Tag dari Cikmistry

Assalamualaikum & hai...

Hari ni aku nak bayar hutang tag dari Cikmistry. Jangan marah ye sebab dah lama abang berhutang tapi tak bayar2 jugak..ehehe..

Soalannye simple aje...

sape2 yg dapat award ni kne tulis 10 fun facts psl diri dya..

Ehehe....wokes...seploh fakta mengenai aku...jeng jeng jeng....

1. Aku lahir di Hospital Dungun Terengganu. Membesar di Kemaman  sampai form 4, kemudian pindah ke Kelantan sampai la sekarang ni...

2. Tinggi aku ialah 170cm dengan berat kadang2 58kg, kadang2 boleh sampai 60kg... Nampak je aku ni kicik tapi berat tau...hehe

3. Yang paling aku suka pasal diri aku ialah aku ni tak cepat marah. Susah benar nak naik angin ngan orang lain sampaikan orang cakap aku ni mcm takde perasaan je.. Tak baik weh....huhu

4. Aku ni single lagik..ehehehe......

5. Waktu kecik2 dulu aku suka sangat melukis. Pernah dulu kena marah dengan mak sebab melukis sampai kul 4 pagi.. Sekarang ni dah jarang sikit r melukis tu..

6. Hobi terbaru sekarang ialah astronomi. Sebenarnya benda ni dah minat sejak skolah rendah lagi. Tapi disebabkan takde peluang, maka hampir berkubur begitu sahaja. Alhamdulillah sekarang ni dah boleh sambung balik. Yang paling best ialah dapat bagi peluang kepada orang lain untuk join sama aktiviti ni..hehe

7. Seumur hayat aku ni, rasanya aku pernah bercinta sebanyak dua kali kot.. Satu masa darjah 4 dan satu lagi masa form 2. Kemudian dah takde dah.. Yang menariknya awek aku masa darjah 4 tu pernah jadi adik tiri aku (mak aku kawin dengan ayah dia).hahaha...  Masa form 2 tu pulak aku dijodohkan oleh Mak Tiri aku dengan cucu dia...hehehe... Kiranya dah bertunang secara tak rasmi dah hari tu..weeeeeee

8. Ramai yang ingat aku ni anak sulong. Tapi sebenarnya aku anak ke 6 dari 8 orang adik beradik..

9. Adik aku kat umah panggil aku Biwang... Entah napa dia panggil aku g2...pelik2..hehe
10. Aku mula bercita2 untuk jadi duktur sewaktu form 4. Sebabnye ialah masa tu ada lawatan ke HUSM di Kubang Kerian. Alhamdulillah sekarang ni aku sedang journey menuju kepada cita2 tu...


Macam2....

hehe..

Salam dari budaksepet,




Comments

anonymous said…
11. mudah perasan (rujuk pada perkara no 3)

err..biwang or bawang?
Astromas said…
Bukan bawang r... Biwang...

hehe
anonymous said…
mungkin lebih sesuai kite panggil sbg bawang goreng... haha
misz_A said…
salam singgah..
Astromas said…
Uittt... tak ske bawang goreng...

geram benor kalo makann kat kedai tu dia ltk byk bwg goreng..hehe
Astromas said…
Misz_A, sila2 la singgah..

Rumah terbuka ni..hehe

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati