Jalan2 di Melaka

Sunday, March 28, 2010 4 Comments

Assalamualaikum & hai...

Hari ni aku, Bard & Yana ke Melaka sebab ada program seminar Fizik + astronomi kat Planetarium Melaka. Tak sangka Melaka pun ada planetarium sendiri sebab diorang dah ada balai cerap Al-Khawarizmi kat Tanjung Bidara. Rupa2nya planetarium ni baru aje siap. Bangunannye memang lawa. Mula2 pegi takut tu masjid, rupa2nya memang betul tempatnye.hhee

Tapi sebelum ke planetarium tu, kitorang sempat singgah makan kat Bukit Katil. Entah ape nama kedai dia tapi tengok gayanya ramai orang, so kitorang pegi la situ dengan harapan dapat makan asam pedas yang sedap. Yana (orang Melaka) cakap asam pedas yang paling sedap kat Melaka ialah yg mak dia buat..hehe..



Lauk asam pedas memang ada.. Kecur da air liur aku ni. Tapi tengok je ikan punye la besar. Mau kena caj belas2 engit ni.. Nasib baik ada daging masak asam pedas. Amik tu kemudian tambah dengan sambal petai sikit.. Minum lak dengan air teh ais.Uiii.. best gile.. Mesti korang pun dah kecur air liur kan? hahaha..padam muke :p



Menjelang pukul 2pm, kitorang gerak ke MITC. Masa tu lah aku dapat kenal Dr Zaidan, iaitu pensyarah Fizik Fakulti Sains UPM. Sebelum ni pernah terbaca nama beliau kat internet aje. Sambil2 tu dapat kenal 2 kawan baru dari UPM, seorang tengah buat master in physic & sorang lagi PhD jugak dalam fizik. Faezah pulak memang aku dah sedia kenal sebab satu kampung dengan aku..hehe



Untuk seminar ni, mula2 Dr Zaidan terangkan pasal konsep fizik & aplikasinya pada kehidupan seharian. Hukum2 seperti graviti, inersia, keabadian tenaga & pelbagai hukum yang canggih manggih lain jugak turut diterangkan. Tak tahu la diorang ni faham ke tak. Aku pun macam termangu2 jugak. 

Kemudian 70 pelajar tu kitorang bahagikan kepada 3 kumpulan. Aku partner dgn bard, Yana dengan Faezah & dua orang lagi untuk satu group.


Ada 3 soalan yang diberi kepada setiap kumpulan:
1. Kenapa berat seseorang jika ditimbang dengan teliti di KL boleh jadi berbeza berbanding di London?
2. Apa perubahan daya yang terjadi apabila satu bola dilepaskan dari titik pegun di udara ke lantai?
3. Apa yang membuatkan satelit terapung di langit?

Ha... sapa nak jawab.. Sila kasi komen kat bawah k.



Lepas aje sesi bersama pelajar habis lebih kurang pukul 5.30, kitorang habiskan dengan sesi bergambar kat depan planetarium. Sesi poyo moyo bermula..hehe.



Abis aje sesi bergambar kitorang pegi makan. Sebab makanan ditanggung oleh pihak planetarium, maka kitorang order je ape yang rasa nak makan. Tapi disebabkan aku malu2 miaw maka order roti canai je. Gambar kat atas tu Faezah tengah menikmati roti John Hong Kong nye. Sampai kembung pipi tu ha.. hehe..


Salam dari budaksepet,


p/s :

i. Kenapa aku tak update blog selama 4 hari haa ? Hehe..
ii. Tak sangka bandar Melaka sangat cantik..




Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 comments:

1. Kerana di London harga makanan adalah lebih mahal daripada di Malaysia. Jadi seseorang di London akan lebih kurus(ringan) berbanding jika dia berada di Malaysia...

hehe, ni gurau2 je, nnti dah ada jawapan betul comment lain pulak :P

chahchom said...

wah..cepat update..goodjob..huhu..thumb up..

Astromas said...

Musaif Melayu : Elok kita mintak jawapan dari ChahChom ni. Dia master in physic..hehe..

Ecah nnt nak amik gambar roger2 k ;)

WhiteLighter said...

jwpn soalan pertama....
anak itik yg kiri itu lah jntn manakala dan kanan itulh betina...(<--eh slh ke).

i-d london timbang guna pound kt msia guna tahil (hahaha)
ii- dari ter'daya' mmgang bola kepada tak ter'daya' sbb tu dia lpskn bola...
iii-satelit trapung dlangit sbb dia tak trhmps ke bumi...

amacm...penaakulan mantik tak?

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu