Mid Sem Exam!

Assalamualaikum.....

Disebabkan sekarang ni adalah minggu midsem exam, maka aku akan buat post ini dalam masa sepuluh minit sahaja. Mula dari sekarang!

Hype semua.. lame betul tak update blog ni.. Boleh tahan bizi sekarang ni. Esok adalah last paper. Tak sabar nak habis. Esok paper patho of respiratory system. Banyak jugak nak cover ni. Terutama pasal histology yang aku tak berapa nak mahir. InsyaAllah sekejap lagi aku cuba fahamkan diri pasal benda tu.

Sekarang ni aku dalam proses menyiapkan surat agreement MARA. Alhamdulillah lulus jugak pinjaman aku ni. Menunggu selama setengah tahun tu... Berbaloi jugak..hehe.. So lepas ni insyaAllah aku takkan kekeringan duit lagi sebab dapat elaun MARA RM700. So tak payah nak menyusahkan Mak aku lagi.. Kesian dia banyak benda nak kena bayar.

Lepas aje habis midsem exam ni, banyak perkara aku nak kena buat. Kebanyakkannya adalah mengenai website Medical Science Club, pasal astronomi sikit2 dan laen2.
  1. Ambil biografi semua doktor2 yang mengajar kat fakulti perubatan MSU ni untuk diletakkan kat website MSC.
  2. Siapkan proposal mengenai penubuhan laman web gross anatomy - layer by layer. InsyaAllah bulan Oktober ni akan ada cadaver (mayat) akan sampai. Jadi website ni berkait dengan gambar anatomi sebelum dipotong, kemudian masuk ke lapisan seterusnya sehinggalah sampai ke organ paling dalam sekali. Suka tak dengan idea ni?
  3. Update website MSC dan Astromas.
  4. Siapkan artikel Dewan Kosmik isu Oktober.
  5. Siapkan kerja buku.
Okes. Countdown dah tinggal 21 saat lagi. So aku kena stadi pulak. Caiyok buat aku!

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati