Majalah Dewan Kosmik isu september 2008



Assalamualaikum...

Pada bulan ini, satu2nya majalah sains dan teknologi dalam bahasa Malaysia iaitu amjalah Dewan KOSMIK membicarakan mengenai puasa dan pelbagai kaitan sains dengannya. Antaranya ialah kesan puasa terhadap metabolisme badan, kesannya kepada kesihatan, sains disebalik puasa dan sahur, dan kaitan antara puasa dan mental individu berpuasa itu. Agak menarik kerana ianya mengupas banyak perkara yang tidak diketahui oleh umum berkaitan puasa.

Untuk isu September ini, dalam ruangan Sains Angkasa, saya membicarakan mengenai balai cerap astronomi serta komponen2nya. Ini termasuklah jenis dan reka bentuk balai cerap yang biasanya berbentuk kubah, jenis sistem teleskop, pengimejan, penjejak, dan sebagainya.
 
Banyak kali juga apabila saya bercerita mengenai aktiviti astronomi yang dilakukan di balai cerap, ramai yang akan bertanya kembali apakah itu balai cerap? Rupa2nya fasiliti astronomi ini lebih dikenali dengan nama inggerisnya iaitu observatory. Kadang kala terkilan juga rasanya sebab nama inggeris lebih diketahui umum.

Di Malaysia, boleh dikatakan hampir setiap negeri mempunyai balai cerap untuk kegunaan umum dan juga persendirian. Antaranya ialah balai cerap Planetarium Negara di Kuala Lumpur, balai cerap Al-Khawarizmi di Melaka, balai cerap Iskandar di Sarawak, balai cerap Sheikh Tahir di Balik Pulau di Pulau Pinang, balai cerap milik KUSZA di Merang Terengganu dan yang terkini ialah balai cerap Negara di Bukit Malut, Langkawi.
 
Untuk lebih lanjut, sila dapatkan Majalah Dewan Kosmik isu September yang kini sudah boleh didapati di pasaran dengan harga RM6 senaskah. Anda juga boleh beli secara online di laman web DAWAMA.
 
Berikut adalah isi kandungan isu bulan ini. ;)

Kandungan Dewan Kosmik September 2008
FOKUS
6 Puasa Merangsang Metabolisme Badan
8 Puasa dan Kesihatan
9 Puasa dan Mental
10 Sains dan Berpuasa
13 Sains dan Bersahur – Danial Zainal Abidin
TEKNOLOGI MAKLUMAT
15 Bagaimana Skrin Sesentuh Berfungsi? – Ahmad Amran Ahmad
FALSAFAH SAINTIS
17 Gerak Strategi Armageddon kepada Saintis Tradisional – Ahmad Suhaimi Abdullah
PERUBATAN
19 Chikungunya Membunuh Manusia – Saifuzzaman Haji Yusof
TEKNOLOGI NANO
21 Kebijaksanaan Debu Pintar – Mohd Faizal Aziz
GEOLOGI
25 Teknologi Binaan Tembok Besar – Habibah Haji Jamil
KONSERVASI
28 Pengklonan Penyu – Junaidah Ahmad Hamdan
SAINS DAN KEHIDUPAN
34 Sains di Sebalik Tangisan – Saharil Hasrin Sanin
NEUROSAINS
36 Obesiti Penyakit Kronik – Mazira Mohamad Ghazali
SAINS MAKANAN
38 Daging: Manfaat dan Bahaya – Samhani Ismail dan Nurul Hanisah Juhari
BOTANI
41 Petai dan Diabetes – Mohd Nasir Mat Nor dan Siti Balqis Md Nor 
SAINS ANGKASA
43 Sistem di Balai Cerap Astronomi – Mohd Rizuan Ali
FARMASI
46 Warga Emas dan Kesan Sampingan Ubat-ubatan – Noordin Othman
OTORINOLARINGOLOGI
50 “Saya Ada Tonsil” – Irfan Mohamad
ZOOLOGI
52 Burung Tukang Kubur – Jasmi Abdul
ALAM SEKITAR
54 Lambakan Buangan Elektronik – Abdul Rahman Mahmud
TEKNOLOGI KETENTERAAN
57 Perang Biologi: Serangan Senyap Makhluk Halus – Adrian Zulkarnian Zakaria Dharamaraj
KESIHATAN
59 Lupa: Amnesia atau Demensia? – Nik Khartina Nik Man
FIKSYEN SAINS
61 Yang Aneh Itu Lelaki – Rebecca Ilham

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati