Jangan Main2!
Assalamualaikum.....
Hari ni adalah hari yang agak meletihkan. Kelas pathophysio of GI tadi aku kena buat presentation pasal cholelitiasis. Aku sorang aje yang present tajuk tu walhal orang lain kongsi present satu penyakit. Tapi takpelah, asalkan member group aku semua dapat present dengan jayanya tadi. Jadi sekarang dah lepas satu kerja. Kerja lain ada lagi yang menanti. Banyak tu. Nak study lagi, nak buat asignment lagi, nak uruskan pasal Medical Science Club (MSC) lagi. Huhu... Aku kena kuat!
Tadi sebelum aku ke mesyuarat MSC, sempat aku naik ke pejabat fakulti aku, saja je nak lalu. Rupa2nya result untuk subjek patho respiratori dah keluar. Tengok2 aje aku punya result, adush.... keciwa... Keputusan aku tak berapa memberansangkan. Terkedu aku sekejap.huhu...
Nampaknya aku kena berusaha dengan lebih kuat dan gigih lagi. Final exam pun dah dekat. Aku dah tak boleh main2 lagi.
Caiyok! Jangan leka!
Comments