Dapat jugak aku online..hehe

Tuesday, May 18, 2010 8 Comments

Assalamualaikum & hai...



Dah seminggu aku tak menulis kat sini. Ada orang rindu kat aku tak ni? hehe.. Ngade2 pulak. Aku tak online selama seminggu ni sebab dah pindah rumah. Sekarang tak duduk Shah Alam yang ada streamyx tu dah. Jadi sekarang ni duk kat Puchong umah abang aku pulak. Kat sini internet takde. Aku ni mana la boleh hidup tanpa internet. Mati kutu la aku. Sian kutu2 tu mati. Tapi aku takde kutu tau.hehe. Ntah ape aku ngarut ni.huuuu

Nak dijadikan ceritenya, petang tadi aku pergi beli broadband maxis. Alhamdulillah dapat duit deposit rumah lama tu. Duit da ada kat tangan tak boleh simpan lama2. Tangan ni gatal aje pegi sign up broadband kat Giant Kinrara tu.hehe. Tu la aku. Buruk perangai ni.hehe. Tapi dah ada internet ni boleh la aku calling2 insan tersayang aku tu guna YM atau Skype. Jimat sikit duit.hehe

1st payment ialah RM150 untuk dapatkan modem yang bentuk macam pendrive ni. Ingat nak carik yang ada skin kulit rimau ke, zirafah ke, kucing ke, tapi dah takde pulak. Jadi bayar aje RM150 tu dah boleh guna untuk bulan ni. Disebabkan sekarang tengah promosi, maka untuk 5 bulan ke hadapan aku kena bayar RM18 sebulan aje. Kalau bahagi untuk setiap hari baru bersamaan 60 sen aje. Murah kan? Nanti lepas 5 bulan akan balik kepada harga asal RM48. Lebih kurang RM1.60 sehari. Kira ok la tu.

Tapi sekarang ni maknanya aku dah kena simpan siap2 duit paling kurang RM18 atau nanti RM48 setiap bulan. Dah tambah satu beban ni. Jadik aku ingat beli broadband ni mestilah boleh menjana pendapatan sekali. Takmau lah benda ni akan memberatkan aku lagi. 

Jadi sekarang ni berazam untuk guna broadband ni untuk buat artikel Dewan Kosmik, promote servis format laptop aku tu dengan update blog ni selalu. Bila selalu update maka makin ramai la yang masuk. Sambil2 tu ada la dua tiga orang yang akan terbabas klik iklan kat atas tu. Dapat la aku dalam seposen dua setiap kali orang baru klik. Jadi korang jangan lupa klik k. Banyak manfaat iklan2 tu..Ehehe

Nanti aku nak buat artikel pasal memilih broadband. Jadi siapa2 yang berhajat nak beli tu boleh buat rujukan mana bermanfaat. 

Okes korang. Jaga diri elok2 ye..

Salam dari budaksepet,
 

p/s : esok aku ada dinner pre-graduation night. Terima kasih banyak2 kepada rakan2 junior yang bersusah payah uruskan dinner tu. Korang terbaik lah!

Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 comments:

salam.. wan.. nak mintak tolong update laptop ngan update antivirus.. nk anta kedai tp x berani laa... kn mcm2 skang ni.. kdai bkn leh caya sangat.. wuuuu...bkn mintak tolong saje, dla nak bayar upahnye skali.. hehe..

Astromas said...

Wa'salam. bisa2.. camne nak kasi tu? Dila da kat shah alam ke? nanti nak kasi msg je wan kat YM eh.. hehe

10hb exam n present.. nnt dla bgtau blik.. :)

Astromas said...

Hehe..wokes Dyla ;)

abg wan biase2je muke2..hahah
abes kne panas le2??hak3!!
gud luck mbbs :)

Mira Mazlan said...

wan, cmne nk buat iklan nuffnang tuh? mira da buat tapi macam xde iklan pon. xtaw apa yg ter-skip process dia. eheh. tlg ajr pelisss :D

Astromas said...

Sonang ajo. Ekau poie ko www.nuffnang.com.my & follow instruction yg ade kat situ. Siap..hehe

Astromas said...

tima kasih Syak! blajar rajen2 k..hehe

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu