Lame tak update
Assalamualaikum & hai..
Hahaha..lama sungguh aku tak update blog ni kan? bizi la kononnye.hehe. Sekarang ni aku kat petronas kerteh, teman member aku baiki server yang down kat sini. Sambil2 tu aku guna la internet kat sini kejap yang laju macam superlipas ni. Btw, aku sekarang tengah bercuti kat Kemaman. Cuti kejap je pun. 23hb ni dah stat masuk hospital Klang balik. Hah? Hospital Klang? Bukan hospital Kota Bharu ke?
Bukan2... Panjang ceritenya...
Ni perkembangan aku sekarang ni.
- Aku baru saja pindah dari Kota Bharu ke Shah Alam balik. Sepatutnya clinical years aku kat HKB, tapi MSU ubah fikiran nak buat kat HTAR Klang sebab masalah lecturer dan MQA katanye. Adeh.. tapi takpe lah, untuk jangka masa panjang punye pasal.
- Bile aku pindah sini, secara automatik kos sara hidup meningkat. Sewa rumah RM200 plus duit makan lagi. Kemudian duit bas nak ulang alik dari MSU ke hospital lagi. Tambhan lagi dengan duit broadband, postpaid & motor. Adeh.. Nampaknye kena mula masak balik ni. So nantikan resepi aku yang entah ape2 tu eh? hehe :p
- 23hb ni aku akan mula posting surgery. Tak tahu sama ada surgery akan jadi bidang yang aku minat atau tak. Buat masa ni lebih suka kepada medikal & emergency. Ortho? emm..bukan jiwa aku kot.
- Aku dah jual kamera DSLR aku dengan harga RM1400. Selamat tinggal kameraku. Sekarang amik gambar pakai kamera hanset aje la.hehe. Nak bayar hutang punye pasal.
- Aku baru je Kuantan. Sangat seronok. Tak sangka Pantai Teluk Cempedak masih lagi lawa dan cun. Takleh lupa g sana. Nak pergi lagi ni. Jumpa somebody yang sangat special kat sana. Dan lepas jumpa dia still special, even more.
Cukup la dulu setakat ni. Aku curik2 update aje ni. Dalam kepala ni actually banyak je benda yang nak diupdate, tapi tak tertulis.
Chow dulu.
Salam dari budaksepet,
Comments
Waaaaaa slamat jalani clinikal ya...sila tekunkan diri ;)