Proton Emas - Kereta Konsep untuk Proton

Monday, March 08, 2010 4 Comments

Assalamualaikum & hai...



Aku adalah salah seorang peminat & penyokong pembuat kereta nasional Proton. Tak kiralah orang kat luar nak kata apa pasal syarikat ni, tapi bagi aku inilah salah satu kebanggaan yang kita kena jaga. Jika nak dibandingkan Proton dan Mercedes sudah tentulah tidak adil kerana syarikat Mercedes dah berusia lebih 100 tahun walhal Proton baru sahaja 27 tahun. Ibarat seorang budak remaja dengan dengan seorang datuk yang dah berpengalaman seratus tahun.hehe.

Tapi walaupun baru berusia 27 tahun, aku boleh cakap yang pencapaian Proton setakat ini boleh dibanggakan. Syukurlah sebab Proton telah menjadikan Malaysia sebagai negara membangun & negara Islam pertama yang boleh membuat dan mengeluarkan keretanya sendiri. Namun yang pastinya banyak lagi yang boleh dicapai oleh Proton. Yang penting kita kena sokong lah syarikat kita sendiri ni. Kalau tak kita sokong siapa lagi.. hehe

Ok dah dah.. Jangan ko nak merepek lagi budaksepet. Orang nak baca pasal kete ni pulak...


Proton Emas - Kereta Konsep Pertama Proton

Sebelum tu jom kita tengok dulu video ni.


Kereta konsep Proton ini dinamakan sebagai Proton Emas yang berasal dari perkataan Eco-Mobility Advance Solution. 

Proton Emas menggunakan enjin hibrid iaitu motor elektrik dan petrol. Enjin yang menggerakkan kereta ini ialah enjin elektrik. Oleh itu, ianya menjanjikan bunyi yang senyap berbanding enjin motor petrol. Kadar pengeluaran asap juga dapat dikurangkan dengan mendadak.

Enjin elektrik ini mampu memacu Proton Emas ke kelajuan maksimum 170km per jam dimana bateri lithium yang dicaj sekali boleh membawa sejauh 50 kilometer. Apabila bateri hampir habis, maka enjin petrol akan dihidupkan untuk mengecas bateri ini. Maka pengguna tidak perlu risau keperluan untuk mencari sumber kuasa untuk mengecas kereta (agak pelik bunyinya kan? hehe :p )


Enjin 1.2 liter ini boleh bergerak dari 0 hingga 100km/jam dalam masa 14 saat.

Bahagian dalam Proton Emas memuatkan dua monitor TFT yang terletak di bahagian tengah dashboard . Monitor sebelah kanan menunjukkan meter kelajuan elektronik dan status penting kereta seperti status tenaga sistem hibrid manakala monitor sebelah kiri memaparkan in-car entertainment dan pilihan komunikasi termasuklah pelayar internet. Satu panel ketiga pula terletak di bawah konsol tengah di mana ianya adalah skrin sesentuh (touch screen) yang memaparkan kawalan fungsi kereta yang lain.

Bahagian dalam Proton Emas


Bagi aku, Proton Emas ini kelihatan agak menarik dengan bumbung dan cermin hadapan yang disambungkan secara terus. Walaupun dalam gambar ianya kelihatan agak kecil, tapi sebenarnya ianya cukup luas (bersaiz SUV) untuk memuatkan 4 orang di dalam kereta dengan ruang kaki dan kepala yang agak luas. Ke-empat2 kerusi pulah boleh diubahsuai kedudukannya secara individu, sama seperti kerusi hadapan.



Terdapat 3 jenis model yang akan dikeluarkan iaitu model Emas dan Emas3 yang sesuai digunakan di dalam bandar dan berkonsep moden manakala Emas Country pula lebih sesuai digunakan di luar bandar dengan konsep SUV.


Model Emas

Model Emas Country dengan reka bentuk seakan SUV 







 Pemegang pintu dengan panel kawalan pintu elektronik

 Tun Dr Mahathir diiktiraf sebagai bapa permotoran Malaysia


Meter hadapan menggunakan skrin TFT sama seperti kebanyakan monitor komputer.

 Panel skrin sesentuh



 Yang ni pun lawa jugak. err.. maksd aku kereta kat belakang tu..hehe


Proton dikatakan memerlukan masa 1 hingga 2 tahun untuk membolehkan kereta ini dikeluarkan secara besar-besaran. Pasal harga tu kita tengok aje lah nanti.hehe..


Salam dari budaksepet,




Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 comments:

wawa....xyah isi myk klu bw keta ni~ cuma takut xdan smpi Trg. klu aku br keje maybe aku beli keta yg smart camni

WhiteLighter said...

yeke xyh isi minyak...bkn ke dia hybrid? elektrik + petrol...cuma penggunaan petrol blh dkurgkn...anyway...nice review...bru semalam baca dlm chedet...hri ni wan dh buat entry...

Astromas said...

Kena isi minyak.. Kalo tak nanti lepas 50KM susah nak cari power supply pulak. Mana la tau singgah kedai mamak tumpang caj kete pulak.. hehe :p

fareedzul said...

Salam,

Bukannya tak berbangga dengan kereta nasional Wan. Tapi yang menjadi faktor utama yang menyebabkan ada orang menyumpah seranah kereta nasional disebabkan oleh ralat beberapa fungsi ringkas yang seharusnya tak berlaku (tingkap kuasa sebagai satu contoh kecil).

Mungkin ada yang sedar bahawa Proton berniat untuk turut mengutamakan pembekal-pembekal komponen kereta dalam negara (komponen elektronik umpamanya) menyebabkan kekurangan tersebut berlaku . Namun, ralat-ralat kecil ini harus dititikberatkan oleh Proton seandainya Proton mahu terus berdiri gah bersama-sama pengeluar kereta lain.

Usahlah dibandingkan dengan Merc atau BMW, itu perbandingan yang mungkin menjurus kepada kenyataan falasi. Mungkin lebih rasional jika dibandingkan dengan SsangYong.

Selain dari perkara tersebut, perkara lain yang harus diambil berat Proton adalah rekabentuk kereta. Tentang perkara ini, serasa saya pereka-pereka tempatan sudah memadai untuk rekabentuk yang menarik('menarik' itu subjektif, namun definisi perkataan tersebut masih boleh disimpulkan dari pandangan peminat-peminat kereta "hardcore"). Jadi, apa masalah Proton dalam hal ini? batuk*kroni?*batuk :p

Proton Emas ini mungkin menganjak industri permotoran Malaysia ke dimensi baru, dan pastinya saya juga berharap perkara tersebut. Mungkin apa yang kita harus lebih harapkan adalah agar warga Malaysia lebih terbuka hatinya untuk lebih menerima konsep Bumi Hijau.

Wan, komen ini bukan untuk menentang sokongan anda. Saya juga menyokong Proton, cuma saya tidak menyokong buta-buta hanya kerana Proton itu mewakili Malaysia dalam industri permotoran dunia. Ianya sekadar pendapat peribadi, dan ianya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mencetus komentar bersifat intelektual, bukan untuk perbincangan berorientasikan kebencian. Maaf jika tersinggung :)

VIXIDEM
http://vixidem.net

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu