Modem dan Thumbdrive Yang Bagus?!
Masa : 12.30pm
Lokasi : Depan komputer, depan sliding door
Situasi : Tengah tidur (hehe...)
Tiba2 ada suara berkumandang,
"Wan2, bangun! Nak pegi beli modem tak?"
Aduih..kaco betul aku tido... Emm...Punya la lewat aku bangun hari ni. Semalam aku tidur lewat. Dalam pukul 3 lebih sebab buat slaid untuk presentation pasal pulmonary stenosis. Pulmonary stenosis ni bermaksud kesempitan berlaku di arteri pulmonari yang menyebabkan darah dari ventrikel kanan jantung tak dapat untuk mengalir ke peparu dengan baik. Sempit ni biasanya terjadi disebabkan masalah pada injap semilunar yang tak dapat terbuka dengan baik masa jantung kanan sedang mengepam.
Tengok jam, dah kul 12.30pm
Aku pun bergegas bangun. Aku dah janji ngan Shah untuk pegi beli modem tengah hari ni kat Taman Intan, dekat Jaya Jusco Bukit Raja. Modem umah aku dah ada masalah. Asyik connect, putus, connect, putus balik. Sampai aku nak buat kerja pun susah.
----------------------------------
Tempat yang kitorang pergi ni bukan kedai komputer biasa, tapi merupakan kedai dealer barangan komputer. Disebabkan statusnya sebagai dealer, maka barang yang ada kat situ jauh lagi murah dari kedai2 komputer yang biasa. Nasib baik tempat ni terima pembelian sikit2.
Tapi sayangnya modem yang ada kat tempat tu berjenama Shiro aje. Alamak, modem yang tak terkenal ni susah sikit untuk dipercayai. Takut2 jugak kalau lepas beli, dua tiga bulan terus ada masalah. Jenama ni pun kali pertama kali aku dengar. Kalau tanya orang lain pasal jenama Shiro ni, aku pasti diorang akan balas balik macam berikut;
"Shiro? Ape benda tu? Boleh makan ke?"
hehe.
Kansel lah kalau macam ni. Aku rasa elok aku pergi kat Plaza Alam Sentral di Shah Alam untuk beli modem D-Link yang sememangnya boleh dipercayai. Tapi sebelum aku balik, aku sempat beli satu thumbdrive berjenama King Max. Harga RM38 untuk kapasiti 4 gigabyte.
----------------------------------
Thumbdrive @ Flashdrive @ Pendrive ?
Sebenarnya semua tu benda yang sama aje. Tapi aku lebih gemar menyebutnya sebagai pendrive. Ada banyak jenama benda ni. Antara pendrive yang popular ialah Kingstone, SanDisk, Apacer, Toshiba dan lain2. Pendrive yang aku beli kali ni berjenama KingMax. Ni kali pertama aku pakai pendrive jenama ni. Tapi tak kisahlah jenama apa pun. Asalkan 'prestasi' pendrive ni bagus.
"Prestasi? Prestasi ape?"
kata hati orang yang tengah baca entri aku ni. (hehe...)
Ramai yang tak tahu apa beza antara pendrive berkapasiti 1 gig tetapi mempunyai harga yang berbeza. Kalau ikutkan hati, mesti beli yang murah punya. kan2? Gila ke apa nak beli jenama lain yang mahal padahal ada pendrive lain yang sama tapi murah.
Sebenarnya, setiap satu pendrive berlainan jenama (tetapi berkapasiti yang sama) mempunyai kelajuan yang berbeza2 untuk membaca (read) dan menulis (write) sesuatu maklumat. Keupayaan menulis dan membaca ni biasanya ditulis menggunakan skala megabyte per second (mb/s)
Kebiasaan pendrive yang murah, mempunyai kadar read dan write yang rendah. Maka apabila kita nak pindahkan fail dokumen, gambar atau sebagainya, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk selesai berbanding pendrive yang baik. Jadi bila anda sedang berkira2 untuk membeli pendrive, tentu anda akan berada dalam keadaan dilema untuk memilih harga yang murah atau yang lebih mahal tapi lagi cepat prestasinya.
Kadang kala menjadi satu masalah apabila pada pakej bungkusan pendrive tersebut tidak dinyatakan akan spesifikasinya. Masalah ni biasanya terdapat pada pendrive yang murah yang mana pengeluar mungkin cuba untuk mengelakkan kelemahan pendrive keluarannya terdedah kepada umum.
Pendrive KingMax yang saya beli ini adalah dari siri U Drive. Terdapat empat warna yang menunjukkan kapasiti storannya. Warna merah untuk 1gb, putih untuk 2gb, hitam untuk 4gb, dan biru muda untuk 8gb. Saya punya berwarna hitam.
.Compliant with USB2.0 (merujuk kepada versi USB yang agak terkini, jangan beli versi yang rendah dari ini).Plug'n'Play compatible.Read : 20MB/s ; Write : 7MB/s (merujuk kelajuan membaca dan menulis data).Support Windows Vista/XP/2000/ME, Linux and MAC OS..Support Windows Ready BoostSource : http://www.kingmax.com/products/ud/udrive.htm
Berikut adalah perbandingan kelajuan antara pendrive berkapasiti 4gb yang popular dan biasa dibeli. Harga ini adalah harga dari kedai di Lowyat, iaitu PCzone SDN BHD.
Kingstone Data Traveller 1 : write 3mb/s, read 6mb/s, RM 43KingMax U Drive : write 7mb/s, read 20mb/s, RM 50SanDisk Cruzer Skin : write 6mb/s, read 9mb/s, RM 60
Jadi harap lepas ini anda akan menjadi lebih bijak ketika membeli pendrive ;)
Comments