Batu Karang Dalam Saluran Kencing
Assalamualaikum & Hai.....
Pesakit urolithiasis biasanya mengalami gejala dan simptom berikut:
Salam dari budaksepet.
Penyakit batu karang agak sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia. Namun saya pasti ramai yang tidak menyedari bahawa penyakit batu karang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada lokasinya. Antara yang paling biasa didengar ialah batu karang di buah pinggang. Namun tahukah anda bahawa batu karang boleh terjadi di pundi hempedu?
Penyakit batu karang di buah pinggang atau sepanjang saluran kencing disebut sebagai urolithiasis dalam istilah perubatan (batu karang di hempedu disebut sebagai cholelithiasis). Urolithiasis biasanya terjadi kepada lelaki dengan nisbah 2 kepada 1 manakala cholelithiasis lebih umum terjadi kepada wanita.
Urolithiasis merujuk kepada pembentukan batu karang disepanjang saluran kencing. Ini termasukklah dalam buah pinggang, ureter dan pundi kencing. Kajian mendapati keturunan turut memainkan peranan dalam pembentukan batu karang ini. Jika seseorang mengalami masalah ini, maka beliau mempunyai peluang 50% untuk membentuk kembali batu karang dalam masa 10 tahun.
Batu karang dalam saluran kencing kebiasaanya dibahagikan kepada 3 jenis komposisinya.
1. Kalsium oxalate, atau kalsium oxalate dengan kalsium fosfat.
- 75 % pesakit mempunyai batu karang jenis ini.
- 50 % dari pesakit ini mengalami gejala air kencing mempunyai kadar kalsium yang tinggi (hypercalciuria). Namun apabila diperiksa kandungan kalsium dalam darah, paras kalsium didapati normal. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh masalah buah pinggang untuk menyerap semula kalsium dari air kencing.
- Hanya 10% dari pesakit mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dalam darah (hypercalcaemia). Ini kebiasaanya berikutan masalah hyperparathyroidism dan masalah dalam penyahtoksik vitamin D yang dialami pesakit.
- 15 % pesakit mempunyai batu karang jenis ini.
- Biasanya terjadi bagi pesakit yang mengalami gejala air kencing alkali akibat dari jangkitan pada saluran kencing.
- Kehadiran bakteria pengurai urea mendedahkan pesakit kepada pembentukan batu karang. Antara bakteria tersebut ialah Proteus vulgaris dan Stapphylococcus.
- Pesakit yang mengalami masalah kekurangan vitamin A yang berlanjutan(Avitaminosis) yang disebabkan masalah metabolik cenderung untuk membentuk batu karang.
- 10 % pesakit mempunyai batu karang jenis ini.
- Biasa berlaku pada pesakit yang mengalami gejala air kencing berasid < 5.5 pH
- Kadang kala mengalami kandungan kalsium yang tinggi darah (hyperuricalcemia) iaitu lebih tinggi dari 6 mg/dL untuk wanita dan 6.8 mg/dL untuk lelaki.
- Air kencing yang pekat. Tabiat kurang minum air menyumbang kepada masalah ini.
- Air kencing mengandungi komponen2 batu karang yang tinggi seperti kalsium.
- Masalah kekurangan penghalang (inhibitor) pengkristalan air kencing.
80 % dari pesakit mempunyai batu karang dalam satu buah pinggang sahaja. Lebih spesifik lagi ianya cenderung untuk terbentuk di dalam calyces, pelvis buah pinggang dan pundi kencing (rujuk gambar). Batuan ini kebiasaanya adalah kecil (2 hingga 3 milimeter) dan mempunyai permukaan yang licin atau kasar. Batu karang yang besar kebiasaanya terdiri daripada magnesium ammonium fosfat.
Pesakit urolithiasis biasanya mengalami gejala dan simptom berikut:
- Tiada simptom (asymptomatic) pada kebanyakan pesakit.
- Sakit pada bahagian pinggang dan bawah pusat. Sakit tersebut boleh jadi dirasakan tajam pada satu tempat, umum dibahagian pinggang, berlaku secara berkala atau sentiasa sakit, dan mungkin pesakit merasakan ada batuan bergerak dalam salur kencing yang menyebabkan rasa sakit.
- Kencing berdarah (haematuria).
- Jangkitan pada saluran kencing. Warna air kencing menjadi keputihan.
- Kesumbatan pada saluran kencing yang mendatangkan rasa sakit dan seksa untuk membuang air.
- Sakit dibahagian belakang antara rangka rusuk dan tulang pinggul (loin pain).
- Air kencing tidak hadir langsung (anuria) jika batu karang terdapat pada kedua belah buah pinggang.
- Hematouria.
- Doktor akan mendapi berikut dari pemeriksaan fizikal;
- Buah pinggang yang besar dari biasa.
- Ketulan pada pelvis yang menekan ureter.
- Air kencing keluar dari buah pinggang menyebabkan apa yang dipanggil kembung perut (ascites)
- Cuba mengelak dari menahan kencing kerana ianya mengundang rasa sakit.
- Air kencing keluar dengan perlahan.
- Merasakan tidak puas selepas kencing.
- Air kencing masih menitis selepas kencing selesai.
- Ketidakboleh upaya untuk menahan air kencing
- Sakit dibahagian atas kemaluan (suprapubic area)
- Doktor mungkin mendapati perkara berikut dari pemeriksaan fizikal;
- Ketulan pada bahagian suprapubik
- Pemeriksaan dubur menemui kelenjar prostat yang membesar.
- Saluran kencing yang sempit.
Jika anda mengalami simptom seperti di atas, silalah berjumpa doktor dengan segera. Doktor akan melakukan perkara berikut untuk mendiagnosis penyakit anda;
- Bertanyakan sejarah pesakit yang penuh.
- Mencari faktor yang mendedahkan kepada urolithiasis. Contohnya pesakit pernah mengalami masalah paratiroid.
- Bertanya mengenai pengambilan vitamin D, masalah gout, sejarah keluarga dengan urolithiasis.
- Pemeriksaan fizikal.
- Pemeriksaan makmal;
- Menganbil sampel air kencing untuk diuji.
- Melakukan kultur air kencing.
- Menguji kandungan kreatinine, urea, kalsium, urik asid dan elektrolit.
- Melakukan x-ray pada abdomen. Batu karang dari urik asid tidak kelihatan pada gambar x-ray (radiolucent) manakala batu karang dari kalsium dan batu cystine dapat dilihat pada gambar x-ray (radiopaque).
- Memasukan cecair kedalam darah dan kemudian melakukan x-ray (rujuk rajah bawah)
- Melakukan ultrasound atau imbasan CT.
Untuk rawatan pula, pesakit biasanya diberi ubat tahan sakit (analgesik) seperti diclofenac sebanyak 75mg secara suntikan. Pesakit yang mempunyai batu karang yang lebih kecil dari 0.5mm berkemungkinan untuk mengeluarkannya melalui air kencing manakala batu yang bersaiz lebih besar dari 1 cm memerlukan rawatan susulan. Rawatan yang digunakan mungkin tidak invasif (tidak melakukan sebarang tebukan pada badan) ataupun invasif (pembedahan atau memasukkan alatan tertentu ke dalam badan).
Rawatan tidak invasif yang digunakan ialah dengan menggunakan gelombang kejutan yang diberi pada bahagian luar badan untuk memusnahkan batu karang tersebut (extracorporeal shock wave lithotripsy, ESWL).
Rawatan invasif termasuklah doktor memasukkan tiub melalui lubang kencing untuk mendapat akses ke pundi kencing dan ureter. Batu karang mungkin akan dipecahkan dengan teknik ini. Jika perlu, pembedahan kecil akan dilakukan.
Adalah penting untuk kita menjaga kesihatan buah pinggang. Ini adalah kerana nephron yang wujud dalam buah pinggang yang diwarisi sejak kita lahir tidak akan diganti baru setelah ianya rosak.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah mengamalkan meminum banyak air kosong, mengelakkan makan makanan yang tidak sihat, dan bersenam selalu.
Salam dari budaksepet.
Comments
- Jutawan Herbs adalah Pengeluar *Jus Herba* yang telah mengadunkan ramuan herba turun temurun *TANPA* bahan kimia tambahan.
- Kami menetap kan hanya herba yang TERPILIH dan BERKUALITI sahaja untuk di adun menjadi *Jus Herba* khas untuk batu karang.
- Jus herba ini terbukti berkesan MERAWAT batu karang dalam masa yang singkat
- Tiada kesan sampingan yang menyakitkan
- Jus Herba keluaran Jutawan Herbs bukan sekadar mengurangkan batu karang seperti herba keluaran lain yang ada di pasaran. Ia merawat dan menyembuhkan
- Bagaimana ia nya dapat merawat?
Dengan pengambilan jus herba secara tepat,ia mampu mengeluarkan batu karang melalui saluran kencing.
- Rawatan secara semulajadi dan TIDAK menyakit kan
👉🏼Disarankan pengambilan yang *konsisten* akan mempercepat kan lagi rawatan dan pemulihan secara total.
📞Untuk pertanyaan dan ORDER boleh terus hubungi pengasas Jutawan Herbs
*Encik Mohd Zuhairi*
📞 0174687570
📞 0174687570
*WhatsApp dan SMS*
INFO SILA LAYARI *JUSINFINITI.BLOGSPOT.COM* untuk testimoni lebih menarik