Dah lama tak buat CPR

Saturday, March 23, 2013 , 1 Comments

Assalamualaikum....

Dah lama x buat CPR. Last buat 3 tahun lepas. Masa tu buat 4 kali, tapi hanya seorang survive. 3 darinya sakit jantung (myocardial infarction) dan 1 kena langgar keretapi..

Semalam aku tengah tengok satu kes stroke jenis hemorrhagic. Pesakit tu adalah seorang perempuan Melayu berumur baru 29 tahun. Tak sangka umur muda lagi pun dah kena stroke... Kalau dulu orang tua2 aje yg kena.. Tengah aku tengok file pesakit tu tiba2 dengar orang menjerit " adrenaline stat!"

Gambar hiasan. Tiada kaitan dgn yg hidup atau yg dah meninggal dunia..

Tu tandanya ada kes nak kena rhesus tu yang mana pesakit tiba2 collapse... Semua orang berlari2 ala cite hindustan ke arah pesakit tu.. bukak tirai nampak ada sorang doktor naik duduk atas pesakit untuk kasi chest compression. Aku pun ready kat sebelah untuk ambil alih tugas utk tekan dada pesakit. Sambil tu staff nurse ada kat tepi utk kasi oksigen pd pesakit dengan ambu bag

Tak sampai seminit org yg buat chest compression akan tukar giliran  sebab sangat penat buat CPR ni. Kita kena kasi 100 tekanan dada setiap minit. Tekanan tu pulak kena paling kurang sedalam 2 inci masuk ke dada pesakit. Kalau guna tenaga tangan memang tak larat, jadi tekan guna berat badan sambil membongkok. Penat dan cramp jugak la tulang belakang. Jadi untuk kurangkan penat terpaksa naik kaki atas katil atau duduk macam menunggang di atas pesakit. Memang nampak tak elok tapi untuk pastikan tekanan pada jantung adalah optimum sebab pesakit tak boleh nak pam darah sendiri.



Tengok cardiac monitor ada electrical activity tapi bila rasa nadi takde. Maknanya pesakit sedang dalam keadaan Pulseless Electrical Activity (PEA).. Bila keadaan PEA atau asytole (takde langsung electrical activity pd cardiac monitor) kita tak boleh kasi shock yg macam kat TV selalu buat tu. Kita kena buat CPR sampai dia boleh pam sendiri, sambil2 tu kasi adrenaline 1 mg IV setiap 5 minit. Hanya pesakit dengan ventricular tachycardia dan ventricular fibrilation aje yg kita kasi shock

Dah buat CPR dalam 15 minit, tengok2 jantung pesakit dah ada denyutan balik. Alhamdulillah... kitorang hentikan CPR dan mula check ada tak 11 perkara yg mungkin menyebabkan pesakit jadi gitu. Mnemonics nya ialah 6H &5T.  Bila jumpa masalah terus kena manage sebetulnya..

Hypovolemia, hypokalaemia/hyperkalaemia/other electrolyte, hypothermia, hypoxia, hydrogen ion (acidosis), & Hypothermia
Toxin (drugs), tamponade (cardiac), trauma, tension pneumothorax, thrombosis (pulmonary)

Sambil nak buat investigation yg sepatutnya, tengah nak ambil darah dari femoral vein tengok2 takde denyutan nadi. Alamak pesakit tengah PEA lagi!!! Terus kitorang melompat atas pesakit dan buat CPR sekali lagi. Timer dimulakan sebab setiap kali CPR kita akan buat selama 30 minit aje. Kalau jantung pesakit tak berdenyut jugak maka kita akan terpaksa hentikan rawatan dan pronounced pesakit dah meninggal. 

Sambil2 buat CPR tu ahli keluarga akan diberitahu akan keadaan pesakit yg tengah kritikal & sedang di rhesus. Jadi meraka boleh bersiap sedia terima berita yang kurang baik jika terjadi.

Setelah setengah jam menekan2 dada pesakit, Dr pakar suruh kitorang berhenti dan masa kematian diumumkan. 

Allah lebih menyayangi dia lagi.

Wallahualam..

 

Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 comments:

GMIE said...

Terbaek la abg wan..we could follow that moment from your story..kalu la dpt tgk sama lg "best"..gudluck

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu