Dah nak habis MBBS
Assalamualaikum...
ayat yang biasa... : dah lama tak update blog ni.. :p
Sekarang ni aku kat posting emergency. Ni adalah posting terakhir aku dalam MBBS ni.. tak sangka dah nak habis dah. Kejap jugak rasa masa berlalu 3 tahun di tahun klinikal ni.. Aku pun x sangka kejap aje lagi aku akan bergelar Dr dah.. Cuak juga ni.. sambil2 tu tak rasa tak sabar nak kerja pun ada...
kalau korang tahu, emergency ni adalah posting yg aku paling suka.. emergency adalah posting pertama aku pada tahun 2009 dulu. [boleh baca ka sini] Dari dulu sampai sekarang tak pernah ada posting lain yg aku rasa lagi best dari emergency ni. Perasaan berada di emergency department adalah sangat menyamankan aku berbanding perasaan berada di ward.
Sebenarnya beberapa hari lepas waktu aku mula2 masuk posting ni aku bercadang nak buat Case Log setiap hari... Kalau dapat tulis hari2 apa yg menarik kat sini kan best.. Tapi nampaknya cita2 tu tak berapa terlaksana... Mungkin sebab bizi sikit kot.
Kat ED ni boleh dikatakan hari2 aku oncall.. Kalau tak oncall rasa rugi pulak sebab tak dapat nak tengok interesting cases. Bila ada di ED ni, benda yg baik ialah aku dapat tahu apa yg aku tak tahu tapi aku kena tahu. Jadi bila dah tahu apa yg kita tak tahu jadi boleh spend masa utk baca tu bila balik nanti... emm apa aku tulis ni..
Okes,, a good start for today. hahaha
Your text here
Comments