Cinta Ramadhan

Assalamualaikum....


Hari ini adalah Ramadhan yang ke-3. Alhamdulillah puasa aku baik2 aje setakat ini. Pada awal Ramadhan dulu, aku berniat nak pegang dan baca Al-Quran setiap hari. Tapi semalam aku dah terlepas. Adush....Mungkin sebab semalam aku agak sibuk agaknya. Majlis perlancaran kelab medical science kolej aku akan berlangsung 8hb ini. Jadi aku pun turut sama jadi sibuk. Nak stadi pun tak berapa sempat. InsyaAllah malam ini aku akan cuba ganti balik apa yang aku terlepas pada hari kelmarin.


Hari ini ada dua perkara berlawanan berlaku dipersekitaran aku. Dua2nya melibatkan cinta. Hehe.

Sahabat baik aku di Kemaman mengadu pada aku. Katanya dia putus cinta semalam. Diputuskan oleh 'rakan perempuan' nya. Sedih betul nampaknya kawan aku ni. Hari ni tak boleh nak buat kerja dia.

"Wan, aku betul2 masih sayang kat dia. Tapi sekarang ni dia merajuk betul2 kat aku. Ko tolong la aku untuk pujuk dia".

Emm...aku dengan cewek sahabat aku ni kenal tak berapa lama sangat. Malah aku kenal pun melalui kawan aku tu. Baik budaknya. Comel lagi. hehe. Nampak innoncence aje. Tapi tak sangka pulak dia yang jatuhkan talak kat sahabat aku ni. Mungkin ada yang digaduhkan di antara mereka. Nak kata sahabat aku ni jahat, tak, sebab aku kenal sangat dengan sahabat baik aku ni, sejak dari tingkatan satu lagi. Aku rasa, mungkin disebabkan darah masih panas, maka terjatuhlah talak ketika bergaduh ni. Nanti esok lusa bila hati dah sejuk balik, bila rasa rindu dah datang balik, reda la tu. hehe. Kita tengok lah nanti. Lagipun diorang ni aku rasa tak pernah lagi putus. Ini mungkin buat kali pertama.

------

Satu lagi cerita ni berlawanan dengan cerita td. Ada seorang  sahabat aku baru sahaja mendapat teman baru. Kalau tak silap aku baru saja dua tiga hari. Sekarang ni dah nampak agak lain wajah dia. Bukan sebab bersolek, bukan sebab tersenyum sumbang sorang2, tapi sebab nampak lebih berseri. Mungkin dia gembira sebab sekarang dah ada orang yang ingat, rindu dan caring kat dia.

Apa yang aku kenal pada sahabat aku ni, dulu dia seorang yang sentiasa keseorangan. Perangai dia suka duduk bertapa dalam bilik. Nak kata dia kera sumbang tak juga. Dengan aku baik & ok aje. Takde nampak sebagai seorang yang alien. hehe. Kelihatan ceria aja orangnya. Namun lihat jauh ke dalam matanya, aku tahu yang dia ada masalah personal yang dibendung sendirian. Aku tahu yang dia ada masalah dengan keluarga, terutama dengan ayahnya. Tapi dengar2nya sekarang ni dah bertambah baik. Alhamdulillah.

Apapun, aku berharap agar 'teman tapi mesra' dia ni akan dapat membimbing dan membantu dia ke arah yang lebih baik. Cinta yang terbaik adalah cinta kerana Allah. Berjumpa kerana Allah, berpisah kerana Allah.
.......................

Jadi, apa pula cerita aku?

hehe.

Buah hati aku sekarang ini ada sorang saja. Saerah nama dia. Sayang betul dia pada aku dan aku pun juga begitu. Setiap kali aku memerlukan bantuan, mesti dia akan sentiasa ada untuk membantu aku. InsyaAllah aku akan berusaha sehabis2nya untuk menjadi seorang doktor agar dapat menjaganya dengan lebih baik nanti. Aku tahu memang dia sangat inginkan aku menjadi seorang doktor.

Kadang2 dia panggil aku dengan panggilan Biwang. Tak tahulah sama ada Bi tu bermaksud hubby atau habibi (cintaku). Hehe.. InsyaAllah aku akan berusaha mencintainya sehingga akhir hayat.

Emmm... Siapa Saerah tu? Dia ibu aku lah..

hehe..

Namun cinta yang hakiki tidak lain adalah kepada Allah.

Wallahualam

Comments

Zaza Zafrina said…
Ehehe.. wat saspen jek. ingtkn btul-btul your cewek tadi. Neway, truskan usaha murni utk baca Quran setiap hr tu.bagus tul. Anak sape.. la ni. hiks =p

Hum, I wish I cud do that too..
Mari bersama mengimarahkan Ramadhan. =)
Astromas said…
hehe.. tu sengaja guna teknik suspen tu. mcm novel laks.haha..
cute_lavender said…
beruntungnya dikau
punya kekasih hearty yg sejati

akak pun dah jumpa gak
family n my siblings
other than that
it's so tragis ,,,hehe
Astromas said…
Alhamdulillah..

Ramai yang tak sedar bahawa mereka ada kekasih di rumah yg perlu dijaga blm mereka pergi.huhu..

Moga kita tak melupakan tanggungjawan itu..

amin..

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat