Masalah Kekurangan Vitamin B1 dan B12

Assalamualaikum....


Hari saya ingin berkongsi mengenai penyakit yang disebabkan oleh masalah nutrisi. Antara masalah yang sering terjadi ialah disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 (Thiamine) dan vitamin B12 (Cobalamine).


Secara umumnya, terdapat dua penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1, thiamine. Penyakit tersebut ialah Sindrom Wernicke-Korsakoff (Wernicke-Korsakoff Syndrome)  dan neuropati periferi (peripheral neuropathy).


Kekurangan vitamin B12, cobalamine, dalam diet pula akan menyebabkan masalah kombinasi kemerosotan saraf tunjang subakut (subacute combine degenerative of spinal cord).


1)  MASALAH KEKURANGAN VITAMIN B1 (Thiamine)
Sindrom Wernicke-Korsakoff


Sindrom Wernicke-Korsakoff berlaku disebabkan oleh kekurangan thiamine. Sindrom ini menyebabkan pesakit mempunyai masalah kawalan otot mata (occularmotor abnormalities) dan disertai simptom2 masalah mental. Antara orang yang berisiko ialah peminum arak, masalah kekurangan nutrisi, mengalami pembedahan membuang sebahagian perut (gastrectomy), pesakit gastrik ulser dan pesakit hyperemesis gravidarum.


Terdapat 2 manifestasi sindrom ini iaitu; Korsakoff Psychosis dan Wernicke encephalopathy.


Korsakof Psychosis menyebabkan pesakit mengalami masalah cepat lupa (amnesia) yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu cepat lupa apa yang baru dipelajari (anterograde amnesia) dan ketidakbolehan untuk mengingati apa yang telah dipelajari (retrograde amnesia).


Wernicke enchephalopathy pula menyebabkan pesakit mempunyai masalah mengkoordinasi pergerakan (ataxia), masalah kelumpuhan otot yang mengawal pergerakan bebola mata, keliru dan masalah dalam mengingat memori jangka pendek.


Rawatan segera untuk sindrom Wernicke-Korsakoff ialah membekalkan pesakit dengan Thiamin (vitamin B1) secara intra-vena atau intra-muscle dan seterusnya diambil sebagai dalam bentuk pil.


2)  MASALAH KEKURANGAN VITAMIN B12 (Cobalamine)
 Kombinasi Kemerosotan Saraf Tunjang Subakut  


Subacute combined degenerative of spinal cord (SCDSC)s merupakan kombinasi masalah berkaitan sistem saraf. Pesakit mungkin mengalami masalah kehilangan upaya mengesan getaran dan posisi, masalah dalam sensori dan motor dan masalah dalam pergerakan.


SCDSC yang teruk menyebabkan masalah lumpuh separuh badan, masalah mengordinasi pergerakan (ataxia) dan kehilangan keupayaan sensori.


Wallahualam....

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati