depan) - Ajib
15. Renovate (modified) kereta - Ajib
16. Ayah ipar (mertua) - Ajib
17. Nak jadi tasbih (tabligh) - Jan
18. Lekat kat dinding (cermin) - Wan
19. Lebet (lebih) - Helmi

Juara kertas 1 - Beeb

Hehe.... Nantikan episod seterusnye..

Salam dari budaksepet,




8 comments:

Silap beli da...

Wednesday, April 07, 2010 3 Comments

Assalamualaikum…

Hari tu aku berangan2 nak masak ikan singgang. Mak aku cakap senang aje nat wat ikan singgang tu. Senangnye ibarat level 1 aje lah dalam masak memasak ni. Jadi aku dengan semangat waja tanya resepi dengan beberapa orang termasuk Mia dan mak aku. Okes, dah berkobar2 nak buat ni. Ingat nak buat ikan singgang kuah kuning.

Nak dijadikan cerita aku pun pergilah ke Tesco seorang diri untuk shopping barang2 keperluan nak masak tu. Seronok sebenarnya shopping barang dapur ni. Macam satu benda yang best pulak untuk dibuat tiap2 minggu. Tapi kalau nak ajak aku pergi shopping baju tu memang aku lemah sangat. Tambah2 yang jenis pilih baju lama2…aiii. Lomah den….

Berbalik pada cerita, sampai aje kat umah aku tiba2 jadi konpius nak kena pakai halia atau lengkuas ni. Aku dah beli halia ni.Haha.. Tanya adik aku upanye kena pakai lengkuas da.. mana leh pakai halia.. Adui.. Nampaknye ikan termenung tu duk tenung2 aje aku. Boleh silap beli pulak. Ceis.. x jadi nak masak ikan singgang ari ni..

Jadi adik aku suh masak ikan masak kicap dengan halia aje. Dia pun kasi tau cara nak masak & aku gigih baca dengan fokus.hehe



Mula2 goreng ikan termenung tu dengan garam sampai hampir masak. Kemudian angkat & letak tepi.  Tumis bawang putih+merah+halia yang dipotong kecik. Bila dah naik bau letak kicap lemak manis pastu letak air sikit tak kasi pekat. Lepas tu masukkan ikan tadi dan lada merah yang dipotong panjang2. Asik potong kecik2 aje lada tu boring jugak, rupa pun jadi kurang lawa.hehe.. Kacau2 sikit then adjust rasa dengan garam dan gula. Pastu siap lah. Letak limau sikit kasi lagi terangkat. Pergh…..

Senang aje rupanya nak buat ikan masak kicap ngan halia ni. Rasa halia tu macam tambah lebih sedap kuah kicap tu. Aku kalau sebelum ni masak x letak halia pun.hehe

Salam dari budaksepet,


Your text here




3 comments:

Senyum sokmo!

Tuesday, April 06, 2010 5 Comments

Assalamualaikum & hai..

Hari ni aku sedikit takde mood. Banyak perkara yang difikirkan dalam kepala ni. Pasal ayah aku lah, pasal tanah kat Terengganu tu, pasal ini, pasal itu. Kepala bila dah jadi serabut ni rasa nak bernafas pun macam sedikit semput. Macam sesak aje rasanya. Duduk tak kena, bangun tak kena, badan pun rasa tak selesa.

Kebiasaanya bila aku rasa serabut ni aku akan pergi mandi. Dalam bilik air tu kasi air mengalir atas kepala ni lama2. Anggap masa tu macam stress sedang keluar dengan air yang turun tu. Bila badan & kepala dah sejuk maka kurang lah sikit ketegangan yang ada tu. Kalau bahu aku agak tegang maka aku akan stretching2 sikit dalam toilet. Buat ala2 aerobik g2. Hehe.. 

Cayelah cuba buat, insyaAllah berkesan. Kalau ada cermin, pandang cermin & renung mata lama2. Kemudian motivate diri sendiri. Tak ada orang lain yang lebih hebat untuk memotivasi diri kita ini kecuali diri kita sendiri. Nak mengharapkan orang lain yang motivate kita mestilah tak akan dapat selalu. Teruskan memotivasi diri sendiri selalu dan insyaAllah kita akan sentiasa bergerak ke hadapan.

Dua tiga hari ini aku banyak travel ke pelbagai tempat. Singgah rumah orang ni dan orang tu. Aku terperasan bahawa jika kita membuat sesuatu yang baik  walaupun kecil, maka kita akn disenangi dan disukai. Benda itu tak perlulah menjadi sesuatu yang besar, mungkin memberi senyuman pun sudah merupakan sesuatu yang cukup baik kerana kita telah trigger mood orang tu untuk menjadi baik jugak. Kan sesuatu yang bagus tu..

Adakah gambar ini menakutkan korang? hehe :p

Kadang kala apabila kita sedang dalam fasa serabut tu, kita tak sedar yang ekspresi dan percakapan kita ni boleh mengganggu mood orang lain. Tak pasal2 orang tu pun jadi hilang mood sama. Sian diorang yang tak berkaitan tu..hehe

Jadi senyum sokmo k. Bila kita senyum maka orang pun akan senang hati. Kita pun akan senang hati sama J

Salam dari budaksepet,




5 comments:

Percubaan memasak kari ayam

Monday, April 05, 2010 1 Comments

Assalamualaikum & hai....

Nampaknya dah lama x publish post pasal masak2. hahhaha... Korang ingat tak lagi dengan ubi kentang yang aku post kat facebook tu? Masa tu aku tanya ubi kentang nak buat apa kan.. Jadi pada hari ini ubi kentang itu telah selamat menjadi beberapa resepi. Antaranya ialah macam kat bawah ni..heee



Sebenarnya aku tak berapa pandai masak kari ni. Tambah2 pulak masak kari macam agak leceh dengan santan & sume tu. Jadi nak memudahkan keadaan aku masak kari tak pakai santan. Dah jadi macam kari mamak pulak.hehe..

Dah lama gila tak cuba buat kari ni. Yang paling last dulu ialah setahun yang lepas pada bulan Januari. Korang boleh baca kat sini.


Salam dari budaksepet,


P/s : Sebenarnya aku pakai serbuk kari daging tu. Hantam aje..hahaha.. Nampaknya kari aku kering tanpa kuah..hehe



1 comments:

Pesta Wau di waktu malam

Saturday, April 03, 2010 4 Comments

Assalamualaikum & hai..

Beberapa hari yang lepas aku berkesempatan ke tepi pantai kat kampung aku. Sekarang ni pihak berwajib dah pasangkan lampu spotlight kat situ, jadi kalau malam2 jadi sangatlah cerah sehingga mengganggu orang yang nak buat projek. Tak ke bagus tu..hehe. Selain tu orang ramai pun dah mula berpiknik tak kira siang atau malam. Bukan aje budak muda, tapi famili2 pun ada datang.


Kampung aku kat Kemaman ni memang dah sinomin dengan permainan wau. Kalau petang2 aje mesti korang boleh tengok macam2 jenis wau sedang berjoget2 kat langit. Pandang timur, selatan, barat & utara semua boleh tengok ada wau. Kalau petang2 macam ni seronok duk layan angin sambil makan kerepok lekor kat beranda rumah. Pastu ada pulak air teh o panas. Pergh…layan…. Kalau bosan boleh pergi pantai layan jiwang kat sana.haha

Dua tiga menjak ni ada fenomena baru kat kampung aku iaitu bermain wau waktu malam kat tepi pantai. Punyalah ramai yang datang macam ada pesta pulak. Yang bestnya ialah diorang letak lampu kat wau diorang tu. Macam2 warna boleh tengok. Sangat lawa. Kalau korang tengok gambar kat bawah takde la nampak sangat sebab susah aku nak ambil gambar bulan yang tinggi di langit malam tu. Tapi kalau nak rasa pengalamannye kena la datang kampung aku kat Kijal, Kemaman, Terengganu ni. Best!




Disebabkan malam ni ialah malam Jumaat, maka orang yang datang tu lebih la sikit sebab esok ramai yang cuti. Banyak jugak nelayan kecil yang tak turun ke laut sebab sekarang tengah musim ombak besar. Jadi kebanyakan diorang habiskan masa lapang dengan bermain wau. Nanti sampai masanya akan datang musim main gasing pulak.

Itu lah keistimewaan Terengganu..hehe

Salam dari budaksepet,






4 comments:

Perancangan Masa Hadapan

Saturday, April 03, 2010 23 Comments


Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita pasal perancangan masa depan aku pulak. Agak kelakar la jugak bila nak cakap2 pasal ni. Tapi biar lar. Ni kan blog Aku Punya Cerite. Ikut aku la nk cite ape2 pun.. Kalau geli sila tutup k.. hehe…

Hidup tanpa perancangan tu ibarat berjalan tanpa arah tuju. Ye tak? Jangan sekadar mengharap angin yang akan membawa kapal kita ke arah tujunya tapi biarlah kita yang mengawal kain layar supaya kapal dapat berlabuh pada destinasi yang sepatutnya. Sepanjang perjalanan tu mesti ada badai dan ombaknya. Sebab itulah dinamakan lautan. Yang penting tiada putus asa atau takut untuk menghabiskan perjalanan sampai lah ke destinasi. Jika berhenti di tengah jalan maka ada kemungkinan akan karam. Maka adalah perlu untuk sediakan bekalan yang secukupnya untuk menempuhi perjalanan. Namun yang pasti pengalaman boleh dikutip ditengah perjalanan. Kerana itulah gunanya satu perjalanan. Inilah yang akan membezakan orang yang berpengalaman dan tidak. Apapun, pengalaman tak semestinya perlu ditempuhi. Kadang kala ianya boleh didengari dari orang lain. Gitulah lebih kurang.. Dah la aku berfalsampah ni.. Takde orang nak baca pun..hehe
Baik, let's get to the point.

Secara ringkasnya, insyaAllah hidup aku akan berjalan seperti berikut:



2006-2010

Bulan 6 2006 yang lalu, aku masuk ke MSU untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bio-perubatan. Sempat satu sem dalam Bio-med tu, kemudian aku tukar course baru iaitu Bachelor in Medical Science (BMS). Dengan BMS yang selama 3 tahun ni, maka insyaAllah aku akan dapat masuk terus ke tahun ke 3 MBBS. Sebenarnya memang niat aku ambil Bio-med untuk lompat ambil MBBS. Bila datang ke MSU ni tiba2 ada rezeki terbentang di depan mata untuk aku masuk ke BMS ni. Walaupun group batch aku akan menjadi group yang pertama, aku tak berapa kisah semua tu. Yang penting aku dapat tamat BMS ni dan masuk MBBS selama 3 tahun lagi untuk menjadi seorang doctor. Walau macam mana cara pun aku tetap nak jadi doctor. Dulu sampai hampir nak jual tanah ayah aku kat kampong semata2 nak ke Indonesia untuk ambil Medik. Nasib baik ada masalah dengan hal geran dan semua tu, kalau tak mau tergadai tanah sekeping ayah aku. Nak harapkan result matrikulasi memanglah aku tak dapat nak masuk IPTA untuk ambil medic. Jadi di MSU ni lah peluang yang aku ada. Biar jalannya berliku sikit tapi aku tak kisah. Nak seribu daya, tak nak seribu alasan.

Masuk aje aku ke MSU pada 2006 dulu, aku bertekad pada diri aku sendiri. Aku cakap yang aku duk kat sini takkan nak sibuk2 cari pasangan. Aku tekad nak tahan diri aku dari bercouple sampailah BMS aku ni habis. Bukan apa takut aku lari tumpuan bila aku ada di sini. Untuk masuk MBBS pointer aku mesti atas 3.0. Nak dapat dan maintain pointer 3.0 tu bukan senang, dan aku tannak jadi distracted dengan benda2 yang tak perlu. Dan yang paling penting aku tak mahu sejarah aku di matrikulasi berlaku lagi pada aku. Aku tau bila masuk alam kolej ni mesti banyak dugaan untuk bercouple. Ye ar banyak jumpa orang baru. Cun2 pulak tu..hehe..

Jika diikutkan, maka aku akan tamat BMS pada bulan 4 2010. Sedar tak sedar, akhirnya bulan 4 2010 tu sudah menjelma. Tamat sudah ijazah sarjana muda sains perubatan (BMS) aku ni. Dan yang paling penting aku dapat maintain pointer atas 3.0. Syukur sangat sebab satu misi pertama aku dah Berjaya. Rupanya dah 4 tahun aku kat sini. Dan dalam masa 4 tahun ni, bila diingatkan balik, aku rasa bangga dengan diri sendiri sebab dapat bertahan dengan azam aku dulu. Maksud aku untuk berpasangan lah..hehe. Dugaan sentiasa aje datang, tapi Alhamdulillah aku dapat tangani dengan baik walaupun sorang2. Bagi aku dugaan paling besar ialah rasa sunyi lah kot. Siapa2 yang duk sorang2 tu kalau rasa tak sunyi tu memang tipulah.hehe. Mungkin ianya datang sebab kita rasa kita keseorangan dalam menghadapi semua benda. Gembira, suka, duka, sedih, marah, bosan, makan, minum, hadapi masalah, betulkan masalah, semuanya kita hadapinya sorang2. Sedang berfikir pasal masalah tu, tiba2 tersedar yang kita tiada tempat untuk berkongsi. Senang citer bila mood blues datang lah.. Korang jangan nak tipu aku tak pernah rasa macam ni ok. Tapi yang sebenarnya bila keadaan macam ni sampai, maka Tuhanlah jadi tempat paling tepat untuk kita mengadu. Selain tu kawan2 pun sangat penting. Tapi tak semua kawan boleh jadi tempat untuk kita kongsi suka duka. Ada yang sekadar kawan sahaja. Kawan2 ni ada banyak level. Dia boleh jadi kawan biasa, best friend, dan paling rapat sebagai soul mate. Cuba korang kira berapa banyak korang boleh kira untuk setiap level tu.

Mungkin sudah masanya aku untuk mula consider kehadiran seseorang dalam hidup aku kot. Kalau tak fikir sekarang nanti waktu housemanship a.k.a Dr pelatih (2 tahun) memang tak sempat langsung dah nak pikir2 pasal ni. Tapi nak mencari pasangan bukanlah senang. Biasalah memula kita akan letak criteria calon ini dan itu. Kononnya nak yang perfect untuk diri. Tapi katakkanlah pada satu hari korang terjumpa dengan orang yang penuh dengan kriteria tu tapi hati tak suka, adakah nak paksa diri untuk suka orang tu? Haha..? Jadi last2 sekali, yang dipilih mestilah yang perfect di hati ni. Bagi aku asal hati dah suka tu pun dah cukup. Tak kira dah macam mana rupa atau perangai orang tu. Yang penting boleh terima diri masing2 seadaanya. Kalau dah jadi gini, partner kita tidur berdengkur pun bole kita dengar sweet aje.hehe.. Emm..Sepanjang hidup aku ni last aku bercouple masa form 3 dulu. Tu pun mak tiri aku yang kenenkan aku dengan 3 orang cucu dia. Dia suh pilih sorang.Haha.. yang ni aku cerita nanti lah di lain post. Cite sekarang jadi tak best pulak..hehe :p


2010-2015

InsyaAllah bulan 6 2010 ni aku akan mula clinical years selama 3 tahun dalam kursus MBBS ni. Jika betul aku bermula pada Jun 2010, maka aku akan tamatkan course ni pada Jun 2013. Masa tu dah umur 26 dah. Lepas tamat, maka aku akan mula kerja sebagai Dr pelatih ataupun houseman (H.O) kat mana2 hospital besar kerajaan. Tak sabar rasanya nak pegang duit sendiri. Masa tu orang dah bole panggil Dr Rizuan dah..hahaha.. Tapi disebalik title Dr tu, tanggung –jawab yang besar tergalas di bahu. Fasa kritikal dan kerja paling teruk dalam perubatan ni boleh dikatakan pada zaman H.O lah. Gaji banyak pun bukan sempat nak belanja pun. Mungkin masa ni boleh buat simpan dalam bank sambil2 kasi kat mak ayah. Sambil2 tu boleh kumpul duit utk beli kereta & rumah untuk kawin nanti.haha. Dah habis H.O barulah boleh jadi Medical Officer (M.O) untuk ditempatkan kat mana2 hospital daerah. Masa ni dah umur 28. Adakah aku akan kawin pada umur ini? Jeng jeng jeng.. kehkehkeh..…. Bole ke kawin waktu H.O aa? Ada je kan orang kawin masa tu? Haha.. Nampaknya x sabar nak kawin aku ni.. Maklum la dah lama puasa. Hehe. Tak sabar nak kasi cucu kat mak ni.. Sabar ye mak…heeee :p

Lagipun tahu tak korang bahawa kalau dapat anak selepas umur 30 tahun akan meninggikan risiko pelbagai penyakit kongenital seperti down syndrome? Dah la zaman sekarang ni makanan dah makin penuh dengan chemical yang boleh trigger mutation pada kromosom bayi tu. Tu kalau di kira dari segi tu. Kalau dikira dari segi umur anak bila kita dah tua nanti pulak macam mana? Paling kurang aku nak anak aku dah berumur 20 tahun masa aku di usia 50-an. Masa tu dah boleh nampak anak bersedia masuk ke universiti di kala aku sedang memasuki fasa pencen. Tu baru anak yang sulung. Kalau anak ada 16 macam mana? Kuikuikui…. Bagi aku 3 4 orang pun dah cukup kot.

Dalam persekitaran rakan2 dalam bidang perubatan ni, aku terperasan ramai kawan2 yang dah umur 27, 28 dan ke atas masih lagi tak kahwin2. Tak kahwin tu dah satu hal. Yang lagi hebat ialah ramai yang calon pun tak ada lagi. Yang paling ketara sekali boleh dilihat pada kaum doktor2 perempuan ni lah. Mungkin sebab diorang terlalu sibuk dari muda remaja sewaktu belajar perubatan sehinggalah dah kerja. Jadi tak ada masa untuk cari partner2 ni. Bila dah kerja maka satu dilema pula akan timbul. Senang cerita isu tinggi jawatan lah. Kerjaya doktor ni biasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Maka orang kerja biasa nak masuk meminang tu mungkin bole menimbulkan isu tinggi-rendah status kerjaya pada masyarakat. Orang biasa nak masuk meminang pun mungkin takut. Lainlah kalau partner tu kerja sebagai engineer atau yang sewaktu dengannya. Bagi doktor2 perempuan ni mungkin diorang tak kisah, tapi pandangan masyarakat mungkin lain. Tapi sebenarnya sume ni alasan aje. Yang nak kawin tu kita, bukan masyarakat. Ye ta? Kalau nak ikut pandangan masyarakat memang susah lah hidup. Yang penting apa yang kita buat tu adalah pada landasan yang betul. Kan2? Maaf ye perenggan ini bukan bermaksud kepada sesiapa.hehe


2015- dan seterusnya

Bermula tahun 2015, maka aku sepatutnya dah bergelar medical officer (M.O) ataupun Pegawai Perubatan. M.O ni wajib kerja dengan kerajaan selama 2 tahun sebelum dibolehkan seorang doktor itu membuat kepakaran. Untuk mendapat status doktor pakar/specialist kenalah mengambil ijazah sarjana/master in medicine. Master ni ada banyak bahagian lah. Contohnya jantung, kanak2, patologi, pembedahan dan sebagainya. Untuk aku, insyaAllah pada 2017 selepas aku tamat M.O aku akan buat kepakaran dalam perubatan kecemasan. Minat betul aku kat emergency department ni sebab banyak drama dan macam2 kes kita boleh jumpa. Tapi kalau kerja kat Emergency mungkin akan menjadi sedikit sibuk. Kalau tak nak sibuk boleh duk kat jabatan forensik atau blood bank. Maka boleh balik ikut waktu pejabat.hehe..
Master dalam bidang perubatan mengambil masa 4 tahun. Maka jika aku bermula pada 2017 (umur 30), maka aku akan tamat Master pada umur 34 tahun (2021). Lebih kurang tahun 2021 maka aku dah jadi pakar. insyaAllah. Lepas tu apa nak buat eh? Kalau ada rezeki aku sambung dalam PhD. Kalau tak mungkin aku akan kerja sebagai pakar sampai lah ke tua…hehe


Rumusan

Panjang2 aku membebel kat atas, tu semua hanyalah perancangan aku. Yang perlu diingat ialah Allah sahaja yang tahu corak perjalanan kita nanti sebab ianya telah ditulis sejak kita azali lagi. Yang penting kita kena berdoa dan berusaha untuk dapat yang terbaik. Allah tidak kejam untuk membiarkan hambanya yang berusaha untuk tidak mendapat sebarang hasil.

Kejayaan bermula dengan angan2, kemudian ia berubah menjadi cita2, kemudian menjadi kenyataan jika dengan sebaiknya. Wallahualam.


 

Salam dari budaksepet,


 

p/s : adakah entri ini akan menimbulkan kontrovesi? hehe

23 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu