Kisah Sekarang dan Dulu-dulu

Assalamualaikum & hai...

Bulan ni duit elaun MARA lambat betul masuk. Biasa 28hb tiap bulan dah masuk. Hari ni dah 4hb duit tak masuk lagi. Maka kitorang yang di bawah tanggungan MARA ni tersiksa lah zahir batin menunggu duit yang tak juga2 masuk. Tambah2 aku yang nak kena bayar duit rumah lagi, duit motor lagi, nak makan lagi..

Kalau ikutkan kira2 aku tiap bulan lebih kurang kat bawah ni..

  RM 700 (Elaun MARA)
  RM 200 (Sewa rumah +api+air)
- RM 150 (bayar motor Honda Wave 100)
=RM 350

Emm..korang bayangkan lah dari RM350 tu aku nak makan, beli topup, beli barang len lagi. Tu la sebabnye aku selalu masak. Nasib baik la aku leh masak benda2 yang simple2.. kalo tak mau makan megi hari2..hehe

Hari ni aku dikhabarkan bahawa duit MARA dah masuk pukul 1 tadi. Fuh..sume orang menarik nafas lega. Tapi aku pulak tarik napas semput apabila check2 akaun CIMB aku duit masih tinggal RM15.. Isk... Napa ni? Orang MARA lupa nak bank in untuk nama aku ke? Boleh lak g2 eh? hehe.. 

Bila dicheck aku punya perjanjian dengan MARA, baru la aku sedar yang agreement MARA aku dah tamat.. Alamak... mati aku ni... camne nak bayar sewa rumah, bayar motor, nak makan lagik...


Maka start dari hari ni sampai la hujung bulan ni aku kena saving gila2.. Makan pun kena buat catuan ni. Tak leh makan nasi lebih2.. Pastu sms orang bila perlu je.. kalo leh reply kat YM/FB lagi bagus..  Fuhhh.. Punya la dasat.hehe. Nasib baik tak sampai tahap naik motor tapi tolak pakai kaki aje atau turun bukit matikan enjin.. hehe...

Selama ni berharap duit MARA aje aku ni. Jarang aku mintak duit dari PAMA (papa+mama, walopun aku panggil Abah & Ma..hehe)

Sebelum ni aku pernah jadi panel penulis astronomi untuk majalah Dewan Kosmik keluaran DBP. Mula dengan isu Oktober 2006 sampai la isu Disember 2008 aku jadi penulis tetap majalah tu. Dekat 3 tahun jugak tu.. Satu artikel boleh dapat RM300. Kadang2 satu bulan boleh keluar dua artikel. Jadi dapat la dalam RM600 sebulan. 

Syukur sangat dah tu sebab dah tak mintak duit dgn mak & ayah dah. Bermula Disember 2008, aku dilantik mengganti presiden MSC yang meletak jawatan. Maka bermula dari situ lah aku menjadi amat sibuk sampai lah tak sempat nak menulis lagi dengan DBP. Nasib baik masa tu duit MARA dah mula dapat. Kalau tak mesti aku paksa jugak diri aku ni menulis. Sejak dari tu aku dah tak menulis untuk DBP sampai lah ke hari ni.. 

Nampaknya aku kena mula menulis balik ni. Paling kurang boleh topup mana yang kurang. Tapi nak start menulis balik selepas lama berehat tu bukan senang walaupun aku selalu aje menulis kat blog astronomi aku..hehe


Kisah dulu2...

Aku ni asal dari keluarga yang agak susah r jugak. Sejak kecil hidup dengan mak aje sebab parent dah bercerai waktu aku tadika dulu. Disebabkan kesusahan ni, maka aku jarang sangat minta duit dari mak aku. Minta dengan ayah aku lagi lah jarang sebab aku dari kecik duk dengan mak aje.

Aku dengan member baik masa kat matrik dulu. Zul (sebelah kanan sekali) dah jadi pharmacist sekarang ni. Yang tengah tu entah tak tahu apa cerite dia..

Aku paling ingat waktu kat matrikulasi dulu. Walaupun kat matrik kitorang dapat duit elaun RM1000 untuk satu sem, tapi mana lah cukup. Tambah2 bila dapat duit tu terus pegi joli.. Bukan joli kat disco ke ape tau, tapi joli dengan tukar henfon lah, beli MP3 lah.. Orang jarang dapat duit la katakan..hehe.. Last2 aku jugak yang suffer kat sana. 

Kat matrik dulu duit makan sangat lah terhad. Jadi apa yang aku buat ialah beli mi yang bentuk macam megi berdozen2 wat simpan dalam loker. Pastu aku beli satu dapur  yang pakai karan. Murah aje dapur tu.. Tapi selalu aje meletup bila aku pakai..hehe.. Banyak kali jugak blok asrama aku blackout angkara dapur aku..hehe :p.

Hari2 aku rebus mi tu buat makan dengan sosej berharga 5 posen kat kantin asrama tu. Untuk buat variati sket, hari2 aku tukar kuah. Hari ni beli sosej campur kuah asam, esok kuah kari, lusa kuah masak lemak pulak. Nasib baik kuah tu tak kena caj. Kalo tak naya la aku... Disebabkan menu makan yang ntah apa2 ni, maka aku jadi kurus gila kat matrik dulu. Member2 aku duk tanya aku sakit ke? Nasib baik aku x cakap aku ada kanser ke ape ke.. hehe. Karang masin mulut aku ni naya aje. Paling aku ingat sekali dulu pernah aku makan mi tu dengan gula aje tau sebab duit hanya cukup nak guna wat bayar tambang balik rumah. 

Tengah jaga booth kelab astronomi KMPP waktu konvensyen Astronomi Kebangsaan 2006

Kat konvensyen lagi. Matrik dulu memang aku aktif gila astronomi ni.

Untuk tambah duit maka aku wat bisnes kat bilik aku. Bisnes jual megi dengan nescafe 3 in 1 tu. Budak2 matrik memang nak sangat megi & nescafe terutamanya waktu malam. Masa tu la perut lapar, ngantuk nak study lah, ape lah..hehe. Selain tu aku jual megi sup dengan harga RM2.50. Megi aku bukan simple2 tau, siap tumis bawang putih+kecik dengan telur & lada hitam lagi.. Agak top jugak lah megi aku masa tu. Sampai budak aras atas ramai yg cari aku kat bilik..hehe..

Tapi bisnes aku ni sedikit mengganggu member2 aku yg lain yang nak tido tu.. Ye ar malam2 pukul 2 pagi ada orang ketuk pintu nak beli nescafe. Tambah2 lagi bau aku tumis bawang yang semerbak aje dalam bilik kitorang tu..hehe. Sori r kawan2.. Aku tak sengaja tu.. Sapa suh duk satu bilik dengan aku. Hahahaha.

Dari duit jual tu boleh la aku wat beli topup & barang keperluan lain. Tapi agak sedih r jugak bila pegi co-op kolej aku terpaksa buat kira2 sebelum beli coklat atau jajan. Time duit takde tu lah baru nak terliur itu ini. Masa duit banyak ni takde pulak nak terliur2..hehe.. Jadi masa tu aku telan air liur je la..huhu. Kesian betul kat aku masa tu. Sampai aku sendirik rasa kesian kat diri aku ni..hehe


Cukup la aku cerite sampai takat ni. Dah pukul 4 pagi ni pun. Semua yang aku cerite ni bukan nak tagih simpati. Hanya untuk berkongsi. Aku pasti ramai lagi kat luar tu yang lagi teruk dari aku. Siapa2 yang dapat mak ayah kerja bolah tahan tu bawa lah bersyukur banyak2. 

Aku tido dulu.. Esok konfem bangun tengah hari ni.. ehehe :p


Salam dari budaksepet,






Comments

under the sky said…
omg....kreatifnye wan, klu gtu megi+nescafe mmg trademark nko la eh.

woit jgn bgn lambat nanti duit mara masuk xsedar
Astromas said…
A'ah.. aku memang trkenal dgn megi+nescafee kat blok aku dulu..hehe

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati