Cerita Semasa
Assalamualaikum dan hai.
MOHD RIZUAN ALI
Fotografer
0132180412
ibnu_ali_87@ yahoo. com
Dah lame aku tak menulis kan? hehe. Hari ni tersemangat nak menulis balik sebab tadi aku habiskan banyak masa dengan baca blog Dr Sarah. Dia banyak bercerita mengenai pengalaman hidup bergelar sebagai doktor pelatih (housemen) kat Hospital Temerloh. Ingat lagi waktu aku belum masuk MBBS dulu, aku selalu tercari cari blog pelajar perubatan atau doktor yang bercerita mengenai kisah hidup diorang seharian.
Sekarang ni aku dah melangkah ke bidang ni, mungkin aku pula yang patut rajin menulis kat sini. Mana tau ada kawan kawan kita kat luar yang jadi macam aku dulu.hehe. Ada ke tak tu Wallahualam. Tapi aku terperasan ada satu komen dari anonymous yang dia sangat ter-inspired bila baca entri aku pasal pelajaran dalam bidang medik ni. InsyaAllah kalau ada masa aku akan menulis k. Doakanlah aku selalu rajin untuk menulis.hehe..
Bagi siapa yang tak tahu, sekarang ni aku berada dalam posting perubatan (lepas ni sebut medikal). Aku dah buat 2 bulan posting kat medikal dulu waktu tahun 3. Sekarang ni ada posting medikal lagi selama 2 bulan di tahun 4 ni, tapi kali ni lebih spesifik kepada 4 sistem badan ; kardiovascular, respiratori, nefrologi dan hematologi. Medikal ni antara posting yang aku minat sebenarnya. Ramai yang cakap medikal ni susah sebab banyak yang nak kena baca. Memang betul pun. Tapi mungkin sebab bidang yang aku paling minat sekali (Emergency Medicine) adalah sangat berkait dengan medikal, maka medikal pun aku terminat sekali lah. *entah ape ayat aku ni.
Setiap 2 bulan kitorang akan ada end posting exam. Dan ianya akan berlaku dalam masa 2 minggu lagi. Dan berita buruknya ialah aku tak mula lagi nak pulun habis habisan untuk medikal. Bertambah lagi sadisnya ialah aku akan menghabiskan 3 hari di hujung minggu ni ke Tasik Banding kat Perak untuk aktiviti mencerap bintang bersama team USM. Berani betul. Takpe la, nak release tension sebelum exam la kononnye.hehe.
Ada beberapa perkara aku nak kongsi pasal apa yang aku buat kebelakangan ni. Jeng jeng jeng...
1. Sekarang ni aku bela ikan.
Ikan ni aku letaknye kat atas meja studi aku. Memang membantu memberi ketenangan. Dah 3 generasi ikan aku dah. yang pertama ialah ikan gapi, mati bila aku tukar air. Yang kedua ikan harimau yang mati kena jangkitan kulat. Harap ikan yang terbaru ni tahan la sikit.
Ni meja stadi aku. Saje nak kongsi ngan korang betapa buruknya tempat aku stadi ni. Bersepah. hehe..
2. Jumaat, Sabtu dan Ahad ni aku akan join USM Astro Club untuk buat pencerapan kat Tasik Banding, Perak. Mencerap atas rumah bot tu... Best best. Jangan jeles semua orang. Setahu aku kat situ sangatlah gelap untuk membolehkan kita lihat bintang macam pasir di dada langit. Dah lama tak join aktiviti mencerap ni. Nanti ada masa aku update pasal tu.
Sebelum pergi ni aku kena siapkan beberapa barang ni.
*baju sejuk, dan baju lain yang secukupnya
*maggi cup dan nescafe 3 in 1 (entah kenapa ni yang keluar awal dalam list)
*laptop dan kelengkapan, kamera dan kelengkapan terutamanya tripod untuk astrofotografi, dan kabel kabel lain.
*penghalau nyamuk, air secukupnya, plastik sampah, lampu suluh yang di pasang filter merah (untuk elak mata dari silau)
*buku nota untuk buat Messier Marathon, dan pen.
tu aje kot buat masa ni.
3. Aku dah beli kamera baru. hehe.. Modelnya Canon EOS 550D dengan battery grip, Lens Tamron 17-50mm, f2.8 dengan flash Nissin 622 Mark ii dengan tripod EOS. Habis la dalam RM4 ribu lebih untuk semua ni. Aku nak mulakan bisnes ambil gambar wedding dan majlis ni.
Siapa siapa yang ada nak buat majlis tu boleh lah hubungi aku. Lokasi tak kisah kat mana mana. Pakej gerenti antara termurah punya. Tips aku ialah jangan lupa untuk negotiate okey. Boleh lawat blog fotografi aku yang baru aku siapkan. Kalau dah masuk tu jangan lupa tinggalkan komen. Baru meriah sikit.hehe
Okeylah, cukup dulu setakat ni. Ada masa aku menulis lagi.
Chow cin cau
Wassalam.
MOHD RIZUAN ALI
Fotografer
0132180412
ibnu_ali_87@ yahoo. com
Comments