Doa Ramadhan Jibril. Benar atau Palsu?

Assalamualaikum....

Setiap kali menjelang Ramadhan, pasti sahaja ada satu hadis yang sangat popular akan masuk ke dalam mail box, inbox SMS dan juga YM. Ramai betul yang rajin untuk kedepankannya kepad rakan2 lain. Hadis tersebut berbunyi begini;


salam.. saya mohon maaf atas salah silap (Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.) Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan... Wassalam

Hadis di atas kelihatannya menyeru kita agar meminta maaf dan bermaafan sesama sendiri dan orang sekitarnya sebelum datangnya bulan Ramadhan. Bagus sekali tujuaanya. Aku percaya tujuan mereka2 yang menghantar hadis ini adalah bertujuan baik juga.

Namun ramai yang kurang periksa akan apakah status hadis ini. Siapakah perawinya? Adakah hadis ini sahih, hasan, dhoif, atau palsu?


Mencari Kesahihan Hadis Ini.

Untuk mencari akan asal usul hadis ini, ada beberapa rakan bloggers yang berusaha untuk mencari hadis ini namun tidak berjumpa. Pelbagai kitab, CD koleksi hadis2 sahih dan bertanya kepada rakan2 yang menuntut jurusan ilmu hadis juga tidak dapat memberikan jawapan kepada status hadis ini. Malah kitab-kitab fiqh juga tidak membahaskan mengenai perlunya meminta maaf sebelum masuknya bulan Ramadhan bagi mengelakkan diabaikan puasa kita oleh Allah. Kebanyakkan yang menyebarkan hadis itu sendiri tidak sedar bahawa tidak semua hadis itu sahih (authentic) hanya sekiranya ia menyatakan Rasulullah bersabda atau Rasulullah melakukan itu dan ini.



Rasulullah SAW pernah bersabda:
قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِي
Katakanlah:  
Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.
[al-Baqarah 2:111]

Maka, ingin aku ingatkan di sini agar rakan2 semua berhati-hatilah dalam menghantar apa2 hadis2 yang tidak dinyatakan siapakah periwayatnya kerana dibimbangi hadis tersebut tergolong dalam golongan hadis palsu.

Jika tidak pasti akan sesuatu hadis tersebut, maka disarankan untuk melakukan perkara berikut:
  1. Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.
  2. Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .
  3. Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih dan selamat disebarkan.

Walaubagaimanapun memohon maaf itu tetap perbuatan yang mulia.. Malah kita sentiasa diminta dan digalakkan untuk bermaafan antara satu sama lain. Lebih2 lagi dibulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ini.

Ingin dikongsikan di sini akan satu hadis yang agak mirip dengan hadis di atas. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

 
أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.
Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.
Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.
Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”

[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Mohon agar dihentikan penyebaran hadis yang tidak dapat dipastikan asalnya ini. Sesungguhnya para sahabat sekalipun yang pernah hidup di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka tidak mengamalkan sikap bermudah-mudahan dalam mennyampaikan hadis selepas kewafatan baginda. Mereka sangat teliti dan berhati-hati. Berbeza sekali dengan kita pada hari ini, dengar sahaja “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini” terus kita sebarkan siap berserta emoticon senyuman tanpa teliti dan berhati-hati.

Wallahualam,

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat