Berbuka di Restoran Tasik Indah
Assalamualaikum....
Hari ni aku ada lab test untuk subjek penyakit sistem saraf. Dalam test tu, ada 10 stesen yang perlu dilalui dengan setiap stesen disertakan gambar sel yang berpenyakit atau gambar kasar sesuatu organ yang ada masalah. Jadi tugas kami ni ialah untuk mengenal pasti apa masalah yang ada dan menjawab soalan yang ditanya pada stesen tersebut.
Ada satu stesen yang aku dah jawab salah. Konfius sebenarnya. Dalam rajah tu, ada gambar otak yang kelihatannya agak kecil (atrophy) dan struktur tisu pada mamillary body kelihatan agak lain macam sikit. Aku masa tu dah tak tau nak tulis apa. Rasanya mungkin boleh jadi masalah kemerosotan sistem saraf pada basal ganglia atau brain stem. Mungkin penyakit Parkinson atau Huntington. Adui... takpelah, bantai la yang ni satu.huhu..
Rupa2nya masalah tu disebabkan oleh chronic alcoholism. Adush...Ada satu stesen yang aku dah jawab salah. Konfius sebenarnya. Dalam rajah tu, ada gambar otak yang kelihatannya agak kecil (atrophy) dan struktur tisu pada mamillary body kelihatan agak lain macam sikit. Aku masa tu dah tak tau nak tulis apa. Rasanya mungkin boleh jadi masalah kemerosotan sistem saraf pada basal ganglia atau brain stem. Mungkin penyakit Parkinson atau Huntington. Adui... takpelah, bantai la yang ni satu.huhu..
------------------------
Hari ni aku berbuka puasa di Restoran Tasik Indah bersama Nabila dan suaminya. Dulu aku yang jadi pengapit masa diorang ni kawin. Hehe. Sayangnya hari ni si pengapit perempuan tak dapat join sekali sebab dah balik kampung. Kesian ko Syikin. Kami nak makan best2 ni...hehe
Restoran ni terletak di pusat Bandar Raya Shah Alam. Dekat aja dengan PKNS, PAS dan SACC Mall.
Makanan kat sini disajikan secara buffet. Lauk punya la banyak. Naik juling mata aku duk tengok lauk pauk yang best2. Nasi amik seciput aje. Lauk penuh pinggan sampai nasi aku tadi dah tak nampak. haha.. Memang makan ikut nafsu tadi. Kat sini, nak tambah banyak mana pun tak kisah. Asal perut boleh masuk, masuk aje setakat yang mampu. Kalau perut tak muat, boleh sambung simpan makanan tu kat esofagus. Haha..
Lauk pauk terdiri dari ikan bakar, sotong, kerang, tiram yang besar2, udang galah, udang rimau, sayur2 dan macam2 lagi lah. Macam jenis masakan ada. Yang paling bestnya semua makanan kat sini fresh2. Ikan ada dalam akuarium. Pilih aja nak yang mana untuk di masak ikut citarasa sendiri. Ketam2 dalam akuarium tu asik duk melambai aje kat aku. Rasa macam diorang cakap "pilih aku, pilih aku". hehe..
Punya la ramai orang kat sini. Kat sini makan dicaj ikut kepala. Satu kepala kena caj dalam RM40. Gulppp....
Yang bestnya, hari ni Abg Wan yang nak belanja makan. Alhamdulillah.. Moga murah rezeki korang berdua!
Tinggalkan komen anda!
.
Comments