Alternatif

Tuesday, March 09, 2010 , 2 Comments

Assalamualaikum & hai...

Semalam aku tengah ready2 nak goreng ayam kentucky untuk makan malam. Ayam dah siap celup dengan telur & tepung kentucky dah. Tapi letak tepi dulu. Masak dulu air sambil tanak nasik sebelahnye. Orang Terengganu biasa sebut rebus air tau, bukan jerang atau masak air.hehe..


Tunggu punya tunggu rupanya gas masak aku dah habis Adus...nasi & air tak sempat masak lagi. Nasib baik nasi dah mula kering. Ayam kentucky aku pulak duk tersengih kat tepi sambil berendam dalam tepung. Call tokey gas dia kata tak hantar malam2 buta ni.

Gambar budu aku curik dari makangmake.blogpot.com

Fikir punya fikir, last2 aku amik budu, letak lada burung (lada yang kecik tu) kemudian perah limau sikit then bersihkan kacang botol yang aku baru aje beli dua tiga hari lepas. Pergh..makan dua tu aje pun dah sedap kaw2 dah. Siapa tak pernah try makan budu dengan ulam kena la try, baru la tahu sedapnye.. hehe

Errr..sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa ni.hehe. Meh aku kongsi resepi yang aku eksperimen dua tiga hari lepas. Asalnya nak buat macam ayam goreng kunyit kat kedai tu. Tapi last2 dah tambah sayur dengan banyak. Dah jadi macam sayur campur pulak. 


Mula2 potong ayam jadi kecik2, kemudian gaul dengan kunyit & garam. Goreng kasi separuh masak. Kemudian  tumis bawang putih+besar+ lada kering kasi naik bau, letak ayam balik then letak sayur brokoli+kobis. Goreng2 sikit kemudian letak garam & gula. Modified sikit guna kicap terus siap. 

Sengaje kasi jadi colorful sikit kali ni. Baru la ada selera nak makan..hehe.


Salam dari  budaksepet,



p/s : Ayarkk.... aku tertaip entri ni kat blogger Medical Science Club! Hahahahahah.. Patut la aku carik signature aku tak jumpa2 tadi.. aduiii.. kalau aku publish memang naya aku tadi.. hahahha.. Nasib baik sempat detect. Sengal betul.



Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 comments:

wpn ayam kentucky tersengih...aku rs ayam kunyit nko ni sgt berjaya. aku nk g mkn ns dlu, ta-ta

Astromas said...

Hehe..tima kasey tima kasey.. Ko mkn lauk ape tu? mesti best..hehe..

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu