Hari Pertama Kuliah
Assalamualaikum & hye...
Fuuh...lega aku.. Ingat silap aku tadi..hehe..
Lepas satu bala..
haha..
Waktu : 7 petang
Lokasi : depan desktop dekat sliding door rumah
Status : baru habis main Need for Speed Most Wanted.
Yang tu takpe lagi, memang silap aku grammar yang entah apa2. Tapi bila baca komen kedua :
Gulp!
Huhu..sabar aje la..
Kan2?
Sebenarnya saudara/i Alamak dan Huhuhu tu orang yang sama sebab IP addressnya sama.
Ni lah asam garam jadi webmaster MSC..
hehe
Salam dari budaksepet,
21hb yang lepas aku postkan kat website Medical Science Club (MSC) (aku adalah AJK webmaster MSC) mengenai kuliah surgeri yang perlu dihadiri oleh semua pelajar fakulti pd hari ni (24hb). Biasanya kuliah2 dibuat untuk pelajar yang amik subjek tersebut saja. Tapi kali ni disebabkan professor jemputan dari Poland yang akan sampaikan, maka kami semua BMSian ni kena la pegi. Kuliah dijadualkan bermula pukul 9 pagi di dewan teater MSU.
Disebabkan hari ni adalah hari pertama kuliah, maka aku risau ramai yang tak datang. Nanti tak elok pula imej MSU pada pandangan professor tu. Aku sendiri tadi pukul 9.15 masih lagi ada kat rumah sebab menunggu kereta kawan untuk aku tumpang ke kolej. Hujan waktu pagi tu. Nak jalan kaki mau basah lenjun aku.
Jam dah pukul 9.40 pagi. Aku baru saje sampai kat kolej. Aku diberitahu dewan teater masih lagi gelap lagi tanpa aircond dipasang. Pelajar pun dah mula mengeluh2 sebab tunggu lama. Pensyarah yang dinanti tak juga tiba2.
Aiseyman... Aku tersilap masukkan info kat website MSC ke? Mana tau aku tertukar tarikh ke ape. Mau diorang ni sepak aku sedas sorang.hehe..dah la ramai tu.
Rupa2nya professor tu ada masalah dengan flight. Jadi dia tak dapat hadir hari ni. Kuliah neurosurgeri esok pun turut dibatalkan..
Fuuh...lega aku.. Ingat silap aku tadi..hehe..
Lepas satu bala..
haha..
..........
Waktu : 7 petang
Lokasi : depan desktop dekat sliding door rumah
Status : baru habis main Need for Speed Most Wanted.
Selesai aje aku maen gem tu, sengaja aku refresh page MSC. Mana tau takut2 ada orang tinggal komen kat shoutbox kat website tu.
Selesai aje refresh. Mata aku terpandang dua komen yang membuatkan aku palpitation (dapat rasa degupan jantung sendiri). Ni komen tersebut.
Huhuhu : This is very bad site...its so cluttered and the language used is so poor... what an embarrasement to MSU
Yang tu takpe lagi, memang silap aku grammar yang entah apa2. Tapi bila baca komen kedua :
alamak : sy rasa ada yg tak kena dgnsite nie... kenapa grp C dnD takde apa2 update. Initak adil MSC milik grp A dn B jer ke? Mcm mn kamu semua organise hah?! Senarai AJK pun takde! Tak Adil Langsng
Gulp!
Terkujat jugak aku bila baca komen ni. Palpitation yang aku rasakan tu bukan sebab aku takut atau apa. Bukan sebab aku rasa silap aku sebagai webmaster MSC. Tapi ia disebabkan oleh hati aku sikit tersinggung dengan ayat2 tu.
Mungkin si Huhuhu dan Alamak ni menganggap kami yang senior ni sengaja memonopoli website tu. Tempiasnya mesti la terasa mostly kat aku sebab aku webmaster kelab MSC. Sebenarnya setiap kelas representative (macam ketua kelas setiap group) aku beri password untuk buat post kat situ. Boleh kata setiap kali ada AJK meeting aku akn suruh diorang poskan hal ehwal group diorang kat situ. Tapi masalahnye hanya aku sorang saje yang nampaknya buat posting kat situ. Sesetengah class rep lain tak de nak buat pos kat situ. Mungkin diorang rasa lagi senang kalau diorang berurusan pakai mulut aje. Jadi tak kisah la pasal tu. Takkan aku nak paksa jugak...hehe
Kerana aku selaku webmaster yang bertanggung jawab buat maintenance website tu jadi aku la yang selalu buat post kat situ. Disebabkan aku juga class rep group B, maka banyak info aku adalah mengenai group aku dan group A yang merupakan satu batch dgn aku. Hal ehwal group lain mana la aku tau. Ingat aku takde kerja nak pergi intai setiap group satu2?
Mungkin sebab ni, saudara/i Alamak dan Huhuhu tu terasa seperti website MSC menganaktirikan group diorang. Jangan la cepat melenting dan terus menuduh kami ini tanpa usul periksa. Silap2 tuduh makan dalam woo..
Aku bukan la nak terasa hati sangat. Cuma tersinggung macam usaha aku selama ni untuk website tu tak dihargai. Aku banyak habiskan masa untuk buat maintainence website tu. Nota kuliah dari yang junior sampai la yang senior aku la yang uploadkan agar boleh dimuat turun semua. Sebab ramai yang macam tak sabar2 nak dpt lecture note cepat, sampaikan aku baru aje sampai rumah terus mengupdate notes2 ni untuk di download. Penat baru sampai umah pun tak abis lagi tu. Artikel2 dalam website tu pun aku yang taip sendiri. Diulangi TAIP sendiri. karang tak ada artikel baru ada orang komplen pulak. Ditambah pulak assignment sendiri, nak study lagi, urusan personal lagi..
Huhu..sabar aje la..
Namun aku tahu yang bukan semua BMSian bermentaliti macam saudara/i Huhuhu dan Alamak tu.. Dalam setandan pisang, tak semua busuk.
Kan2?
Sebenarnya saudara/i Alamak dan Huhuhu tu orang yang sama sebab IP addressnya sama.
Ni lah asam garam jadi webmaster MSC..
hehe
Salam dari budaksepet,
Comments