Posts

Showing posts from March, 2010

Jalan2 di Melaka

Image
Assalamualaikum & hai... Hari ni aku, Bard & Yana ke Melaka sebab ada program seminar Fizik + astronomi kat Planetarium Melaka. Tak sangka Melaka pun ada planetarium sendiri sebab diorang dah ada balai cerap Al-Khawarizmi kat Tanjung Bidara. Rupa2nya planetarium ni baru aje siap. Bangunannye memang lawa. Mula2 pegi takut tu masjid, rupa2nya memang betul tempatnye.hhee Tapi sebelum ke planetarium tu, kitorang sempat singgah makan kat Bukit Katil. Entah ape nama kedai dia tapi tengok gayanya ramai orang, so kitorang pegi la situ dengan harapan dapat makan asam pedas yang sedap. Yana (orang Melaka) cakap asam pedas yang paling sedap kat Melaka ialah yg mak dia buat..hehe.. Lauk asam pedas memang ada.. Kecur da air liur aku ni. Tapi tengok je ikan punye la besar. Mau kena caj belas2 engit ni.. Nasib baik ada daging masak asam pedas. Amik tu kemudian tambah dengan sambal petai sikit.. Minum lak dengan air teh ais.Uiii.. best gile.. Mesti korang pun dah kecur air liur kan? hahah...

Jom layan lagu

Image
Assalamualaikum & hai.... Beberapa hari ni aku terperasan member rumah aku suka sangat pasang lagu Ungu ni. Dalam satu hari ada mau 8 kali aku dengar kot. Adakah sebab diorang suka warna ungu? Atau lagu ini sangat best? Ataupun diorang sedang menghayati lirik lagu tersebut untuk diaplikasikan pada life diorang? Hahaha.. Tapi apa pun lagu ni memang best la jugak. Jadi untuk hilangkan tensen final exam ni, meh kita dengar lagu Dilema Cinta oleh Ungu ni. Tambahan lagu ni mengingatkan aku pada seseorang.hehe.... Jom layan... Dilema Cinta - UNGU Seberapa salahkah diriku Hingga kau sakiti aku begitu menusukku Inikah caramu membalas Aku yang selalu ada saat kau terluka Seberapa hinanya diriku Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu Tak ada satu pun perasaan yang mampu membuatku begitu terluka Namun ku terlanjur mencintai dirimu Terlambat bagiku pergi darimu Bagiku terlalu indah perasaan itu Tak mudah untukku menjauh darimu Telah ku coba segala cara ‘Tuk bahagia...

Jangan engkau mainkan ~

Image
Assalamualaikum & hai.... Tadi aku berjalan2 di sebuah blog. Kemudian ada satu entri yang menarik perhatian aku. Jika kau memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Sama lah juga ; Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. Emmm...ada benarnya ayat kat atas ni.. Macam mana tak mahu kasi pengharapan kepada orang? Bukan niat untuk meletakkan mata kail, tapi ada juga yang tersangkut secara tak sengaja. Namun kesannya tetap ada. Salam dari budaksepet, p/s : adakah aku perlu bawa ikan tersebut ke...

Sabar Chelsea fan!

Image
Assalamualaikum & hai... Baru je balik dari tengok bola Chelsea vs Inter Milan. Nampaknya saingan Liga Juara2 dah boleh dilupakan. Sekarang ni kita tumpukan pada Piala Liga.  "Oii x aci r maen sepak punggung aku" Kata Drogba Harapan aku untuk Liga Juara2 ni biarla Inter Milan tak dapat masuk final. Hahaha.. Pada muke ko... Sapa suh kalahkan Chelsea..hehe.. Tapi aku jugak taknak MU atau Arsenal menang. Nanti diorang akan berjalan angkat kepala pulak... Biarla Barcelona akan menang lagik..hehe Sekarang tengah takde mood nak update blog. Salam dari budaksepet, p/s : Mood tengah tak berapa betul...

To be a better man

Image
Assalamualaikum & hai.. Hari ni jom kita layan lagu Better Man by Robbie Williams. Lagu ni berkait rapat dengan kisah hidup Robbie Williams sendiri. Dia telah dilaporkan mengalami masalah emosi, masalah keyakinan diri, ketagihan arak, dan penyalahgunaan dadah yang teruk sejak awal pembabitan dalam bidang seni. Beliau didakwa  mengalami ketagihan xanax, sexat & vicodin dan juga menghisap sehingga 60 batang rokok sehari. Dalam usaha untuk berubah, Williams dibantu oleh rakan karibnya Elton John yang telah membawa beliau ke pusat pemulihan di Tucson. Sekurang2nya ada niat dia untuk menjadi a better man . Send someone to love me  I need to rest in arms  Keep me safe from harm  In pouring rain  Give me endless summer  Lord I fear the cold  Feel I'm getting old  Before my time  As my soul heals the shame  I will grow through this pain  Lord I'm doing all I can  To be a better man  Go easy on my conscience...

Mood gembira campur pening

Image
Assalamualaikum & hai.. Sekarang dah pukul 6.38 minit pagi dan aku masih lagi tak tidur sejak semalam. Ni la kesan dari tidur lebih dari 12 jam.hehe. Tapi sekarang ni aku sedikit happy sebab aku baru aje install plugin baru untuk gambar kat blog aku ni (walaupun kepala dah mula pening). Dapat inspirasi dari member aku Fareedzul Hareez ni. Dengan plugin ni, maka aku boleh upload foto2 yang aku ambil untuk korang view secara besar. Boleh cuba dengan klik pada gambar campur aku kat bawah. Namun disebabkan oleh plugin ni, blog aku dah tak dapat di layari menggunakan internet explorer 8. Jadi sapa2 yang pakai IE8 tu baiklah korang tukar kepada Google Chrome.hehe. Boleh baca review aku di sini . Apa pendapat korang? Salam dari budaksepet, p/s : Widget followers pun dah hilang sama. Nanti kesian la blogger lain takleh nak follow blog aku nanti. Hahahaha..pasan betul aku ni..

Gadis hilang Siti Syakirah Ma Hussin

Image
Assalamualaikum & hai.. Gadis yang berusia 19 tahun ini telah hilang sejak seminggu lalu tanpa khabar berita. Jika sesiapa ada ternampak gadis yang seakan Siti Syakirah ini, silalah telefon nombor di atas. Anda boleh tolong sebarkan poster ini di blog anda dengan link gambar ini :  http://img63.imageshack.us/img63/9743/syakirahilange.jpg Salam dari budaksepet,

Fotografi di bangunan KTMB

Image
Assalamualaikum & hai.. Gambar berikut aku ambil pada 15hb Januari yang lepas. Waktu tu aku baru balik dari Planetarium Negara untuk lihat gerhana matahari separa. Turun dari Planetarium Negara yang terletak atas bukit tu punya la penat. Kalau turun dah penat naik lagi la penat ye tak..hehe.. So turun tu singgah kejap kat Masjid Negara. Semayang kejap pastu duk rehat2 tengok permandangan. Tak sangka persekitaran Masjid Negara ni sangat lawa dengan pelbagai corak landskap & infrastruktur. Boleh jadi tempat outing ambil gamabr ni. Tapi disebabkan dah lewat petang maka aku kena balik cepat sebab keesokannya aku ada exam forensik. Dalam perjalanan dari Masjid Negara ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur tu aku sempat snap beberapa gambar. Semalam baru datang angin nak edit.hehe So enjoy k. Klik pada gambar untuk melihat imej besar. Apa kata sebelum tu tekan f11 pada keyboard untuk dapatkan saiz page yang maksimum. Kemudian tekan f11 lagi sekali untuk kembali kepada saiz page asal. ...

Alternatif

Image
Assalamualaikum & hai... Semalam aku tengah  ready2  nak goreng ayam kentucky untuk makan malam. Ayam dah siap celup dengan telur & tepung  kentucky  dah. Tapi letak tepi dulu. Masak dulu air sambil tanak nasik sebelahnye. Orang Terengganu biasa sebut rebus air tau, bukan jerang atau masak air.hehe.. Tunggu punya tunggu rupanya gas masak aku dah habis Adus...nasi & air tak sempat masak lagi. Nasib baik nasi dah mula kering. Ayam  kentucky  aku pulak duk tersengih kat tepi sambil berendam dalam tepung.  Call  tokey gas dia kata tak hantar malam2 buta ni. Gambar budu aku curik dari makangmake.blogpot.com Fikir punya fikir,  last2  aku amik budu, letak lada burung (lada yang kecik tu) kemudian perah limau sikit  then  bersihkan kacang botol yang aku baru aje beli dua tiga hari lepas. Pergh..makan dua tu aje pun dah sedap kaw2 dah. Siapa tak pernah try makan budu dengan ulam kena la try, baru la tahu sedapnye.. heh...

Proton Emas - Kereta Konsep untuk Proton

Image
Assalamualaikum & hai... Aku adalah salah seorang peminat & penyokong pembuat kereta nasional Proton. Tak kiralah orang kat luar nak kata apa pasal syarikat ni, tapi bagi aku inilah salah satu kebanggaan yang kita kena jaga. Jika nak dibandingkan Proton dan Mercedes sudah tentulah tidak adil kerana syarikat Mercedes dah berusia lebih 100 tahun walhal Proton baru sahaja 27 tahun. Ibarat seorang budak remaja dengan dengan seorang datuk yang dah berpengalaman seratus tahun.hehe. Tapi walaupun baru berusia 27 tahun, aku boleh cakap yang pencapaian Proton setakat ini boleh dibanggakan. Syukurlah sebab Proton telah menjadikan Malaysia sebagai negara membangun & negara Islam pertama yang boleh membuat dan mengeluarkan keretanya sendiri. Namun yang pastinya banyak lagi yang boleh dicapai oleh Proton. Yang penting kita kena sokong lah syarikat kita sendiri ni. Kalau tak kita sokong siapa lagi.. hehe Ok dah dah.. Jangan ko nak merepek lagi budaksepet. Orang nak baca pasal kete ...