Prosedur Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa
Assalamualaikum...
Semoga bermanfaat kepada semua.
Para peserta seminar tersebut turut menambah beberapa perkara berikut sebagai tidak membatalkan puasa:
Menerima suntikan tidak membatalkan puasa.
Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan prosedur yang selalu dilakukan di hospital tetapi tidak membatalkan puasa. Ini adalah hasil dari seminar Fiqh-Perubatan kali ke-9, yang berlangsung di Cassablanca, Morocco pada 8-11 Safar 1418, bersamaan 14-17 June 1997.
Semoga bermanfaat kepada semua.
- Penggunaan ubat titis telinga, mata dan ubat pembersih telinga.
- Tablet GTN (nitroglycerin untuk merawat penyakit jantung) yang diletakkan di bawah lidah.
- Melakukan pembersihan vagina atau memasukkan speculum, alat pencegah kehamilan (pessaries) atau jari doktor semasa melakukan pemeriksaan pelvik.
- Memasukkan urethroscope melalui salur kencing untuk memerhatikan bahagian bawah urethra
- Menggerudi, mengekstrak, dan membersihkan gigi tidak membatalkan selagi ianya tidak ditelan ke perut.
- Menerima suntikan otot, kulit, sendi atau vena dengan pengecualian suntikan bahan makanan ke dalam badan.
- Mendermakan dan menerima darah.
- Menyedut udara dari alat bantuan oksigen dan gas anestetik.
- Sebarang ubatan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, minyak dan plaster berubat.
- Mengambil sampel darah untuk tujuan ujian makmal.
- Memasukkan kateter atau melakukan arteriografi jantung atau organ lain.
- Melakukan endoskopi untuk tujuan diagnostik dan pencegahan.
- Pembersih mulut, penyembur mulut dan cecair untuk berkumur dengan syaratianya tidak ditelan ke dalam perut.
- Melakukan hysteroscopy (memasukkan tiub ke dalam vagina untuk melihat bahagian dalam rahim) atau memasukkan peralatan dalam uterus (intrauterine device)
- Melakukan biopsi hati atau organ lain.
Prosedur melibatkan endoskopi adalah tidak membatalkan puasa.
Para peserta seminar tersebut turut menambah beberapa perkara berikut sebagai tidak membatalkan puasa:
- Penggunaan ubat titis hidung, spray dan juga penyedut asma (inhaler).
- Menerima suntikan pada dubur dan melakukan anoscope dan pemeriksaan jari pada rektum.
- Menjalani pembedahan yang melibatkan anestetik umum, jika pesakit memutuskan untuk berpuasa.
- Menjalani proses dialisis darah.
- Menggunakan gastroscope, dengan syarat ianya tidak memasukkan cecair dan bahan lain ke dalam perut.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa seperti yang tersenarai di atas disokong oleh ulama-ulama kontempori dan lama termasuklah Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah, Sheikh Dr YusufAl-Qardhawi, Sheikh Atiyah Saqr, Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid,Sheikh Ibn Utsaimin, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz dan lain-lain. Malahan perkara seperti suntikan ini pernah difatwakan hukumnya tidak membatalkan puasa oleh Sheikh Mohammad Bakhiet Al-Mutiei pada tahun 1919.
Wallahualam
Wallahualam
Comments
Tak pernah tahu pun prosedur-prosedur ni tak membatalkan puasa.