Prosedur Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

Assalamualaikum...


Menerima suntikan tidak membatalkan puasa.

Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan prosedur yang selalu dilakukan di hospital tetapi tidak membatalkan puasa. Ini adalah hasil dari seminar Fiqh-Perubatan kali ke-9, yang berlangsung di Cassablanca, Morocco pada 8-11 Safar 1418, bersamaan 14-17 June 1997.

Semoga bermanfaat kepada semua.
  1. Penggunaan ubat titis telinga, mata dan ubat pembersih telinga.
  2. Tablet GTN (nitroglycerin untuk merawat penyakit jantung) yang diletakkan di bawah lidah.
  3. Melakukan pembersihan vagina atau memasukkan speculum, alat pencegah kehamilan (pessaries) atau jari doktor semasa melakukan pemeriksaan pelvik.
  4. Memasukkan urethroscope melalui salur kencing untuk memerhatikan bahagian bawah urethra
  5. Menggerudi, mengekstrak, dan membersihkan gigi tidak membatalkan selagi ianya tidak ditelan ke perut.
  6. Menerima suntikan otot, kulit, sendi atau vena dengan pengecualian suntikan bahan makanan ke dalam badan.
  7. Mendermakan dan menerima darah.
  8. Menyedut udara dari alat bantuan oksigen dan gas anestetik.
  9. Sebarang ubatan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, minyak dan plaster berubat.
  10. Mengambil sampel darah untuk tujuan ujian makmal.
  11. Memasukkan kateter atau melakukan arteriografi jantung atau organ lain.
  12. Melakukan endoskopi untuk tujuan diagnostik dan pencegahan.
  13. Pembersih mulut, penyembur mulut dan cecair untuk berkumur dengan syaratianya tidak ditelan ke dalam perut.
  14. Melakukan hysteroscopy (memasukkan tiub ke dalam vagina untuk melihat bahagian dalam rahim) atau memasukkan peralatan dalam uterus (intrauterine device)
  15. Melakukan biopsi hati atau organ lain.
Prosedur melibatkan endoskopi adalah tidak membatalkan puasa.

Para peserta seminar tersebut turut menambah beberapa perkara berikut sebagai tidak membatalkan puasa:
  1. Penggunaan ubat titis hidung, spray dan juga penyedut asma (inhaler).
  2. Menerima suntikan pada dubur dan melakukan anoscope dan pemeriksaan jari pada rektum.
  3. Menjalani pembedahan yang melibatkan anestetik umum, jika pesakit memutuskan untuk berpuasa.
  4. Menjalani proses dialisis darah.
  5. Menggunakan gastroscope, dengan syarat ianya tidak memasukkan cecair dan bahan lain ke dalam perut.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa seperti yang tersenarai di atas disokong oleh ulama-ulama kontempori dan lama termasuklah Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah, Sheikh Dr YusufAl-Qardhawi, Sheikh Atiyah Saqr, Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid,Sheikh Ibn Utsaimin, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz dan lain-lain. Malahan perkara seperti suntikan ini pernah difatwakan hukumnya tidak membatalkan puasa oleh Sheikh Mohammad Bakhiet Al-Mutiei pada tahun 1919.

Wallahualam

Comments

Zaza Zafrina said…
Owh... thanks for your share.. =p
Tak pernah tahu pun prosedur-prosedur ni tak membatalkan puasa.
Astromas said…
Sama2. Saya pun baru tau.hehe.. So takde alasan untuk taknak puase.haha

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat