Selamat Hari Merdeka ke 51 & Selamat Berpuasa!
Assalamualaikum....
Selamat Hari Merdeka ke 51 dan Selamat Berpuasa.
Selamat datang bulan Ramadhan Al-Mubarak
Salam dari saya,
Mohd Rizuan Bin Ali.
Sedar tak sedar, esok dah 31 ogos 2008. Maknanya pada hari esok, negara Malaysia ku yang tercinta ni dah 51 tahun merdeka. Emm...dah lebih setengah abad Malaysia terlepas dari penjajahan kuasa asing. Biasanya, bila kita bercakap begini, akan ada sahaja suara2 yang berkata kita masih lagi tidak betul2 bebas. Masih ada penjajahan minda, ekonomi, sosial, agama dan sebagainya.
Memang aku juga setuju dengan pendapat ini. Kadang2 aku tertanya, wujudkah negara yang tidak terjajah negaranya dengan unsur2 negara lain (atau digelar 'penjajah')? Namun aku rasa agak penting untuk kita meletakkan maksud penjajahan selepas merdeka ini dengan definisi yang lebih jelas akan batas2nya. Adakah jika kita menggunakan teknologi Jepun atau Amerika, maka kita terjajah dari ekonomi dengan mereka? Adakah jika kita mendengar lagu2 Inggeris, Jepun (ada ke?...ehe...) ataupun contoh paling dekat lagu2 Indonesia, maka kita diketegorikan sebagai terjajah deria pendengarannya (haha)?
Ramai orang mempunyai definisi dan pemikiran yang berbeza Bagi mereka yang agak kritikal, boleh dikatakan semua unsur2 negara luar yang menyelinap masuk dikatakan sebagai penjajahan. Bagi yang berfikiran rileks sikit, ataupun mereka yang menganggap diri mereka global, maka tidak semua yang masuk itu dikatakan sebagai penjajahan.
Bagi aku sendiri, kita tidak seharusnya berfikiran secara telalu ekstrim dan tidak pula terlalu longgar. Kita memang tidak dapat lari dari kesan pengglobalan Malaysia yang mendapat kesan dari keadaan dan perkembangan arus dunia. Kadang kala arus di luar sana adalah lebih baik dari sini, maka terpaksa kita meminta bantuan mereka untuk perbaikkan arus di sini. Namun untuk meminta dan menggunakan pertolongan itu seharusnya dengan cara yang cerdik dan dengan harapan akan dapat membantu kita untuk melonjak ke arah yang lebih tinggi. Contoh yang aku ingin kaitkan di sini ialah syarikat kereta nasional kesayangan rakyat Malaysia, iaitu Proton.
Dahulunya, Proton kelihatan begitu tegar dalam menegaskan pendiriannya untuk membangun dengan cara dan formula yang tersendiri, iaitu tanpa bantuan pengeluar kereta yang lain. Bagus sekali semangat itu. Aku suka. Ini boleh diibaratkan seperti negara Jepun yang berjaya mencapai satu tahap kejayaan dalam ekonominya dengan usaha gigih dan buah fikiran rakyatnya sendiri. Namun jika dilihatkan pada situasi semasa dalam industri permotoran, penggabungan kerjasama antara pengeluar dalam membangunkan teknologi dan kereta baru adalah perkara yang biasa dan telah berjaya membuahkan hasil yang lebih baik dan cepat. Lihat sahaja kereta Skoda yang berkerjasama dengan syarikat gergasi German, Volkswagen, lalu menghasilkan kereta yang hebat berjenama Skoda. Contoh lain ialah SsangYong yang memakai enjin dan kepakaran BMW. Maka lahirlah kereta Ssang Yong yang kita lihat sebagai kereta mewah dan hebat.
Bagi saya, tidak salah jika kita menerima dan meniru acuan orang lain yang telah berjaya bertujuan untu membangunkan diri sendiri. Namun menjadi lebih baik jika kita kemudiannya mengolahnya dengan cara kita sendiri menjadi sesuatu yang lebih baik. Dengan mengekalkan identiti Malaysia yang unik ini, pasti kita akan membangun di mata dunia dengan profil yang tersendiri. Saya suka sekali dengan pernyataan berikut;

Berfikir Secara Global, Bertindak Secara Glokal
Membangun Tanpa Hilang Identiti dan Pegangan.

Comments