Monday, September 22, 2008 0 Comments

Assalamualaikum.....

Sekarang dah jam 6.30 petang. Tinggal 40 minit lagi untuk berbuka. Tadi baru balik dari bazaar Ramadhan berdekatan dengan stadium Shah Alam. Lepas aje kelas pathophysio of CVS habis pada pukul 4, terus saje aku, Zareen, Liza, Nisa & Irma pegi mencuci mata kat bazaar. Haha.. Hari ni aku beli nasi kerabu (RM2.50) untuk berbuka, air timun susu (RM1), nasi lemak ayam goreng (RM3.50) untuk bersahur dan ayam BBQ (orang belanje..hehe..murah rezeki). Jadi hari ni dah abis RM3.50 untuk berbuka & RM3.50 untuk bersahur. Jimat kan?



Ni lah antara kelebihan bulan Ramadhan. Boleh kurang sikit perbelanjaan untuk makan tu. Alhamdulillah..


---------------------

Kuliah hari ni adalah mengenai cardiac arrythmia (ketaktentuan rentak jantung) dan antihypertensive drugs (dadah untuk darah tinggi..hehe). Rasanya tak sempat kalau nak  buat summary dua perkara tu sekarang. Malam ni pulak nak revise histopathologi sistem respiratori pulak sebab esok ada lab test.

Aiii...maka bertambah la dua lagi koleksi kuliah yang tertangguh untuk diulangkaji. Kuliah hari sabtu  lepas pun belum habis lagi. Huhu... Nampaknya aku kena usaha lebih kuat ni!

Caiyok!

Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu