Musim kemarau - kena banyak minum air!

Assalamualaikum & hai..

Hari ni panas betul. Aku naik motor dengan pakai selipar ni rasa nak terbakar aje kaki ni. Pedih semacam aje. Pastu petang tadi aku tidur kat umah. Bangun tu punya la berpeluh2. Rasa macam tidur dalam sauna aje..hehe.. Nampaknya musim panas ni boleh kena dehydration ni. Kena banyak minum air. Ikut lah nak minum air sirap ke, air tebu ke, air teh ke.hehe. Tapi air kosong  lagi bagus. 

Rasa nak minum air teh la pulak.

Aku terbaca kat internet yang anggaran kasar kuantiti air yang perlu diminum setiap hari untuk setiap orang boleh dikira dengan cara berikut :

Berat (kg) bahagi 30
Cth : Berat aku 62kg bahagi 30 = 2.07 Liter air sehari
Namun kuantiti air diperlukan ni boleh berubah bergantung kepada keadaan cuaca dan aktiviti tau. Kalau satu hari berada di bawah panas maka kena la minum lagi banyak air.



Aku terperasan kalau aku kurang minum air mula lah jerawat tumbuh kat muka.hehe.. Mengikut faktanya, kandungan air yang cukup dalam badan akan membantu proses penyembuhan sel2, membantu menyingkirkan bahan buangan badan, mengawal suhu badan, menjadi pembawa oksigen kepada organ2 penting seperti otak,  mengelakkan penghidratan berlaku dan banyak lagi lah.

Jam tangan ilusi yang boleh dilihat pada tangan aku. Bekas cincin pun ada kat jari manis tu..hehe

Pastu petang aku dan kawan2 rumah turun main bola kat taman depan Brunsfield. Punya la syok main tiba2 hujan turun dengan lebatnye. Aduii.. kena naik balik. Tak sempat puas main lagi..


Salam dari budaksepet,


p/s : Aku dengar perempuan lebih suka lelaki yang dark skin. Betul ke eh? Nak kena berjemur ni..ehehe :p



Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat